Bintang Semalam

Semalam, 
waktu aku tunggu dia tiba, 
aku dongak ke dada langit 
dan terlihat bintang-bintang 
bergurau senda sesama sendiri 
Oh, sungguh bahagia sekali.

Ingin aku jadi seperti mereka 
menggantung diri di siling langit 
mendamai hati insan memandang. 

gambar ihsan: Google image


Nota I: Segala puji hanya bagi Allah jua.
Nota II: tiba-tiba teringat filem "A walk to remember" yang pernah aku angankan semasa usia mudaku.

Kerusi Ajaib

Ia datang lagi 
mengetuk-ngetuk pintu dengan kasarnya 
selalu aku tak buka, lalu ia pun pergi 

Kali ini ia rakus sekali 
mengundang ketakutan & rasa menggigil 
aku buka pintu, lantas ditolak ganas 
jatuh tersungkur, menahan airmata 

Tanpa dijemput, 
ia mendekati kerusi ajaibku 
duduk selesa sambil ketawa berdekah-dekah

Susah, senang, suka & duka 
kerusi ajaib itulah jadi penawar 
Kini tidak lagi, 
kerusi itu sudah diduduki makhluk lain & tak mahu lari 

Salahku tak kuat untuk bertahan, 
dan membiarkan ia masuk mencuri kepunyaanku 

Pahlawanku, sudikah kau bantu aku untuk mendapatkan semula kerusi ajaibku? 


Nota: khayal a.k.a separa sedar.

Beli Barangan dan Aksesori Sukan dengan Harga Murah Sempena Promosi Jualan Akhir Tahun

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera ~

Aku dengan sukacitanya ingin mempromosikan barangan sukan dengan harga murah dan dalam erti kata lain harga mampu milik. Barangan sukan seperti kasut futsal, boot bola sepak, jersi, jaket, dan aksesori sukan yang lain. Terdapat juga barangan lain selain barangan sukan seperti headphone Beats, smartphone, jam tangan & lain-lain. Kesemua barangan ini boleh didapati di kedai online aku beroperasi dalam page facebook. Tidak lain dan tidak bukan, Sabah Sports Online Shop.



Harga barangan memang dalam kadar yang murah, tetapi menjadi semakin murah sempena promosi Year-End Sale.



Selamat berbelanja! :)

Ulasan Buku #2: Ulasan Khas di Musim Kahwin

Bismillahirrohmanirrohim...

Sebelum ini pernah saya tanyakan pada mama berapa hantaran saya? Mama diam, macam mahu tak mahu saja suara itu keluar. Saya tarik nafas panjang & bagi mama sebuah buku berwarna ungu. Selepas beberapa hari, usai mama membaca buku itu, saya tanya semula berapa hantaran saya? Kali ni mama menjawab, "Berapa saja, terpulang pada pihak lelaki". Saya kata "1K?" Katanya, "Terpulang..." Lepas itu kami saling berpandangan & tersenyum..:) 

Tapi.... Saya ada saudara mara yang fikirannya agak sempit {maaf}. Kemungkinan besar saya akan 'dijual' 10K, 15K, 20K. Dan kemungkinan besar juga saya akan dimarah, diceramah & diumpat-umpat jika tidak menginginkan majlis besar-besaran. Hati saya tetap berkeras tidak mahukan majlis besar-besaran yang memakan belanja beribu-ribu. Menghabiskan sejumlah wang yang besar sehingga mencecah 10K dalam masa hanya sehari bukan suatu tindakan yang bijak saya kira, bahkan bertentangan dengan ajaran Islam. Yang mana akan membawa lebih banyak natijah negatif berbanding positif. Jika menyentuh soal agama, maaflah.. Saya memang seorang yang sangat tegas. Saya sanggup menggenggam bara api asal saja agama saya terjaga!


Ini adalah kesimpulan yang dapat saya buat selesai mendalami isi buku ungu ini, hasil karangan seorang insan mulia, Tuan Shamsuddin Kadir bersama isterinya, Puan Ain Muhammad. Saya tujukan entri ini khas buat seluruh kaum kerabat saya, seluruh umat Islam amnya & rakyat Malaysia khususnya. Makcik-makcik, pakcik-pakcik, yang sudah kahwin, mahupun yang belum berkahwin, yang sudah pencen atau masih di bangku sekolah. Setiap golongan umur harus membaca buku ini jika tidak ingin tertipu & bersubahat dengan para penipu!

Nota: .......................... {dalam hati, hehe}

BUT...

I want to talk to someone, and I know it was you 
I want to talk about something, but I don't know how to 
I want to, but I can't... 
I want to, but... 


I... 


But...




Note: Thinking too much, till infinity!

Menang Peraduan Anjuran PTS

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera ~

Alhamdulillah! Aku dipilih sebagai pemenang dalam peraduan yang dianjurkan oleh PTS Media Piblication di page Facebook PTS. Aku sudah beberapa kali juga menang peraduan, Churp Churp, baucer & CD dari Says.my. Rezeki.

