Dunya oh Dunya

Setiap kali aku berada di sini, perasaan ini pasti hadir. Menerjah jauh ke dalam lubuk yang paling dalam. Menari-nari & berkejar-kejaran sesama sendiri. Di kota ini {Kokin} , macam-macam aku lihat, aku tengok, aku nampak... Dengan serta merta, aku sedih, hiba, risau, takut, malu. Semuanya bercampur baur.

Kenapa?

.
.
.
.
.
.

Apa makna kehidupan ni pada diorang?
tujuan hidup? pegangan & kepercayaan?
tiada yang membataskan setiap perlakuan?
tak takut Tuhan kah?
memang aku bukan sesiapa untuk menghakimi tindakan diorang
tapi aku rasa tak salah untuk aku merasa insaf
melihat penyelewengan akhlak
kepincangan budaya bangsa melayu
dilacur & dirogol oleh anak bangsanya sendiri!
Oh dunya...
 

Sepotong ayat:
Dijadikan terasa indah di dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan², anak², harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, hewan ternak & sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (Ali 'Imran:14)

Kreativitas Melangkaui Akal Fikiran

Assalamu'alaikum...!


Hari ini aku ingin kongsikan sedikit petua atau hasil kreativiti turun temurun keluarga aku. Cuba lihat dalam oval pada gambar di bawah. Pisau mancis & pisau pen! Kagum tak?


Cerita sebenarnya pisau ni dah patah kepalanya, tapi rasa sayang pula kalau mahu buang. Masih tajam & boleh diguna. Takkan mahu buang? So kerana terlalu kreatif datanglah idea ni dari bondaku. Idea asal datang dari Nenek Akar {adik kepada atokku atau lebih mudah dikenali sebagai bonda kepada Kasim Gumuk}.




Mesti kalian berminat mau tahu cara menghasilkan produk yang sangat kreatif ni kan. Mari aku kongsikan.

Layanan Fantastik Dikala Boring

Masa hidup di menara gading, memang selalu sibuk dengan kerja. Tapi bila tiada kerja, boring la pula. Jadi, apa yang dibuat semasa dalam keadaan boring main game la. Tapi kadang² masa ada kerja, main game juga. Masa boring ni kalau tidak main game, layan music. Banyak lah lagu yang dilayan. Sampai la lagu hindi pula yang dilayan. Shah Rukh Khan terussss.. 

Aku dengan roomate aku si Alex Kamato layan lah sampai kami sangat hafal lagu ni kan nye pun...



Mahu nyanyi sekaki? Nah lirik :

Sonata Taman Hati

Hari berlalu indah belaka
ikut rentak alam semesta
tanpa dirancang tanpa diduga
suatu pertemuan tak disangka-sangka
tak pernah kenal tak pernah jumpa
dia berkata dia bertanya
aku malu sebenarnya
siapa tahu hati berbunga-bunga
sesekali mata bertentang mata
bagai terkena kejutan elektrik terasa
berderau darah naik ke kepala
alih pandangan pura-pura
indah rasa memang suka
mahu tapi malu masih ada
tak sampai sehari cuma
rasa dekat rasa mesra
tak diam duduk di rumah
pejam mata pun tak lena
kepala gatal tak kena mengena
oh mengapa & kenapa?
adakah aku jatuh cinta?


~ cinta, love, pyaar, ai, amour, mahal, liefde... ~


Nota: ini bukan jiwang
 

Amarah Nafsu

Kau lontar kata nista
terngiang-ngiang di telinga
aku luka aku biarkan saja
itu biasa aku dah tak kisah

Lontarkan lagi!
biar puas hati
jangan pula kau sesali
atas apa yang akan terjadi

Manusia bisa berubah
bila saja nafsu bermaharajalela
kau juga jadi hamba
bukan Tuhan yang kau sembah

Kenapa berhenti?
teruskan lagi!
mencaci memaki
yang kau kata hobi

Waktu berputar umur bertambah
tapi kau masih tak berubah-ubah
jumpa ustaz belajar akidah
jangan bertuhan nafsu amarah


p/s: Sabar itu indah


Luah @

Nota Kecil Untuk Kokin (Akhir)

Nota Kecil Untuk Kokin 1 sini.

Apakah kota kinabalu menjanjikan rasa bahagia?
Apakah kota kinabalu mampu mengimbau kenangan lama
dan siulan gemersik kampung halaman?

