Hari ini aku ingin kongsikan sedikit petua atau hasil kreativiti turun temurun keluarga aku. Cuba lihat dalam oval pada gambar di bawah. Pisau mancis & pisau pen! Kagum tak?
Cerita sebenarnya pisau ni dah patah kepalanya, tapi rasa sayang pula kalau mahu buang. Masih tajam & boleh diguna. Takkan mahu buang? So kerana terlalu kreatif datanglah idea ni dari bondaku. Idea asal datang dari Nenek Akar {adik kepada atokku atau lebih mudah dikenali sebagai bonda kepada Kasim Gumuk}.
Mesti kalian berminat mau tahu cara menghasilkan produk yang sangat kreatif ni kan. Mari aku kongsikan.
- Sediakan bahan-bahan: pisau tanpa kepala, getah sayur, mancis kosong atau pen atau barang plastik yang sesuai dijadikan pemegang
- Lilitkan getah sayur pada hujung kepala pisau.
- Kenakan hujung pisau yang dililitkan dengan getah pada haba yang panas bagi membenarkan getah tersebut mencair.
- Apabila getah tersebut mencair & pisau menjadi panas, pegang pisau tersebut menggunakan kain & kenakan pada mancis atau pen serta merta.
- Biarkan sejuk & lihatlah hasilnya.
Nah kan, sudah aku guna bikin potong-potong. Selamat mencuba..!
p/s: Hati-hati. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak digalakkan mencuba.
Kreativitas @
5 komenteraksi:
tercari-cari mancis, then ternampak lighter. kreatif!
@geekz36 try la buat 1 bro..keh²
@geekz36. kih² mancis dgn lighter sama bah kan.. kih²
naaaa..penah ku tgk gni d umah nnk ku..pkai bdn lighter tu..nnt ku projek la pisau2 xda kpala d rmh ni..haha
@Hik. Awu dang. Pastu ko jual. Laku atu.. Ahaha.
Post a Comment
"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.
Jadi, kalau sudah baca.
Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!