Selepas saja masuk ke bilik, aku menghadap ke depan PC kejap. Tengok kat Facebook feeds, paling atas adalah status PTS tentang peraduan tersebut. Peraduannya mudah saja,

Klik gambar untuk zoom | Klik sini ke link peraduan

Pemburuan Slenderman Menyeramkan

Berbekalkan sepucuk lampu suluh. Dia sentiasa memerhatikan gerak geri kamu. Tanpa kamu sedari, dia terus menerus mengekori jejak langkahmu. Dibelakangmu. Iya, dibelakangmu lah dia memasang matanya erat ke arah kamu tanpa berkelip hatta sekalipun. Jangan pernah kamu berpaling ke belakang walau sesaat kerna pada waktu itulah dia akan bertindak dan memerangkap sehingga anda terpaksa memulakan semula permainan SLENDER.

Pernah bermain game yang bertajuk Slender? Game ni bergenre seram. Memang mendebarkan juga. Sejuk tengkuk dibuatnya. Walaupun dengan tampilan grafik ringan tetapi dengan kawasan hutan gelap berbekal lampu suluh diseramkan lagi dengan muzik latar yang agak damn menakutkan, nah, pada waktu itu pikiran akan melayang dan sentiasa akan menjangkakan Slenderman ni akan muncul di setiap penjuru untuk menerkam. Memang sangat saspen. 



Renungan Si Labu

Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Binatang peliharaan memberikan kita rasa tanggungjawab ke atasnya. Sepanjang kita memelihara pet kita, kita akan belajar menyayangi, menjaga, ambil berat, dan bermacam nilai murni yang lain. Kalau pet semacam kucing ni, mereka bersifat manja, berperwatakan comel serta memiliki bentuk badan yang menarik mata untuk memandang serta membelainya. 

Apabila perkara ini berjaya kita terapkan dalam diri, secara tidak langsung nilai-nilai yang kita amalkan tadi terus diamalkan untuk menghadapi sehari-hari sehingga ianya menjadi kebiasaan. Kiranya, ia semacam terapi dirilah yang mampu membentuk diri kita. Kita akan jadi seorang yang penyayang, penyabar, bertoleransi, handsome, comel, dan bermacam lagi. hehe..

Siapa-siapa yang belum ada pet tu, cobalah pelihara satu. Kucing ka, hamster ka. Pupuk diri menjadi orang yang bertanggungjawab. Terutamanya semasa pet korang tu buang najis merata tempat. huahaha...

Kucing aku, Si Labu

p/s: Nabi Muhammad S.A.W pun sukakan kucing tau. :D

Keliru Tentang Jamak dan Qasar

Assalamualaikum w.b.t & salam mesra pembaca setia ~

Islam itu mudah. Sentiasa akan ada jalan bagi memudahkan umatnya. Dalam hal jamak dan qasar ini, banyak pendapat-pendapat berbeza di antara ulama' muktabar. Namun begitu kita akan berpegang kepada manhaj bahawa selagi ianya tidak bertentangan dengan syari’at, maka kita seharus sedaya upaya untuk memberikan pendapat yang lebih mendatangkan kemudahan kepada umat Islam. Manhaj ini sebenarnya adalah manhaj Rasulullah s.a.w sebagaimana yang dijelaskan oleh Umm al-Mukminun ‘Aishah ra: 
 Tidaklah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam jika diberi dua pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah di antaranya selagi tidak mengandungi dosa. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, hadis no. 6786.
Maka perlunya kita mengambil pandangan yang benar dan sahih serta diyakini bagi memberikan kemudahan kepada seluruh umat Islam.


SOLAT JAMAK DAN QASAR

Sembahyang qasar 
- memendekkan sembahyang yang empat rakaat menjadi dua rakaat ketika dalam perjalanan (safar). Sembahyang yang boleh diqasarkan adalah sembahyang Zuhur, Asar dan Isyak.

Sembahyang jamak
- mengumpulkan dua sembahyang dalam satu waktu. Contohnya mengumpulkan sembahyang Zuhur dan Asar dalam satu waktu ataupun Maghrib dan Isyak dalam satu waktu.
- 2 jenis : Jamak Taqdim dan Jamak Ta'khir

Solat Jamak dan Qasar ini merupakan sedekah atau hadiah daripada Allah kepada musafir. Namun kita di Malaysia, rukhsah (kelonggaran) yang diberikan ini diabaikan. Antara persoalan tentang Jamak dan Qasar:

1. Hukumnya adalah sunat. Lebih afdhal jika solat penuh
2. Jarak perjalanan mestilah mencecah 2 marhala
3. Meletakkan tempoh masa menetap di sesuatu kawasan
4. Perlu berniat mengikut formulasi niat tertentu


Salam Aidilfitri 1433H / 2012M

Bismillahirrohmanirrohim... 
Assalamu'alaikum warohmatullohi wabarokatuh! 