Dan apakah kota kinabalu mampu mengitar semula
ketawa anak-anak kecil?

Di saat ternampakan kelibat anak muda
kota berpeleseran ....
kesibukan anjing bertali leher yang selama ini
hidup dengan sogoknya mata wang....

Aku kirimkan Nota kecil untuk kokin...........



Nota : Habis!

Fakta Cili

Diantara berikut, yang manakah akan menghilangkan rasa pedas akibat memakan cili dengan lebih pantas?

a) Air biasa

b) Minuman yogurt

c) Minuman bergas

Untuk jawapan & penerangan, teruskan membaca...
 

Salam Aidiladha

Assalamu'alaikum...!

Segala puji bagi Allah dan salam kepada nabi kita Muhammad, keluarga, para sahabatnya, dan orang-orang yang mengikuti petunjuk mereka hingga akhir zaman.

Dari Anas Radiallahu 'Anhu ia berkata: "Nabi s.a.w datang ke Madinah sedang penduduknya memiliki dua hari raya di mana mereka bersenang-senang di dalamnya di masa jahiliyah [1]. Maka beliau bersabda:

"Artinya: Aku datang pada kalian sedang kalian sedang memiliki dua hari yang kalian bersenang-senang di dalamnya pada masa jahiliyah. Sungguh Allah tealh menggantikan untuk kalian yang lebih baik dari dua hari itu iaitu: Hari raya Kurban & Hari Raya Idul Fitri". (Hadits shahih dikeluarkan oleh Ahmad (3/103, 178, 235), Abu Daud (1134), An-Nasa'i (3/179) dan al-Baghawi (1098).

Seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w dalam hadits di atas, Hari Raya Kurban & Hari Raya Idul Fitri merupakan hari untuk kita umat Islam bersenang-senang & raikan. Oleh itu, saya & keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Kurban, Selamat Hari Raya Haji, Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam.


Taqabbalallahu minna wa minkum
{Artinya: Semoga Allah menerima dari kami & dari kalian}

[1] Iaitu hari Nairuz & hari Mahrajan. Lihat "Aunul Ma'bud" (3/485) oleh Adhim Abadai


Rai @

Clever {TVIQ}

Rancangan Clever merupakan rancangan kuiz tv terbaru yang disiarkan di Astro ch610. Dalam banyak-banyak rancangan hiburan yang astro siarkan, aku paling suka & sokong rancangan menguji minda yang macam ni, berbanding 'Jangan lupa lirik'. Sorrylah ya, tapi aku rasa ia tidak membawa banyak faedah & tidak menambah pengetahuan melainkan hiburan semata-mata. Tapi berbeza dengan rancangan Clever ni, yang mana ia lebih mengarah kepada pengetahuan sains dan diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Memang menambah pengetahuan sangat. Aku ni walaupun belajar dalam bidang sains tulen sejak tingkatan 4 dulu, masih terlalu banyak teori yang aku tidak tahu macamana, mahu kaitkan dengan kehidupan sebenar.


Al-Kisah Pening

Seperti kebiasaan
aku pergi ke sekolah
pergi menuntut ilmu

Tapi hari ni lain macam
perutku meragam
aku buang tak mau pula keluar
so aku abaikan

Seronot je aku dekat sekolah
tiba-tiba meragam lagi
tak tahan sudah ni
aku kena balik rumah
sakit sangat ni

Pakcik bas yang aku sewa
menghantar aku balik
tapi kali ni awal sikit
awal 2 jam macam tu


Mesti lah family aku hairan
kenapa aku balik awal sangat?
mau tau apa alasan aku?
Alasanku "Kawan aku cakap aku pening"
HAH??? dorang ternganga
macamana pula kawan aku yang tau aku pening?
Sebenarnya aku ter*mensret*...
Tapi aku malu mau bagitau jer..
Hehehe...



Bila Ketiak Berasap

Ketiak berasap?
Bukan asap, asam...
Hahaha...

Masalah ketiak berbau memang masalah yang biasa kita dengar. Ada yang cakap dari pemakanan, ada yang cakap dari kebersihan. Ada yang cakap orang gumuk mesti bau ketiak, tapi aku lalu sebelah orang kurus macam lidi baunya lagi mantap (Fuhh mau mati aku, nasib-nasib ja tak mati!). Kesian & sedih juga pada pesakit-pesakit ketiak berbau ni kan. So aku mau kongsikan beberapa petua untuk merawat penyakit ni. Check it out!!



