Aku pun lupa bilakah tarikh sebenar aku membaca & menghabiskan novel ni. Tapi apa yang aku pasti aku membacanya bukanlah atas sebab aku peminat novel, tapi atas sebab untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahku untuk subjek "Sastera Dunia" yang aku ambil masa semester 3 dulu. Markahnya bukan main besar, 60% bahhh.. Mau tidak mau terpaksa jugalah aku habiskan. Kalau ikutkan memang berhabuklah novel tu sana aku biarkan.
Tapi perkataan terpaksa tu aku tidak boleh guna sudah, sebab tiba-tiba novel ni jadi 'novel kegemaranku' pula. Sampai aku pegi fotostat bah. Aku tahulah tidak boleh, tapi kalau sudah terfotostat macamana juga? Penulisnya ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah (atau nama penanya HAMKA). Mari aku sinopsiskan jalan cerita novel ini:
- Novel sebenar vs Novel fotostat -
Watak utama: Zainuddin, Hayati
Zainuddin merupakan seorang anak terbuang yang sangat kasihan. Selepas kehilangan kedua ibu bapanya, digagahkan dirinya menjadi anak rantau, cuba mencari kehidupan yang baru di kampung halamannya. Bertambah malang nasib dirinya apabila dianggap orang asing di kampung halaman sendiri, mangsa kepada adat masyarakat Padang. Sudah Allah tentukan begitu takdir hidupnya, dijalani apa adanya. Sungguhpun mati hatinya & hilang tempat pergantungannya, tapi ia tetap punya rasa bertuhan. Tempat pengharapan yang agung, membuatkan dirinya semakin tabah & kuat untuk menjalani hidup yang penuh onak duri.
Tanpa dia sendiri rancang & tanpa dia sendiri sangkakan, terjadi suatu perkenalan antara dia dengan seorang gadis di kampung itu bernama Hayati. Sungguhpun tidak dinyatakan dengan perkataan, tapi suatu ikatan hati yang sangat istimewa telah terbina antara 2 insan ini. Lumrah seorang insan, punya perasaan ingin menyayangi & disayangi. Kesempitan & kesusahan yang ditanggung Zainuddin membuatkan keluarga Hayati tidak setuju menerima pinangan Zainuddin. Tetapi itu semua tidak menjatuhkan Zainuddin, bahkan ia menambah lagi kekuatan & semangatnya sehingga berjaya & menjadi seorang yang terkenal. Selama bertahun-tahun dia pergi meninggalkan kampung halaman & Hayati tercinta. Dan selama bertahun ini juga terukir pelbagai cerita. Takdir tak menyebelahi dirinya apabila Hayatinya berkeputusan untuk menikah dengan Aziz yang berperangai teruk. Sebagai seorang manusia yang menganggap cinta itu suci pasti akan terluka apabila ia dinodai dengan pengkhianatan. Klimaks cerita: Aziz sampai membunuh diri, Hayati pula cuba menagih cinta lamanya, dan Zainuddin terlanjur menyimpan dendam walaupun masih ada sayang!
Oh tidak sanggup sudah aku mahu teruskan. Nanti terkeluar jiwangku & menitis-nitis air mataku. Konklusinya aku boleh katakan jangan dahulukan egois di dalam mencari kebahagiaan. Rasa tertarik? Nah, pergi cari di kedai-kedai buku berdekatan. Teruskan membaca cerita ini. Lepas sudah baca pandai-pandailah kalian rating.
- diantara petikan-petikan yang terdapat di dalam novel ini -
p/s: Bahasa sasteranya memang tinggi. Hanya orang-orang yang tahu menghargai bahasa ja yang akan meminatinya. Pernah dulu aku dengan excitednya bagi kawan-kawanku pinjam novel yang aku fotostat ni, sekali responnya macam tiada-tiada ja. Terima sajalah.
2 komenteraksi:
dimana mau cari? ada lagi ka jual d kedai buku ni? huhuhuhu~ :(
@~NiZa Maksit~, aku pinjam di perpustakaan UMS ari tu. Terus aku pi potostat.. Keh³. Aku rasa ada juga jual di kedai buku di KK, aku mau juga beli yang original. Heh.
Tapi kalau betul ko mau pinjam aku buli kasi pinjam yang potostat punya ni. Acam?
Post a Comment
"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.
Jadi, kalau sudah baca.
Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!