Hari ini sudah masuk hari ke-lima kita berada dalam bulan kemenangan yakni bulan Syawal selepas sebulan berjuang melawan hawa nafsu di bulan mulia bulan Ramadhan. Oleh itu, di kesempatan ini saya mewakili seluruh ahli keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang meraikan Hari Kemenangan ini. Mohon ampun segala kezaliman yang pernah kami lakukan dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar. Mohon ampun sangat-sangat. Semoga Allah menerima amalan-amalan kami & amalan-amalan kalian [1]. Aameen~~ 

Di kesempatan ini juga, saya ingin bercerita sedikit tentang pengalaman perayaan Aidilfitri saya. Tahun ini, keluarga memilih untuk meraikan Hari Raya pertama di kampung halaman mama di Beaufort setelah bertahun-tahun lamanya. Kami sekeluarga sempat tiba di kampung sebelum waktu berbuka, oleh itu sempatlah berbuka puasa sebelum esoknya hari raya bersama nenek, moyang, pakcik makcik & ahli keluarga yang lain. Perasaannya pastilah seronok, dapat menikmati rezeki berbuka puasa bersama orang yang kita sayang, tapi terpisah oleh jarak & ketentuan Tuhan. 

Suasana beraya pertama di kampung mama agak beda dari hari raya yang sebelumnya. Semuanya serba 'sederhana'. Alhamdulillah sangat menyenangkan hati & menggembirakan hati. Kenalah dengan tujuan Hari Raya ini diciptakan oleh Allah untuk kita. Hari Raya diciptakan memang untuk bergembira & bersuka ria, tetapi bukan dengan cara menunjuk-nunjuk harta benda. Hingga ada insan  lain yang tercalar-balar emosinya melihat pameran harta benda saat berkunjung-kunjungan kerana tidak mampu memiliki harta benda serupa. Melihat situasi ini berlaku di depan mata membuatkan saya selalu rindu-rinduan yang amat pada Ramadhan yang baru lima hari berlalu pergi. Saat Ramadhan, ramai orang baik-baik. Apa yang kita lihat & kita alami semuanya baik-baik. Bersangka baik, bersabar, bersyukur, semua sifat yang baik-baik ini melekat pada setiap individu di bulan mulia Ramadhan. Berakhir saja bulan Ramadhan, sifat buruk mulai merayap keluar. Bukan sedikit, bahkan keluar sekali gus. Kerakusan nafsu makan, kerakusan nafsu berfesyen bersama 'baju raya', kerakusan nafsu bersosial bergaulan bebas lelaki & perempuan, semuanya rakus-rakus belaka. Padahal baru lima hari Ramadhan berlalu pergi, belum lagi lima minggu, lima bulan... Itukah yang kita  maksudkan dengan 'kemenangan'? 

Saya bukan marah, bukan juga niat untuk bersedih hati di hari raya. Cuma sedikit sayu, sayu yang datang tiba-tiba, sayu yang dikirim oleh Allah buat aku nikmati dengan tenang. Semoga yang baik-baik saja untuk kita semua.... 


[1] Jubair Nufair berkata: Apabila para sahabat Rasulullah bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain "Taqabbalullah minna waminkum / semoga Allah menerima amalan kami & amalanmu" [Ibn Hajar, Fath al Bari, jilid 5, m/s 270-271]



Nota: Bersederhanalah... Bersederhana adalah jalan yang terbaik...:)

Tahu

Masalah.. 
Orang tak akan tahu kalau tak bagitahu 

Begitu juga malu.. 
Orang tak akan tahu kita malu kalau tak bagitahu 

Hidup juga begitu, 
Hidup ini banyak rahsia antara kita & Tuhan saja tahu 
Tuhan sembunyi banyak rahsia kita supaya orang lain tak tahu 
{contoh: masalah, aib, malu, dsb} 
Tapi manusia dah makin pelik, atau pura-pura tak tahu?
Yang tak tahu, boleh tahu 
Sengaja tunjuk supaya orang lain tahu 
Minta diambil berat & diambil tahu 
Entah, aku pun tak tahu. 

Kadang aku pun mahu 
Tapi aku tahu DIA tahu 
Aku yakin DIA tahu 
Sesungguhnya DIA-lah Yang Maha Tahu


Nota: Bismillahirrohmanirrohim.. Ya ALLAH, dengan rahmat-MU daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah ENGKAU serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata. Aamiin ya ALLAH aamiin..!

Cerita Adik Aku

Aku ada seorang adik perempuan. Masih dalam sekolah rendah, darjah empat. Hari ini dia baru balik dari perkhemahan antara sekolah, dipanggil "Jamboree". 

