Showing posts with label sebingkai mega kata. Show all posts
Showing posts with label sebingkai mega kata. Show all posts

Seindah Biasa

Cerita sama nada,
bergurau sama ketawa,
bersama berlapar bersama dahaga.

Sehari masuk berhari-hari,
termasuklah berjalan dan berlari-lari,
seronok ibarat kecanduan tak terperi.

Prasangka membunuh rasa,
rasa indah seindahnya pun bisa sirna,
inikan pula rasa yang biasa-biasa.

Menentu takdir bukan kerja kita,
itu kerja yang Maha Esa,
kita memandu arah jalan kita,
menuju takdir redha dan selesa.

Marhaen, Kau Punya Kuasa

Marhaen, apa yang kau takutkan?
Kau punya kuasa, kuasa besar
Tapi ada yang dibutakan oleh saguhati celah gigi

Marhaen, apa yang kau takutkan?
Kau punya kuasa, kuasa besar
Kuasa yang mampu ubah situasi

Marhaen, tampil dan kuatpadukan genggaman aku, kamu dan kita
Ayuh tentukan halatuju yang kita semua mahukan
Bukan ikut telunjuk insan yang kita lantik
KITA PUNYA KUASA!



UNIK


Aneh, ganjil, pelik. Unik. 
aku selalu rasa aku pelik, 
di sana pelik, 
di sini pelik, 
di mana-mana pelik. 

mereka kata aku memang pelik, 
pelik tapi unik. 

Unik? 
Sebenarnya unik itu apa? 

Ini dikira unik?

Nota: Bukankah setiap seseorang itu juga unik? Menjadi unik dengan diri sendiri. Hargai diri sendiri & syukuri apa pun adanya...:')

Penggunaan Florida: Manfaat atau Mudarat?

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...

Entri kali ni tentang penjagaan kesihatan khususnya tentang penggunaan florida. Kalau sebut florida mesti terfikir tentang produk penjagaan gigi. Iklan ubat gigi di TV juga menunjukkan bahawasanya, ubat gigi perlu ada florida untuk penjagaan gigi yang sempurna. Persoalannya, benarkah florida memberi manfaat atau sebaliknya memudaratkan.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya florida merbahaya untuk digunakan. Apa lagi digunakan secara berterusan. Dalam sebuah kajian yang dilakukan ke atas tikus mendapati pelbagai tahap neurotoksin apabila tikus didedahkan kepada florida. Kajian pertama terbesar yang membuktikan florida menyebabkan neurotoksin dilakukan oleh Dr. Phyllis Mullenix pada tahun 1995. Semua teori awal oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini tentang 'kebaikan' florida didapati TERBUKTI SALAH. Tikus yang diberi minum air berflorida didapati bertindak diluar jangkaan berbanding tikus yang tidak diberi air berflorida. Selain itu, penggunaan florida juga didapati menurunkan tahap I.Q kanak-kanak.

BUT...

I want to talk to someone, and I know it was you 
I want to talk about something, but I don't know how to 
I want to, but I can't... 
I want to, but... 


I... 


But...




Note: Thinking too much, till infinity!

Renungan Si Labu

Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Binatang peliharaan memberikan kita rasa tanggungjawab ke atasnya. Sepanjang kita memelihara pet kita, kita akan belajar menyayangi, menjaga, ambil berat, dan bermacam nilai murni yang lain. Kalau pet semacam kucing ni, mereka bersifat manja, berperwatakan comel serta memiliki bentuk badan yang menarik mata untuk memandang serta membelainya. 

Apabila perkara ini berjaya kita terapkan dalam diri, secara tidak langsung nilai-nilai yang kita amalkan tadi terus diamalkan untuk menghadapi sehari-hari sehingga ianya menjadi kebiasaan. Kiranya, ia semacam terapi dirilah yang mampu membentuk diri kita. Kita akan jadi seorang yang penyayang, penyabar, bertoleransi, handsome, comel, dan bermacam lagi. hehe..

Siapa-siapa yang belum ada pet tu, cobalah pelihara satu. Kucing ka, hamster ka. Pupuk diri menjadi orang yang bertanggungjawab. Terutamanya semasa pet korang tu buang najis merata tempat. huahaha...

Kucing aku, Si Labu

p/s: Nabi Muhammad S.A.W pun sukakan kucing tau. :D

Salam Aidilfitri 1433H / 2012M

Bismillahirrohmanirrohim... 
Assalamu'alaikum warohmatullohi wabarokatuh! 