Pemenang Pertama Who Wants To Be A Millionaire {USA}

Ni lah orang pertama menang $ 1Million USD. Namanya John Carpenter.
Memang terer lah. Mari kita saksikan aksinya menjawab soalan.

Vokalis Kumpulan Fotograf Shamrin Meninggal Dunia

Assalamualaikum!

Penyanyi yang pernah mendendangkan kita dengan lagu popular mereka antaranya Salam Buat Juwita dan Di Alam Fana Cintamu. Penyanyi utama kumpulan Fotograf , iaitu Shamrin atau nama sebenarnya Shamrin Abdul Samad, 43, meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak.  Beliau dikatakan menghidap penyakit jantung.

Al-Fatihah~

p/s : Bila Allah menghendakinya, ia pasti akan berlaku.

Fakta Anjing

Orang tua-tua kata,
Kalau kita lalu dengan anjing, anjing gonggong-gonggong macam mahu menerkam, kita duduk. Pura-pura ambik batu & humban. Nah, takut bah anjing tu terus!

Semalam aku & bondaku lalu di sebuah rumah yang mana ada memelihara anjing. Kami digonggong & macam mahu diterkam. Bondaku mengajakku duduk. Terus anjing tu diam & lari. Aku tanya kenapa? Katanya anjing tu nampak kita ni sama tinggi dengan dia, so anjing diam & tak terkam sebab disangkakan kita ni kawannya. Ahahaha.. Lawak juga aku rasa, tapi mungkin ada benarnya kan..



Gelak @

Drama Chinta {Slot Akasia TV3}

Drama Chinta merupakan sebuah drama menarik yang sedang ditayangkan di TV3 (Siaran TV kegemaranku, sorry Astro...) Semuanya ada 28 episod. Drama ini mempunyai jalan cerita yang baik bagi aku, yang menggandingkan beberapa pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Ady Putra, Natasha Hudson, Zain Saidin, Fadzilah Mansor, Zarynn Min, Dato' Rahim Razali, Aida Radzwil & ramai lagi. Banyak konflik masa kini berlaku menyebabkan aku kadang-kadang berat hati melepaskan drama ni. Sempat lagi bertelagah & bertekak dengan adindaku yang mahu menonton drama Indonesia "Cinta Kirana". Apa burung? Sokonglah drama Malaysia, Malaysia Boleh!!!


Di antara konflik & persoalan yang terdapat dalam drama ini ialah :

Betrayed Vol. 2 (Malay version)

Betrayed Vol. 1 sini.

Cinta?
Perlukan pengorbanan
kepercayaan & kesetiaan
memaafkan dan cuba melupakan
Sungguhpun dinodai dengan pengkhianatan
memberi peluang & berusaha meneruskan
akhirnya ditinggalkan dengan tangisan
tangisan dalam sebuah penantian


p/s: Cintalah Dia yang menciptakan cinta. Cinta agung cinta kepada Pencipta.


Luahan rasa @

Nota Kecil Untuk Kokin 1

Setiap Kali Aku Disini...
Aku Benci...

Aku Bukan Benci Tempat Ini...
Aku Bukan Benci Ruang Ini..

Tapi Aku benci Perkara Ini...
Benci Keadaan Ini..
Benci Situasi Ini...
Aku Benci Rasa Ini...


p/s : Kokin (Kota Kinabalu)


To Be Continue....

Liverpool Player : Joe Cole Dancing?

Assalamualaikum!

Hah!!? JOE COLE hebat berdansa?

Aku pun pertama kali tengok terkejut juga. Tidak langsung aku menyangkakan bahawa seorang pemain LIVERPOOL yang lincah di atas padang juga mampu menari sebegitu rancak dan mempersonakan di pentas tarian. Dengan kepalanya yang botak, berjambang di potong rapi serta mengenakan kot sambil menari. 

Fuh! memang tertukul paku dan terkedu hempedu aku tengok!

Fenomena Warroy

Assalamualaikum!