Adik perempuanku agak aktif, berani, bijak & petah berkata-kata. Jadi aku selalu memilihnya  sebagai tempat meluah bila aku rasa perlu. Begitu juga dia. Kadang-kadang sampai tak terlayan, ada saja dia mahu kongsikan.  

Sebuah kisah menyayat hati yang dia ceritakan pada aku. Kawannya bernama A, B dan C. Asyik sibuk bercerita tentang gadget moden yang mereka punya, tapi adik aku tak punya, hatta menyentuh pun adik aku tak pernah. Si A dengan Samsung Galaxy SIInya, si B dengan tabletnya, si C dengan IPhone 4Snya. Entah apa perkara sebenar yang mereka bincangkan, tapi dari mimik muka adik aku, aku tahu dia kecewa & hampa dengan sikap kawan-kawannya yang seolah-olah menunjuk-nunjuk harta yang mereka ada, tapi adik aku tiada. 

Aku mendengar luahannya dengan penuh rasa sayu, kerana tidak mampu menghadiahkan adikku dengan hadiah sedemikian rupa. Dalam masa yang sama, aku juga sangat kecewa dengan sikap kawan-kawannya. 

Ibu bapa, abang kakak, sekalipun kaya-raya, tolong elakkan anak-anak hidup dalam keadaan terlalu mewah  & senang-lenang. Pun mampu memiliki barang-barang mewah, jangan biasakan anak-anak menunjuk-nunjuk harta. Aku selalu percaya "hidup tenang" di dunia itu ada, tetapi bukan "hidup senang". Kerana di dunia ini memang tempat untuk bersusah-susahan, di Syurga nanti barulah tempat untuk bersenang-senangan. 

     Aku hampa! 
     Pada siapa? 
     Pada mereka.  

     Ah! 
     Macamlah aku sempurna? 
     Ampunkan hamba..
     Kasihanilah hamba..


Nota: jangan pernah berhenti untuk bersyukur..! Alhamdulillah...

#Mau beli hasil kraf felt SUKA Collections [macam si adik tu], lanjutkan ke sini.

Konco Elektromistoskopic Cecah 888 Orang

Assalamu'alaikum dan salam mesra!

Blog ini dibuka adalah untuk berkongsi idea, melontar buah pikir dan menyampaikan isi hati yang lebih mudah diterjemah dalam bentuk tulisan. Itulah tujuan blog ini dibuka. 

ELEKTROMITOSKOPIC?

Ada juga rakan yang bertanya, "Apa bah maksudnya nama blog kau ni?". Sebenarnya nama blog ini dipetik secara spontan ibarat menggapai dedaun yang gugur dari pohon tak kira apa bentuk dan jenisnya. Nama blog ni terpa-chul di minda maka tanpa semena-mena, nama tersebut terus diukir pada blog ini dengan tagline-nya Ukiran Janaan Minda. Secara simboliknya bolehlah didefinisikan sebagai apa saja bentuk luahan dari kota pikir manusiawi yang ingin berkongsi dan mewarna dunia ini kepada kembali hijau yang mana kini hijaunya kian pudar. 

Walaupun blog ini dibuka bukan untuk pembaca serius tapi hanya kepada mereka yang sukakan bacaaan ringan, ini tempatnya. Sadar tak sadar, konco sudah mencecah 888 orang. Tahniah wahai kalian yang tergolong dari 888 orang tu pasal kalian beruntung dapat membaca dan menelaah nukilan kami-kami penulis di blog Elektromitoskopic. hehe.


Kepada anda-anda semua yang belum lagi bergandingan bersama 888 orang yang lain, sangatlah dialu-alukan untuk masuk ke liga membaca Elektromitoskopic. Banyakkan membaca, tidak kiralah samada buku, majalah, novel mahupun blog, semua dapat meningkatkan pengalaman dan pengetahuan kita-kita semua. Jadikan membaca amalan kita. 

Adios! 

Hadirnya Kesedihan

Kesedihan... 
engkau sering datang tanpa diundang
engkau menjelang tanpa ungkapan salam 
engkau menerpa masuk tanpa dijemput 
engkau hinggap lekat di pelbagai sudut 

dengan wajah yang menyimbah resah 
dengan lidah yang menempah gundah 
dengan cara yang membawa lara 
dengan bahasa yang menjelma duka 
bagimu rupa yang bermacam warna 
hingga ku lupa membezakan nama 

Perbualan

HATI: 
Tenang... 
Ke manakah kau menghilang? 
Merajukkah dikau padaku? 
Apa salahku padamu? 

TENANG: 
Tak ada salahmu padaku 
Aku cuma kecewa dengan sikapmu 
Asyik meminta & merayu pada Tuhan 
minta dibelas kasihan 
Bila dikabulkan, 
kau alpa & syukurmu sedikit cuma 
Memberi sedikit kau mula mengagung-agungkan 
Di mana tuntutan nilai keihklasan? 
Memohon ampun jarang sekali 
Itu namanya kufur nikmat!
Aku kecewa.. Tak malukah kau pada Tuhan? 

