Hari ini, 1 Syawal 1432 H bersamaan 29 Ogos 2011. Oleh itu, aku dan seisi keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri serta meminta ampun dan maaf kepada seluruh umat manusia atas segala salah dan silap, samada dalam keadaan sedar mahupun tidak.
Jubair Nufair berkata: Apabila para sahabat Rasulullah bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain "Taqabbalullah minna wa minkum / Semoga Allah menerima amalan kami & amalanmu"
Dalam kesibukan dan keseronokan merayakan Aidilfitri ini, jangan lupa sunnah Rasulullah di hari raya. Di antara amalan-amalan sunnah Sahihah di hari raya:
1. Mandi seperti mandi wajib sebelum berangkat solat {Sahih Bukhari & Muslim}
2. Makan sebelum solat. Jenis makanan apa sahaja yang halal. Hanya saja sunnah Nabi makan kurma dalam jumlah ganjil {Sahih Bukhari no. 953}
3. Pergi solat melalui jalan berbeza dengan jalan pulang selepas solat {Sahih Bukhari no. 986}
Saudara-saudari, sahabat-sahabat sekalian... Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian. Semoga Ramadhan yang berlalu dirindui, Syawal yang mendatang dirai dengan hati yang bersih.
"Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadhan, dari satu Ramadhan ke Ramadhan, Ramadhan ke Ramadhan. Aemeen ya Allah aameen..."
Nota: Tidak lupa juga, Salam Merdeka!!! ^^
0 komenteraksi:
Post a Comment
"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.
Jadi, kalau sudah baca.
Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!