Aku ni terpilihlah untuk menngikuti program Biro Tata Negara yang bertempat di Kundasang, Sabah. Program ini berjalan selama 4 hari 3 malam dan menggabungkan sekolah dari pelbagai daerah. Aku antara 10 orang yang terpilih dari sekolah aku. Pengisian program tersebut adalah membentuk jati diri dan berusaha mewuujudkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Memang sarat dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang berguna untuk menjadikan seseorang tu berjiwa kenegaraan.

Dijadikan cerita, adalah seorang sahabat wakil dari Sekolah Sandakan. Dia sering mengucapkan perkataan "Warroy" sehingga aku pun tersihir dengan ungkapan tu. Asal saja buat sesuatu, terus "Warroy" terpacul dari mulutnya. Setelah itu jadi kebiasaan pula kepada aku, aku terbiasa sehingga terbawa-bawa ke sekolah aku. 

Aku mulakan dalam kelas, lalu merebak ke serata sekolah. Kemana saja semua orang akan menggunakan perkataan "Warroy". Bermulalah Fenomena Warroy.

Ilusi Retina

Kalau kamu mempunyai mata yang super hebat dan jelas, 
sila lah teka apa benda yang tersembunyi dalam taman bunga ni...

Sila kan teka...


Bukan yang di atas ni, yang di bawah ni...


Fanatik Bola Sepak : Manchester United

Kau minat bola sepak? 
Kalau ya, kita sama. Santiki lu.

Setiap orang punyai minat yang berbeza termasuklah kelab bola sepak. 
Dan aku : MANCHESTER UNITED.
Kau pula?

Perihal Kahwin

Kahwin merupakan perkara paling bermakna kepada yang melaluinya.
Jadi Raja sehari lagi woo.. 

Tapi kita perlu beringat supaya jangan terlalu...


Happy Diwali For You

Selamat Menyambut Hari Deepavali diucapkan kepada rakan-rakan India aku {Chandra, Piriyah, dan dan Gauri serta Acok. Oooopss! Salah. Acok tidak terlibat} dan semua kaum India di Malaysia khususnya serta kepada seluruh rakyat 1 Malaysia {barulah 1 Malaysia}.

Sambutlah perayaan ini dengan cahaya dan kemeriahan. Aku pun siap berjubah juga ni. 1 Malaysia la ba aku ni. keh²

elektromitoskopic,deepavali,diwali

Batu Sapi Digenggam BN

Assalamualaikum!

Pilihan raya kecil di Batu Sapi. Kejap! Di Batu Sapi ni banyak Batu dan Sapi ka?

Seperti yang kita sedia maklum, pilihan raya Batu Sapi bertanding antara 3 penjuru. BN, PKR dan SAPP. Nah, sepanjang hari ni {4 November 2010} orang awam membuang undi mereka. Ini lah tanggungjawab. Undi punya undi, keputusan pun sudah diumumkan setelah undian dihitung kira secara saksama.

Kolaborasi Panas

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Ramadhan lalu, aku membantu bonda berniaga di bazar ramadhan. Tujuannya untuk menambahkan pendapatan. Nanti dapatlah berbelanja lebih sikit. 30 hari puasa, 30 hari jugalah kami berniaga cuma ponteng sehari untuk pergi membelah belah. Aku punya kolaborasi yang baik dalam perniagaan ni. Antara yang terlibat : Bonda, aku, pak cik Lani , & Aliff (adikku).

Semasa tempoh bazar itu juga, aku dikunjungi rakan karib a.k.a seperjuangan semasa di menara gading. Alex Kamato mengunjungiku. Insan ini juga merupakan kolaborasi aku yang baik. Samada bermain bola sepak, futsal, gaya gurau yang sama biol, musuh PES yang reading the match dan bersederhana.

:: Aku berkolaborasi ::
Photobucket
Alex Kamato & Bobby
Kolaborasi yang baik adalah memahami situasi serta mampu menyerap kekurangan atau kelemahannya untuk segera diatasi.


p/s : Rindu bulan Ramadhan.

Otak

Otak bikin kita pandai berfikir,
bikin kita berakal.

Ada Otak = pandai. {ada juga yang ada otak tapi tak pandai pakai}

Apa yang kita perlukan untuk pandai.
Otak yang banyak lah kan.

Otak + otak + otak = pandai pandai pandai.
Jadi, kalau mahu banyak otak........
.
.
.
.
.
.

Berebut Salam

Assalamualaikum!