Ulasan Buku #1

Bismillahirrohmanirrohim... 

Assalamu'alaikum & salam kasih sayang. 

Entri hari ini tidak seperti sebelum ini. Kali ini aku ingin membuat ulasan tentang beberapa buah buku yang aku baca dalam masa terdekat ini. Jarang-jarang aku membuat ulasan tentang buku-buku yang aku baca, tapi tiba-tiba rasa tergerak hati untuk berkongsi bahan bacaan yang aku kira sangat bermanfaat untuk dikongsi. Semoga yang baik-baik saja untuk kita semua ya. 


Duit Masyuk Lagi dari SAYS.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Tanpa menulis panjang lebar, aku mau kestau yang duit dari Says aku dah masuk dalam akaun. Yeeha! Tidak juga banyak yang aku cash-out ni. Tapi boleh-bolehlah. Huahaha.

Ni buat duit dar internet jak ni. Hasilnya lumayan juga. Apa itu Says? Baca sini. Mau join? Daftar jak sini. Kalau ada soalan, tanya jak aku. Aku tolong mana yang bolih.

Happy Day

Today is Wednesday 
I always believe Wednesday is happy day 
And also believe everyday is happy day

Be strong, be positive, be humble 
Be positive, be humble, be strong
Be humble, be strong, be positive. 

Are you negative thinker person? 
If so, you are not allowed here. Thank you! 
 




 Note: Bismillahirrohmanirrohim....

Cinta, Wanita & Facebook

Bismillahirrohmanirrohim...

2 hari yang lalu, aku menonton Buletin Utama di televisyen. Kisah "Jenayah Cinta Siber" begitu menarik perhatianku. Di Malaysia, jenayah ini mula dikategorikan sebagai jenayah yang "sangat berbahaya", di mana terdapat 1034 kes direkodkan dalam 11 bulan pertama tahun ini dan melibatkan kerugian sehingga 45 juta ringgit. Kebanyakan kes ini melibatkan wanita-wanita kaya yang kesunyian, terperangkan dalam cinta lelaki Afrika {atau bahasa mudahnya lelaki Negro}. Ngeri! Klik pautan

Beberapa hari yang lalu pula, di dalam akhbar yang lebih kurang sama ngerinya, "Facebook Punca Cerai". Di London, gara-gara aktiviti-aktiviti di dalam Facebook boleh dijadikan bahan bukti penyelingkuhan pasangan, maka berlakulah banyak kes penceraian. Sangat mengerikan. Klik pautan.

Rabu Bisu #6: Anak Buahku {Si Labu}

 

Masa Depan

Kau bercakap tentang masa depan 
Yang kau sendiri pun tidak tahu 
Apa maksud masa depan itu 

Kau bercakap seolah-olah kau telah sampai ke masa depan 
Kau bercakap seolah-olah kau telah tiba ke Luh mahfuz, membaca kitab-kitab amalan 
Kau bercakap seolah-olah kaulah Tuhan. 

Kau nak jadi firaun? 


Nota: maksud sebenar masa depan itu ialah 'kuasa Allah', yakni USAHA+DOA+TAWAKKAL. Atas kuasa Allah, yang tak logik pun boleh jadi logik.

Petisyen Mansuhkan Wang Hantaran

Assalamu'alaikum, salam mesra...

Petang ini, sebelum mandi, aku sempat dengar sebuah tazkirah di radio. Tentang perkahwinan & pembaziran. Sikap manusia-manusia sekarang yang suka meniru-niru orang lain & ingin menjadi orang lain. Inginkan sebuah majlis perkahwinan yang gah, mahal-mahal, padahal tidak mampu. 

Lepas mandi aku asyik terfikir-fikir perkara ini. Betul! Masyarakat sekarang {Malaysia khususnya}, tiada RM10 000 tidak boleh kahwin, untuk belanja walimah kononnya, menjamu para tetamu. Menurut ustaz itu lagi, yang wajib itu nikah, walimah itu hanya sunat. Sunat atau sunnah, seperti yang kita semua maklum membawa maksud buat dapat pahala, tinggal tak dapat apa-apa, hatta dosa. Jadi, buatlah semampu-mampunya & ala kadar saja. Sekadar menjamu tetamu dengan kuih-muih & air teh pun boleh kalau setakat itu kemampuan kita. 

Kahwin Ekspress

Di sebuah majlis pertunangan keluarga, aku ajak kawan lelaki istimewaku untuk hadir sama. Tengah makan-makan, habis aku disoal siasat oleh makcik-makcik dan 'orang kampung'. "Orang mana kawan kau itu?", "Tinggal mana?", "Anak siapa?", "Kerja mana?". Di penghujungnya dalam bahasa bajau "Suun no yo mendo" atau dalam bahasa melayunya "Suruhlah dia berbini".

