Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Kreativitas Melangkaui Akal Fikiran


Assalamu'alaikum...!


Hari ini aku ingin kongsikan sedikit petua atau hasil kreativiti turun temurun keluarga aku. Cuba lihat dalam oval pada gambar di bawah. Pisau mancis & pisau pen! Kagum tak?


Cerita sebenarnya pisau ni dah patah kepalanya, tapi rasa sayang pula kalau mahu buang. Masih tajam & boleh diguna. Takkan mahu buang? So kerana terlalu kreatif datanglah idea ni dari bondaku. Idea asal datang dari Nenek Akar {adik kepada atokku atau lebih mudah dikenali sebagai bonda kepada Kasim Gumuk}.




Mesti kalian berminat mau tahu cara menghasilkan produk yang sangat kreatif ni kan. Mari aku kongsikan.
  1. Sediakan bahan-bahan: pisau tanpa kepala, getah sayur, mancis kosong atau pen atau barang plastik yang sesuai dijadikan pemegang
  2. Lilitkan getah sayur pada hujung kepala pisau.
  3. Kenakan hujung pisau yang dililitkan dengan getah pada haba yang panas bagi membenarkan getah tersebut mencair.
  4. Apabila getah tersebut mencair & pisau menjadi panas, pegang pisau tersebut menggunakan kain & kenakan pada mancis atau pen serta merta.
  5. Biarkan sejuk & lihatlah hasilnya.
Nah kan, sudah aku guna bikin potong-potong. Selamat mencuba..!


p/s: Hati-hati. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak digalakkan mencuba.

Kreativitas @

5 komenteraksi:

geekz36 said... [Balas Komen]

tercari-cari mancis, then ternampak lighter. kreatif!

Alfian Jamjin said... [Balas Komen]

@geekz36 try la buat 1 bro..keh²

Zurina Jamjin said... [Balas Komen]

@geekz36. kih² mancis dgn lighter sama bah kan.. kih²

c3kz h!kmAh said... [Balas Komen]

naaaa..penah ku tgk gni d umah nnk ku..pkai bdn lighter tu..nnt ku projek la pisau2 xda kpala d rmh ni..haha

Zurina Jamjin said... [Balas Komen]

@Hik. Awu dang. Pastu ko jual. Laku atu.. Ahaha.

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!