Ikan Peliharaan


Selesai saja senam robik di dewan yang jaraknya tidak jauh dari kedai runcit Ramlah, Kiji kelam-kabut mengajak Kubin untuk pulang kerana ada yang hendak ditunjukkannya.

Kiji: Aku baru beli kemarin. Cantik abis ging. Macam dalam filem 'Finding Nemo' tu.

Kubin: Cantik tu tau. Bah, mana sudah?

Kiji: Sini kau tengok....alaaaaa, kenapa ikanku ni? Macam kembung sudah.

Kubin: Ni bukan saja kembung, terapung-apung lagi ni.

Kiji: Pagi tadi okay jak. Apasal sekarang dah jadi camni!!???

Kubin: Pagi tadi okay ka? Oooo, kalau tadi pagi okay, maksudnya lemas la tu.

Kiji: B$U*@D*U#H!!!!


+ illustrasi Kubin & Kiji oleh Finie Ramos - Syukran Finie [^_^]

Dunia Glamor

Kegilaan untuk muncul di Televisyen. Kemungkinan Pacik kita sorang ni dah lama berangan mahu join "Reality Show". Perhatikan sasaran dalam video kali ini.

Aroma Kehidupan

Balik dari kota
Macam biasalah
Naik City Bus
Kepenatan lalu tidur

Jam 5 petang
Orang berpusu-pusu
Balik dari kerja,
Berdiri pun tak apa

Tiba di satu perhentian
Naik seorang lelaki, wangi sabun

Lagi satu perhentian
Berubah jadi bau kari

Itulah aroma kehidupan. Ada harum, ada bau, ada hangit. 

Sumber: Google image

Nota: kadang dalam City Bus, bau kentut pun ada,  eheh.

Teknologi Terbaru Blogger.com : Paparan Template Dinamik

Blogger.com telah mengumumkan pelancaran 5 template baru menakjubkan yang dibina dengan teknologi terkini. Template baru ini dibangunkan dengan HTML5, CSS, dan Ajax. Fungsi template terbaru ini boleh di-akses untuk semua blog dan anda anda boleh melihatnya di blog anda sendiri. Buat masa ini pasukan blogger memberikan versi pratonton dan ujian sehingga template yang baru akan disediakan untuk dilancarkan secara rasmi dan disuaikan pada blog kita semua.

Ciri-ciri Terbaru Blogger

¤ Infinite scrolling: membaca lebih banyak posting tanpa perlu reload atau klik ke laman kedua.
¤ New layout: pandangan yang baharu bersesuaian untuk pelbagai jenis blog.
¤ Speed​​: memuat-turun gambar yang anda lihat sahaja,bukan sekaligus bagi setiap muka laman.
¤ Interactivity: alami pengalaman lebih lama dan mendekati isi blog dengan mudah.

Sama tapi Beda


Suka, Sayang, Cinta.
Punya persamaan, punya perbedaan.

Pada aku?
Semuanya lebih kurang sama
Makin aku fikir, makin aku pening

Daripada pening terus, baik aku hanya menikmatinya. Sungguh indahnya dunia ini seandainya sentiasa wujud ketiga-tiga perasaan itu.

Nota: tapi apa yang aku pasti, sayangku pada seseorang ialah aku tidak sanggup melihat dirinya dijilat api neraka.