Aku, "Kahwin teruslah nanti. Sekali jak majlis, nda payah buat dua kali. Jimat". Makcik itu, spontan tapi dalam nada yang agak keras "Kahwin Ekspress sab itu tau".

Eh, ada pula macam tu? Apa-apa pun, selamat bertunang saudaraku! Semoga cepat-cepat kumpul duit hantaran. Ya.


Nota: Perkara yang sepatutnya dibantu untuk dipermudahkan, malah disusahkan & dibebankan pula. Pelik.

Buat Duit Berterusan - Sistem Didikan Perniagaan dengan PowerCloser™

Mahu Berbisnes Online? Kuasai Sistem PowerCloser™. Insya-Allah tanpa Kesusahan kejayaan menjadi milik anda! Jangan terlepas pandang sistem hebat ini hanya kerana anda malas membaca – Ingat, anda telah diberi AMARAN! 


*Kini PowerCloser™ telah pun dilancarkan dan para ahli yang terawal boleh mendapatkan buku panduan perniagaan yang tersedia untuk dimuatturun.

Kenapa PERLU memilih PowerCloser™ :-

PowerCloser™ masih baru & bakal dilancarkan pada April 2012.

Lebih HEBAT daripada produk2 sebelum ini { SAP & eR:Kit }


Bakal meletup di pasaran Internet Malaysia.


Medium perniagaan online digunakan selaras dengan zaman kini.

Sesuai untuk seluruh peringkat umur untuk menceburi bidang perniagaan internet.


Pulangannya yang STABIL pada setiap bulan {Berulang, Berterusan & Semakin Meningkat}

 
Panduan teknik pemasaran yang lebih jelas, telus & mudah difahami oleh setiap ahli melalui pembekalan ebook.

 
Perkongsian keuntungan automatik dengan pengeluaran tunai automatik terus ke Akaun Bank anda secara BULANAN.


Tidak perlu memohon & menunggu 48 Jam untuk membuat pengeluaran wang.


Dilengkapi dengan PERLINDUNGAN TAKAFUL untuk mengelakkan kes wang tidak dituntut kerana kematian dan sebagainya, disamping menyediakan SIMPANAN WAJIB kepada semua Ahli yang mencapai tahap pendapatan memuaskan untuk menjamin MASA HADAPAN ahli { tersedia  Backup Plan untuk segala kemungkinan }


RAMAI YANG RISAU KERANA TIDAK MAHIR MENGGUNAKAN MEDIUM INTERNET UNTUK MENCEBURI POWERCLOSER. JANGAN RISAU! SEGALA PANDUAN AKAN DIBERIKAN MELALUI EBOOK YANG DISEDIAKAN.

Bagi yang berminat untuk menikmati semua kelebihan di atas, silalah segera jadi yang TERAWAL bersama kami dengan menyertai PowerCloser™ sekarang!

DAFTAR POWERCLOSER


Kisah Cinta 3 Segi di Tamparuli

Cerita ini lebih tragis dari kisah cinta 3 segi yang anda pernah ketahui.


Lakonan semasa kami mengadakan aktiviti anjuran kursus teras fakulti di Taman Pertanian Tenom. Video ini didedikasikan kepada semua sahabat handai di Institut Pengajian Tinggi.


p/s: Zaman ni zaman makan megi hampir tiap hari.

Sajak dari pelajar 2 Ukhuwah, SMKPIIKB


Doa Kami untuk Guru Kami 



Wahai guru kami mulianya hatimu 
mengajar mendidik kami selalu 
tanpa kenal letih dan jemu 
moga Tuhan meredhaiimu 

Ya Allah peliharalah guru kami 
agar terus berada dalam rahmatMu ini 
agar terhindar dari tipuan dunia 
yang senantiasa menipu manusia

Ampunkanlah wahai guruku kami
kesilapan anak muridmu ini
kuserahkan jiwa raga kami
agar terdidik nafsu liar kami ini  

Kemalangan Jalan Raya


Bismillahirrohmanirrohim... 
Assalamu'alaikum & salam kasih sayang...  

Kami kemalangan. Isi entri kali ini sekali lagi agak panjang. Bukan niat aku untuk menghebahkan pada dunia bahawa kami mengalami kemalangan. Tidak, tidak sekali-kali. Kerana jika aku diberi pilihan untuk membuang salah satu detik dalam hidup aku, kemungkinan besar aku akan buang detik ini, di mana aku mengalami kemalangan jalan raya. Perasaannya sangat tidak enak, tidak manis, tidak indah untuk dikenang-kenang. Tapi inilah yang dikatakan takdir. Aku terima seadanya & aku harap isi catatan pengalaman yang bakal aku kongsi ini akan memberikan pembelajaran & pengajaran buat kita semua. Insya Allah... 

