Salam Aidilfitri 1432 H

Assalamu'alaikum & salam mesra...!

Hari ini, 1 Syawal 1432 H bersamaan 29 Ogos 2011. Oleh itu, aku dan seisi keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri serta meminta ampun dan maaf kepada seluruh umat manusia atas segala salah dan silap, samada dalam keadaan sedar mahupun tidak.

Jubair Nufair berkata: Apabila para sahabat Rasulullah bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain "Taqabbalullah minna wa minkum / Semoga Allah menerima amalan kami & amalanmu"
[Ibn Hajar, Fath al Bari, jilid 5, m/s 270-271]

Kewajipan Berhijab feat. Baba Ali

Assalamualaikum w.b.t~

Artikel ini adalah tentang kewajipan memakai hijab bagi seorang muslimah, dan bagaimana sifat hijab yang dikehendaki syarak.


a. Definisi Hijab

Dari segi Bahasa Arab, kalimah ‘hijab’ membawa makna ‘halangan’. Hijab dinamakan demikian kerana ia menghalang wajah wanita daripada dipandang orang lain. Dari segi syarak pula, hijab ialah pakaian yang diperintahkan kepada wanita memakainya untuk menutup anggota-anggota yang wajib ditutup dari sudut syarak.

b. Hukum Memakai Hijab

Ulama bersepakat tentang diwajibkan memakai hijab ke atas setiap wanita muslimah yang telah mukallaf. Dalil kewajipan ini adalah seperti berikut:


1. Firman Allah Taala:


يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)
2. Firman Allah Taala:

وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya.” (surah Al-Nuur 31)

Manakala bagi wanita bukan Islam, mereka tidak diperintahkan menutup aurat kerana perintah tersebut hanya bagi wanita-wanita beriman. Ini kerana orang-orang bukan Islam tidak dibebankan dengan perkara-perkara furu’ dalam Islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Begitu juga dengan memakai hijab, mereka tidak diwajibkan mematuhinya pada hukum dunia. Namun, pihak berkuasa dalam sesebuah negeri perlu sentiasa memantau perlakuan mereka agar tidak mendedahkan aurat secara melampau atau berpakaian tidak senonoh sehingga boleh mengundang pelbagai gejala sosial kepada masyarakat.

Mari kita dengar saudara aku Baba Ali  bercerita tentang hijab dan beberapa fesyen hijab pada masa kini.

Annoying Orange yang Memang Annoying.

Assalamualaikum w.b.t~

Ini lah watak 'annoying orange' yang menjengkelkan tapi bahan jenaka yang menjadi. kah3.


Yo, what's up? Wazzup.....~~~ kah3.

Bulan Kemerdekaan

Assalamu'alaikum & salam mesra!

Kalian suka puisi? Aku suka! Bergaul dengan golongan yang lebih muda dariku, aku ambil kesempatan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam diorang. Sempena bulan kemerdekaan kononnya. Dalam banyak-banyak hasil karya yang aku terima, aku tertarik dengan yang ini. Ohh sungguh indah... Layankan ~~

Hati gelora 
Bagai Tsunami datang melanda 
Bunyi dentuman
Di sana sini memecah hening
Penjajah jahanam!
Mencari mangsa-mangsanya

Kini...
Ku tenang diam
Dalam hidup yang aman
Tiada lagi hujan peluru
Tiada lagi hidup merana
Terima kasih Tuhan...

oleh Ellen J. Mail {3 Jauhari, SMK Pekan II Kota Belud, Sabah}


Nota: Aduh.... SUKA!

Tabiat Kucing Disaat Kecemasan


Selamba abis! Kah!3x.

Sedar Tak Sedar

Masa menunjukkan 4.15 petang. Hingar bingar umat manusia memenuhi segenap ruang Kokin a.k.a Bandaraya Hutan Rimba. Pekikan, enjin kereta, derauan motor, lontaran suara yang bingit dan macam-macam bunyi lagi menjadi punca hingar bingar wujud dan menjadikan kepekaan terganggu dan tidak stabil. Puluhan orang, mungkin juga ratusan melintasi jalan raya apabila menyala merah lampu trafik. Dalam ratusan orang itu, ada si Kubin dan Kiji.

Fungsi Lain Kaca Mata

Kaca mata ni kegunaannya untuk menghalang mata dari menerima cahaya terik yang lebih kepada kornea mata. Namun, ini juga merupakan fungsi lainnya. Keh3.


Power of Brain!  Naughty Brain. Kah3.

Super Mario is Everywhere!

Siapa tidak kenal dengan watak Super Mario yang sangat terkenal pada era game 80-an & 90-an. Sehingga kini, Super Mario masih tetap bertapak di hati penggemarnya. Namun, ianya bukan sahaja di hati peminatnya tetapi di dinding - seni grafitti.

Amazing Collection of Video Game Street Art
Amazing Collection of Video Game Street Art

Sama Tak Serupa yang Amazing!

Antara gambar look-a-like yang menarik. Bukan sahaja menyerupai wajah individu lain tetapi melepasi sempadan wajah manusia biasa. Enjoy!

amazing lookalikes01

Statistik Tentang Umat Islam di Malaysia

السلام عليكم


Berikut merupakan statistik berkenaan umat Islam di Malaysia untuk renungan kita bersama: