Perit Roh & Jasad

Hidup dalam udara yang kian hari kian kotor,
Tidak nampak dimana kotornya,
Tapi pada hakikat realitinya, memang kotor,
Sekarang bencana dimana-mana,
Fenomena baru timbul tiap masa.
Adakah ini kerana kemampuan capaian maklumat lebih telus dan pantas
menjadi penyebab banyak sesuatu yang cepat tersampai pada tiap individu...
Mungkin.....

Punyalah..
kenapa mesti aku dipaksa
atau memang terpaksa supaya aku selesa

Punyalah...
Kenapa mesti aku disuka
atau aku ni memang suka untuk disuka

Punyalah...
Hidup macam mesin
atau memang aku ni mesin sebagai penghidup "sistem" ini

Sistem apa?
Putaran hidup, perjalanan cerita hidup manusia
ada kaitan antara satu dengan yang lain
Aku antara salah satu yang menjalankan tugas dan fungsi aku..

Punyalah...
Seronok juga punya anugerah umum yang setimpal
Dapat juga aku belanjakan nafas hidup ni dengan separuh hiburan (hiburan ringan)

Punyalah...
kadang kita sampai lupa lumrah kita kalau sudah leka dengan uniknya dunia ni..
sampai aku lupa kau pun bukannya sempurna, 
sama juga macam tiap nyawa yang berlegar di muka bumi ni,
Siapa sempurna?

Punyalah...
Bikin gila juga kalau tiap masa fikir masa
Bagus aku buat ibadat, dapat pahala...
Kumpul pahala banyak-banyak..


Buat apa?
Untuk keredaan lah...
Untuk Syurga yang dijanjikanlah..

gambar kiasan hiasan

p/s : Hidup bingung, kalau tak bingung ibarat tidak bernafas hidup ni.

Kanta-kanta abiliti

Apa termenung?
Kenapa bingung?
Siapa yang tersinggung?

Perlukah berkarya?
Pentingkah kerjaya?
Senangkah berjaya?

Bila pikirkan balik, semua berkait satu dengan yang lain
macam isi dan kulit, macam adik dan abang, macam gula dan semut, 
macam macam-macam yang macam-macam...

Berdaya upaya kah kita cecah tahap maksimum pada abiliti kita?


p/s: kalau orang lain boleh...

Rasuah Impian


Semua punya impian untuk punya mimpi yang indah jadi REALITI,
Impikan saja semahunya, mimpi terkadang sinopsis diri-dirimu,
Ada yang mahu ke sana, ke sini, mahu itu, mahu ini.....

Mahu emas, gali.
Mahu bini, cari.
Mahu teknologi abad baru yang canggih manggih, beli.

Tapi semua itu perlukan kertas yang bernilai tukaran...
Semua itu perlukan usaha..
Apa yang dituntut bukan usaha sahaja, tapi lebih usaha...

Tanah yang kau pijak ini sudah terlalu mahal harganya untuk kau diami..
Berbaloi?


p/s : mampukah kita?

Garis Mula

Salam mula..sedarah manusia datang dari kaumnya Adam...

Mula dari kaca mata, ditafsir ke otak
Selimut dan bantal setia peneman malam
kipas syiling penyejuk di kala hangat mula mengurung

Apa ini?
kufahami..kuselami..

Seawal pagi otot-otot badan bertugas dan dimulai dengan menyerah diri
Disambung nafas pagi dengan pakaian formaliti tuntutan sosio kerja
dan, sebagai pemula jatuhan keringat dari siang ke malam
Penutup hari akhiri dengan berserah diri..

Apa ini?
kufahami..kuselami..

Pandang cermin, muncul bayangan pada dimensi refleksi
Inilah pencarian...tiap hela nafas adalah pencarian..
cari kebenaran, cari kesahihan, cari kebaikan, cari kebebasan

Carilah dirimu, kenali penciptamu...

Aku selami, faham, aku semakin faham....




p/s : teriak tanpa bingit