Hujung minggu yang baru berlalu, Jumaat hingga Ahad, aku & keluarga menghabiskan masa bersama di sebuah perkampungan terpencil  di Beaufort, tempat asal bondaku. Perasaannya indah & tenang-tenang sahaja. Jauh dari bandar, jauh dari bingit hilai tawa kapitalis, jauh dari kerakusan manusia. Aku senang sekali. 

18 Mac 2012. Ahad tengahari, kami selamat kembali ke teratak usang kami di Kota Belud. Memandangkan hari masih muda, jadi aku & kakanda bercadang untuk ke kota, bertemu sahabat-sahabat yang sudah lama tidak bertemu, menonton wayang bertajuk Bunohan & makan bersama di pasar malam Kokin. Aku, Bobby [kakandaku], Acok, Siti, Hati & Weilin. Indah, sangat sangat indah. 

Habuan dari SAP! SAP Hebat, PowerCloser™ Lagi Hebat!

Assalamualaikum & salam sejahtera!

Aku join SAP ni saja jak mau test market sebenarnya, mau juga coba bisnes internet ni kan. Semua di hujung jari jak. Jadi aku pun join-lah selepas puas mencari kelemahan SAP Venture di bawah kendalian syarikat IBCT Enterprise ni di enjin carian google tapi tidak ketemu akan kelemahannya. Akhirnya dengan langkah yang yakin aku mendaftar di bawah SAP Venture pakej RM50


Ternyata memang berbaloi-baloi. Hanya selepas beberapa hari, memang berhasil. Dalam 4 hari saja aku dapat RM48, lagi RM2 pulang modal. Hebat tak hebat? Lagi bukti.

Sampailah akaun capai RM108. Aku pun cash-kan. Cash pun tidak sampai 24 jam, duit sudah dikreditkan ke akaun. Cepat gila!

Catatan Usang: Diari

Bismillahirrohmanirrohim... 
Assalamu'alaikum & salam kasih sayang... 


Hari ini, lengkap sebulan aku tidak menulis di blog kesayangan. Pun begitu, alhamdulillah kehidupanku tenang-tenang & baik-baik saja. Ada kelapangan lain, aku akan cuba curi masa untuk berkongsi pengalaman-pengalaman lain yang boleh dibuat pengajaran & pembelajaran bersama. Aku kira, isi kandungan entri pada kali ini akan mengambil ruang yang agak besar. Mungkin kerana terlalu lama tidak menulis. Jadi aku persembahkan catatan usang ini, buat mengubat rindu aku sendiri. 

Februariku dalam Seminit

Inilah diariku sepanjang Februari 2012.


Kamu pula macamana?

Hikayat Sang Kancil Menggamit Nostalgia

Nostalgia betul video terbitan Filem Negara Malaysia yang dulunya dipaparkan di TV Pendidikan. Video berbentuk nasihat macam tu sekurang-kurangnya memberi impak kepada pemikiran di masa kanak-kanak. Pengajarannya amat berguna walaupun dalam bentuk kartun santai.

Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya


Dan ingatlah! Pikiran pelita hidup kita.

Eksperimen: Antara Ilusi dan Nyata

Sebuah eksperimen telah dijalankan di mana satu akuarium yang menempatkan seekor ikan disediakan. Pada waktu-waktu tertentu,ikan tersebut diberi makan bijian makanan. Ikan itu makan seperti biasa. Kemudian satu penghalang lutsinar telah diletakkan di tengah-tengah akuarium itu menjadikannya dua bahagian sama rata; ikan di satu petak dan yang satu lagi adalah ruangan kosong. Kemudian bijian ditaburkan di ruangan kosong.

Cuba teka apa yang terjadi?  

Ikan itu segera meluru ke arah bijian itu. Namun setiap kali ia mahu menuju ke arah makanan, ia telah tersadung dinding lutsinar tersebut. Situasi begini terjadi berulang-ulang kali sehingga ikan itu tidak lagi kelihatan cuba menuju ke arah bijian makanan tersebut. Kemudian dinding lutsinar itu dikeluarkan. Satu situasi menarik telah berlaku. Ikan tersebut membiarkan sahaja bijian makanan itu. Ia tidak cuba untuk mendapatkannya. 

Satu akuarium lain berisikan seekor ikan disediakan sebagai kawalan. Sebaik sahaja ditaburkan makanan, ikan di dalam akuarium yang kedua bergegas meluru mendapatkan makanan. Tetapi anehnya,ikan di dalam akuarium pertama tadi membiarkan sahaja bijian makanan itu terapung-rapung di sudut bertentangan.  Satu lagi ciri yang dapat dilihat, ikan itu seolah-olah berenang di dalam kawasan yang terhad, iaitu separuh dari akuarium itu.  