Hari ini sudah masuk hari ke-lima kita berada dalam bulan kemenangan yakni bulan Syawal selepas sebulan berjuang melawan hawa nafsu di bulan mulia bulan Ramadhan. Oleh itu, di kesempatan ini saya mewakili seluruh ahli keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang meraikan Hari Kemenangan ini. Mohon ampun segala kezaliman yang pernah kami lakukan dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar. Mohon ampun sangat-sangat. Semoga Allah menerima amalan-amalan kami & amalan-amalan kalian [1]. Aameen~~ 

Di kesempatan ini juga, saya ingin bercerita sedikit tentang pengalaman perayaan Aidilfitri saya. Tahun ini, keluarga memilih untuk meraikan Hari Raya pertama di kampung halaman mama di Beaufort setelah bertahun-tahun lamanya. Kami sekeluarga sempat tiba di kampung sebelum waktu berbuka, oleh itu sempatlah berbuka puasa sebelum esoknya hari raya bersama nenek, moyang, pakcik makcik & ahli keluarga yang lain. Perasaannya pastilah seronok, dapat menikmati rezeki berbuka puasa bersama orang yang kita sayang, tapi terpisah oleh jarak & ketentuan Tuhan. 

Suasana beraya pertama di kampung mama agak beda dari hari raya yang sebelumnya. Semuanya serba 'sederhana'. Alhamdulillah sangat menyenangkan hati & menggembirakan hati. Kenalah dengan tujuan Hari Raya ini diciptakan oleh Allah untuk kita. Hari Raya diciptakan memang untuk bergembira & bersuka ria, tetapi bukan dengan cara menunjuk-nunjuk harta benda. Hingga ada insan  lain yang tercalar-balar emosinya melihat pameran harta benda saat berkunjung-kunjungan kerana tidak mampu memiliki harta benda serupa. Melihat situasi ini berlaku di depan mata membuatkan saya selalu rindu-rinduan yang amat pada Ramadhan yang baru lima hari berlalu pergi. Saat Ramadhan, ramai orang baik-baik. Apa yang kita lihat & kita alami semuanya baik-baik. Bersangka baik, bersabar, bersyukur, semua sifat yang baik-baik ini melekat pada setiap individu di bulan mulia Ramadhan. Berakhir saja bulan Ramadhan, sifat buruk mulai merayap keluar. Bukan sedikit, bahkan keluar sekali gus. Kerakusan nafsu makan, kerakusan nafsu berfesyen bersama 'baju raya', kerakusan nafsu bersosial bergaulan bebas lelaki & perempuan, semuanya rakus-rakus belaka. Padahal baru lima hari Ramadhan berlalu pergi, belum lagi lima minggu, lima bulan... Itukah yang kita  maksudkan dengan 'kemenangan'? 

Saya bukan marah, bukan juga niat untuk bersedih hati di hari raya. Cuma sedikit sayu, sayu yang datang tiba-tiba, sayu yang dikirim oleh Allah buat aku nikmati dengan tenang. Semoga yang baik-baik saja untuk kita semua.... 


[1] Jubair Nufair berkata: Apabila para sahabat Rasulullah bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain "Taqabbalullah minna waminkum / semoga Allah menerima amalan kami & amalanmu" [Ibn Hajar, Fath al Bari, jilid 5, m/s 270-271]



Nota: Bersederhanalah... Bersederhana adalah jalan yang terbaik...:)

Tahu

Masalah.. 
Orang tak akan tahu kalau tak bagitahu 

Begitu juga malu.. 
Orang tak akan tahu kita malu kalau tak bagitahu 

Hidup juga begitu, 
Hidup ini banyak rahsia antara kita & Tuhan saja tahu 
Tuhan sembunyi banyak rahsia kita supaya orang lain tak tahu 
{contoh: masalah, aib, malu, dsb} 
Tapi manusia dah makin pelik, atau pura-pura tak tahu?
Yang tak tahu, boleh tahu 
Sengaja tunjuk supaya orang lain tahu 
Minta diambil berat & diambil tahu 
Entah, aku pun tak tahu. 

Kadang aku pun mahu 
Tapi aku tahu DIA tahu 
Aku yakin DIA tahu 
Sesungguhnya DIA-lah Yang Maha Tahu


Nota: Bismillahirrohmanirrohim.. Ya ALLAH, dengan rahmat-MU daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah ENGKAU serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata. Aamiin ya ALLAH aamiin..!

Cerita Adik Aku

Aku ada seorang adik perempuan. Masih dalam sekolah rendah, darjah empat. Hari ini dia baru balik dari perkhemahan antara sekolah, dipanggil "Jamboree". 

Adik perempuanku agak aktif, berani, bijak & petah berkata-kata. Jadi aku selalu memilihnya  sebagai tempat meluah bila aku rasa perlu. Begitu juga dia. Kadang-kadang sampai tak terlayan, ada saja dia mahu kongsikan.  