Memberi salam tu bermaksud mendoakan kesejahteraan ke atas orang yang ditujukan salam. Tapi aku tengok zaman sekarang, orang tidak memulakan pertemuan dengan memberi salam {kadang aku pun sama}.

Jika diambil kisah Rasulullah s.a.w,  beliau tidak pernah menjawab salam dari para sahabat. Sebaliknya beliau akan memulakan segala salam kepada para sahabat.

Berdasarkan kisah tersebut, pernah seorang sahabat Nabi ingin memberi salam kepada Nabi. Dia pun datang secara perlahan dan bersembunyi. Datangnya dari arah belakang. Tujuannya untuk memberi salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. Setelah sahabat telah hampir kepada Nabi untuk memberi salam, lalu Nabi pun menoleh ke belakang dan berkata, "Assalamualaikum". Tidak sempat sahabat memberi salam, Nabi sudahpun terlebih dahulu memberi salam kepada sahabat.



Begitulah keutamaan salam bagi kita semua. Kalau boleh, kita yang mendahului salam. Contohi ikon kita Nabi Muhammad s.a.w.


p/s : ikon zaman sekarang?

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Aku pun lupa bilakah tarikh sebenar aku membaca & menghabiskan novel ni. Tapi apa yang aku pasti aku membacanya bukanlah atas sebab aku peminat novel, tapi atas sebab untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahku untuk subjek "Sastera Dunia" yang aku ambil masa semester 3 dulu. Markahnya bukan main besar, 60% bahhh.. Mau tidak mau terpaksa jugalah aku habiskan. Kalau ikutkan memang berhabuklah novel tu sana aku biarkan.

Tapi perkataan terpaksa tu aku tidak boleh guna sudah, sebab tiba-tiba novel ni jadi 'novel kegemaranku' pula. Sampai aku pegi fotostat bah. Aku tahulah tidak boleh, tapi kalau sudah terfotostat macamana juga? Penulisnya ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah (atau nama penanya HAMKA). Mari aku sinopsiskan jalan cerita novel ini:

 
- Novel sebenar vs Novel fotostat -

Watak utama: Zainuddin, Hayati


Tamu Besar Kota Belud 2010

Pernah dengar TAMU BESAR KOTA BELUD (TBKB)???
Bunyi macam gah kan.. Check it out..
Ada apa dengannya..?
Tamu ialah pasar terbuka yang berlangsung setiap minggu di Sabah. Manakala, TBKB merupakan acara tahunan yang diadakan di daerah Kota Belud. Diantara tujuannya adalah bagi mempromosikan & memperkenalkan kepada umum tentang apa yang ada di Kota Belud. Semasa acara ini berlangsung, terdapat pelbagai pertunjukkan & pameran yang mengandungi informasi samada tentang budaya, cara hidup, dialek atau pakaian masyarakat yang terdapat di daerah ini. Contohnya, para penunggang kuda Bajau yang dikenali sebagai "Koboi Timur" akan mengenakan pakaian tradisional terbaik mereka dan menunggang kuda yang dihiaskan dengan cantik. Selain itu, terdapat juga aktiviti² menarik yang disediakan bagi memberi hiburan & kepuasan kepada para pengunjung

Pada tahun ini ia diadakan pada 30 & 31 Oktober 2010 (Sabtu & Ahad). Sebagai penduduk daerah Kota Belud, aku haruslah menyokong & sekurang²nya tahulah kalau ada yang bertanya tentang TBKB kan. So, aku & 2 orang kerabatku turut turun padang bagi menjayakan acara ini. Seperti yang disebut di atas tadi, memang banyak aktiviti yang disediakan, jualan pun tak kurang hebatnya. Memang crowded sangat keadaan tamu sepanjang acara TBKB ini berlangsung.

Coba layan gambar kejap:
~Jualan langsung~
~Pertunjukkan kaum dusun~
~Si comel ikut peraduan mewarna~
~ 2 sahabat comel (Safiyah+Azyan) ~
p/s: Sebenarnya aku sendiri baru pertama kali pergi & aku BANGGA adanya acara seperti ini. Mungkin ada beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat, tapi aku SOKONG & aku harap ia akan diteruskan lagi. Lain kali jomlah join aku turun padang. Nda banyak sangat perkongsian yang boleh dibuat, sebab time ni aku pun tengah blur². Bahasaku pun entah apapa sudah ni, lama nda buat karangan BM kan. Kalau SPM dpt C kali ni.