Apakah anda pelajari dari eksperimen di atas?



Alahai BR1M: Ini Kalilah!

Respon pembaca tentang Bantuan Rakyat 1 Malaysia.

Respon pembaca tentang Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Dipetik dari - Harian Ekspress 8 Februari 2012.

Jaga Diri

Jaga diri, jaga maruah diri 
Yang kaya jaga maruah diri 
Yang miskin jaga maruah diri 
Yang cantik jaga maruah diri 
Yang hodoh jaga maruah diri 
Yang putih jaga maruah diri 
Yang hitam jaga maruah diri 

Jaga maruah agama 
Agama akan jaga maruahmu 

Jaga maruah orang lain 
Orang lain akan jaga maruahmu 

Jaga dirimu, jaga maruah dirimu. 




Nota: selamat berhari jumaat.

Dr. Haron Din Mimpi Bertemu Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum.

Ramai juga yang menyangkal sama sekali bahawa Dr. Haron Din bermimpi Nabi Muhammad S.A.W. Ada yang sampai mempertikaikan Dr. Haron Din. Perkara ini tidak mustahil bagi seseorang ulama' yang warak. Mari tonton video Dr. Haron Din menceritakan pengalaman mimpinya.


وَمَنْ رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ في صُورَتِي


Ertinya : ...Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupai gambaranku" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/52 ; Muslim, no 2266, 4/1775 )

Dalam hadith yang lain pula disebutkan :-



من رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَخَيَّلُ بِي وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ من سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا من النُّبُوَّةِ


Ertinya : "Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi), maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupaiku, dan mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 46 juzuk dari kenabian" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568)

Tanda-tanda golongan kafirun dan munafik ialah mereka bencikan ulama' yg ingin membawa semua syariat dan perintah yg diperjuangkan Nabi. Mereka mencari pelbagai alasan untuk mempersendakan ulama tersebut tetapi menutup sebelah mata akan kemungkaran yang lebih terang dan nyata.

p/s: Tapi kalau mimpi 4 nombor, senang-senang pula orang percaya.

Timeline: Memori Brunei Darussalam

Assalamualaikum.

Pada 17.12.2011 yang lalu, aku sekeluarga telah menjejakkan kaki ke Brunei untuk bersiar-siar bersama keluarga. Kami ke sana untuk berjumpa dengan keluarga angkat aku keluarga Haji Muslim. Kami pun mengambil peluang berjalan-jalan di serata Brunei. Banyak tempat yang telah kami lawati antaranya Muzium Brunei, Jerudong Park, Pusat membeli belah, Brunei Royal Galeria dan banyak lagi (Mau kasi saspen Wasaber untuk trip ke Brunei nanti kalau jadi. InsyaAllah).

Jadi, timeline ini untuk mengabadikan memori semasa di Brunei.

Rumah Tahan Gempa

Assalamu'alaikum, salam mesra, selamat memulakan hari yang baru...

Pagi ini, seperti pagi-pagi yang sebelumnya. Aku akan cuba luangkan masaku untuk menghadap kotak televisyen, seawal jam 6.30 pagi, TV3, keratan akhbar, Malaysia Hari Ini. Bagi yang turut sama-sama menonton pasti tahu, bukan sekadar keratan akhbar yang dikongsikan, tetapi juga diselitkan dengan bingkisan dan laporan-laporan menarik yang boleh menambah pengetahuan dari serata dunia. 

Pagi ini, aku tiba-tiba rasa excited untuk menulis sejak entri terakhirku pada penghujung tahun lalu. Aku ingin kongsikan ilmu yang aku perolehi daripada laporan khas dari negara jiran, Indonesia. Di dalam banyak-banyak wilayah yang terdapat di Indonesia, terdapat beberapa wilayah di sana yang terkenal dengan industri pembuatan rumah kayu atau terkenal dengan jolokan "Rumah Tahan Gempa". Salah satunya ialah wilayah Woloan.

Manchester United Kalah Lagi!

Kali ni kalah kepada Newcastle. 3-0. Gaya permainan tampak lemah. Kali ni lebih aksi persembahan Manchester berbanding semasa kalah kepada Blackburn,3-2 pada penutup 2011.

Jika dibandingkan antara dua kelab Manchester, Manchester City lebih layak untuk merangkul kejuaraan musim ini dengan kemampuan mereka mengawal bola dengan baik, kemahiran individu yang tinggi, serta kerjasama pasukan yang tinggi. Permainan Manchester City juga ala-ala Barcelona. Mereka bermain possession ball dengan baik sekali. Mereka akan berusaha mengawal bola selama mungkin dengan hantaran dekat dan apabila membuat serangan pula secara bberkumpulan dan pantas. Serangan mereka juga mampu mendatangkan bahaya setiap kali menyerang ke kubu lawan. 

Peluang Manchester City menjadi kelab nombor satu Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012 adalah lebih cerah.