Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Statistik Tentang Umat Islam di Malaysia


السلام عليكم


Berikut merupakan statistik berkenaan umat Islam di Malaysia untuk renungan kita bersama:


1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya.

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS.

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan.

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya.

5. Hanya 10% umat Islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan.

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.

7. 80% remaja hari ini tidak pandai mengaji.

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt.

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang.

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri.

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam.

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda.

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak.

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu.

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari.

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang.

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit.

20. Dan hanya 1% sahaja umat Islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan.

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH.

Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman Islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua'alam.

#Semua statistik adalah dari perangkaan JAIM, JAIS, sekolah pondok, stesen TV, mahkamah syariah, kementerian pelajaran, dan kementerian perpaduan penduduk.

Sumber

4 komenteraksi:

PK said... [Balas Komen]

good..

Zurina J. said... [Balas Komen]

Astaghfirullohal'azim...
Semoga kita & orang² yang kita sayang dijauhkan dari kemurkaan Allah... Aameeeen...

s2

Shahwalrezal said... [Balas Komen]

Sy paling setuju tu no 4...semuanya sanggup bersorak or habis duit utk itu..bila murid tahfiz jual CD or kalendar, sesetengah org x layan...btul x?hehe.. :)

samizul.net said... [Balas Komen]

s4

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!