Sebuah kisah menyayat hati yang dia ceritakan pada aku. Kawannya bernama A, B dan C. Asyik sibuk bercerita tentang gadget moden yang mereka punya, tapi adik aku tak punya, hatta menyentuh pun adik aku tak pernah. Si A dengan Samsung Galaxy SIInya, si B dengan tabletnya, si C dengan IPhone 4Snya. Entah apa perkara sebenar yang mereka bincangkan, tapi dari mimik muka adik aku, aku tahu dia kecewa & hampa dengan sikap kawan-kawannya yang seolah-olah menunjuk-nunjuk harta yang mereka ada, tapi adik aku tiada. 

Aku mendengar luahannya dengan penuh rasa sayu, kerana tidak mampu menghadiahkan adikku dengan hadiah sedemikian rupa. Dalam masa yang sama, aku juga sangat kecewa dengan sikap kawan-kawannya. 

Ibu bapa, abang kakak, sekalipun kaya-raya, tolong elakkan anak-anak hidup dalam keadaan terlalu mewah  & senang-lenang. Pun mampu memiliki barang-barang mewah, jangan biasakan anak-anak menunjuk-nunjuk harta. Aku selalu percaya "hidup tenang" di dunia itu ada, tetapi bukan "hidup senang". Kerana di dunia ini memang tempat untuk bersusah-susahan, di Syurga nanti barulah tempat untuk bersenang-senangan. 

     Aku hampa! 
     Pada siapa? 
     Pada mereka.  

     Ah! 
     Macamlah aku sempurna? 
     Ampunkan hamba..
     Kasihanilah hamba..


Nota: jangan pernah berhenti untuk bersyukur..! Alhamdulillah...

#Mau beli hasil kraf felt SUKA Collections [macam si adik tu], lanjutkan ke sini.

Perbualan

HATI: 
Tenang... 
Ke manakah kau menghilang? 
Merajukkah dikau padaku? 
Apa salahku padamu? 

TENANG: 
Tak ada salahmu padaku 
Aku cuma kecewa dengan sikapmu 
Asyik meminta & merayu pada Tuhan 
minta dibelas kasihan 
Bila dikabulkan, 
kau alpa & syukurmu sedikit cuma 
Memberi sedikit kau mula mengagung-agungkan 
Di mana tuntutan nilai keihklasan? 
Memohon ampun jarang sekali 
Itu namanya kufur nikmat!
Aku kecewa.. Tak malukah kau pada Tuhan? 

Cinta, Wanita & Facebook

Bismillahirrohmanirrohim...

2 hari yang lalu, aku menonton Buletin Utama di televisyen. Kisah "Jenayah Cinta Siber" begitu menarik perhatianku. Di Malaysia, jenayah ini mula dikategorikan sebagai jenayah yang "sangat berbahaya", di mana terdapat 1034 kes direkodkan dalam 11 bulan pertama tahun ini dan melibatkan kerugian sehingga 45 juta ringgit. Kebanyakan kes ini melibatkan wanita-wanita kaya yang kesunyian, terperangkan dalam cinta lelaki Afrika {atau bahasa mudahnya lelaki Negro}. Ngeri! Klik pautan

Beberapa hari yang lalu pula, di dalam akhbar yang lebih kurang sama ngerinya, "Facebook Punca Cerai". Di London, gara-gara aktiviti-aktiviti di dalam Facebook boleh dijadikan bahan bukti penyelingkuhan pasangan, maka berlakulah banyak kes penceraian. Sangat mengerikan. Klik pautan.

Masa Depan

Kau bercakap tentang masa depan 
Yang kau sendiri pun tidak tahu 
Apa maksud masa depan itu 

Kau bercakap seolah-olah kau telah sampai ke masa depan 
Kau bercakap seolah-olah kau telah tiba ke Luh mahfuz, membaca kitab-kitab amalan 
Kau bercakap seolah-olah kaulah Tuhan. 

Kau nak jadi firaun? 


Nota: maksud sebenar masa depan itu ialah 'kuasa Allah', yakni USAHA+DOA+TAWAKKAL. Atas kuasa Allah, yang tak logik pun boleh jadi logik.

Sajak dari pelajar 2 Ukhuwah, SMKPIIKB


Doa Kami untuk Guru Kami 



Wahai guru kami mulianya hatimu 
mengajar mendidik kami selalu 
tanpa kenal letih dan jemu 
moga Tuhan meredhaiimu 

Ya Allah peliharalah guru kami 
agar terus berada dalam rahmatMu ini 
agar terhindar dari tipuan dunia 
yang senantiasa menipu manusia

Ampunkanlah wahai guruku kami
kesilapan anak muridmu ini
kuserahkan jiwa raga kami
agar terdidik nafsu liar kami ini  

Catatan Usang: Diari

Bismillahirrohmanirrohim... 
Assalamu'alaikum & salam kasih sayang... 


Hari ini, lengkap sebulan aku tidak menulis di blog kesayangan. Pun begitu, alhamdulillah kehidupanku tenang-tenang & baik-baik saja. Ada kelapangan lain, aku akan cuba curi masa untuk berkongsi pengalaman-pengalaman lain yang boleh dibuat pengajaran & pembelajaran bersama. Aku kira, isi kandungan entri pada kali ini akan mengambil ruang yang agak besar. Mungkin kerana terlalu lama tidak menulis. Jadi aku persembahkan catatan usang ini, buat mengubat rindu aku sendiri. 

Hikayat Sang Kancil Menggamit Nostalgia

Nostalgia betul video terbitan Filem Negara Malaysia yang dulunya dipaparkan di TV Pendidikan. Video berbentuk nasihat macam tu sekurang-kurangnya memberi impak kepada pemikiran di masa kanak-kanak. Pengajarannya amat berguna walaupun dalam bentuk kartun santai.

Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya


Dan ingatlah! Pikiran pelita hidup kita.

Jaga Diri

Jaga diri, jaga maruah diri 
Yang kaya jaga maruah diri 
Yang miskin jaga maruah diri 
Yang cantik jaga maruah diri 
Yang hodoh jaga maruah diri 
Yang putih jaga maruah diri 
Yang hitam jaga maruah diri 

Jaga maruah agama 
Agama akan jaga maruahmu 

Jaga maruah orang lain 
Orang lain akan jaga maruahmu 

Jaga dirimu, jaga maruah dirimu. 




Nota: selamat berhari jumaat.

Dr. Haron Din Mimpi Bertemu Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum.

Ramai juga yang menyangkal sama sekali bahawa Dr. Haron Din bermimpi Nabi Muhammad S.A.W. Ada yang sampai mempertikaikan Dr. Haron Din. Perkara ini tidak mustahil bagi seseorang ulama' yang warak. Mari tonton video Dr. Haron Din menceritakan pengalaman mimpinya.


وَمَنْ رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ في صُورَتِي


Ertinya : ...Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupai gambaranku" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/52 ; Muslim, no 2266, 4/1775 )

Dalam hadith yang lain pula disebutkan :-



من رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَخَيَّلُ بِي وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ من سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا من النُّبُوَّةِ


Ertinya : "Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi), maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupaiku, dan mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 46 juzuk dari kenabian" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568)

Tanda-tanda golongan kafirun dan munafik ialah mereka bencikan ulama' yg ingin membawa semua syariat dan perintah yg diperjuangkan Nabi. Mereka mencari pelbagai alasan untuk mempersendakan ulama tersebut tetapi menutup sebelah mata akan kemungkaran yang lebih terang dan nyata.

p/s: Tapi kalau mimpi 4 nombor, senang-senang pula orang percaya.

I am Classic Lover


I love classic
I hope I am classic 
Why? 

As you know
As we all know 
Usually classic worthy than modern one 

So choose. 
Are you modern? 
Or classic? 


Note: I love classic love song

Langkah Pilihan


Tiada arti pekik gemilang
kalau dicapai bukan pada kaedahnya.

Apatah lagi memenanginya dengan cara hina.

Melangkah ke depan tanpa hentinya,
itulah masa.

Semakin selangkah ke hadapan,
kini semakin hilang sifat mulia manusia.

Suatu masa nanti tiada sudah melangkah,
apa lagi pilihan yang ada?

Sepanjang langkah perjalanan
disitulah suainya berfikir tentang pilihan
bukan padanya langkah terakhir.

Apa pilihan langkah-langkahmu?

Pastikan kemas perlangkahanmu.


ps: Semua orang buat silap, perbetulkan silap itu.

Salam Aidilfitri 1432 H

Assalamu'alaikum & salam mesra...!

Hari ini, 1 Syawal 1432 H bersamaan 29 Ogos 2011. Oleh itu, aku dan seisi keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri serta meminta ampun dan maaf kepada seluruh umat manusia atas segala salah dan silap, samada dalam keadaan sedar mahupun tidak.

Jubair Nufair berkata: Apabila para sahabat Rasulullah bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain "Taqabbalullah minna wa minkum / Semoga Allah menerima amalan kami & amalanmu"
[Ibn Hajar, Fath al Bari, jilid 5, m/s 270-271]