Showing posts with label garau senda. Show all posts
Showing posts with label garau senda. Show all posts

Lawak Hambar Pantun 2 Kerat

Pernah suatu petang yang kosong, tiba-tiba idea keluar untuk buat pantun 2 kerat. Aku capai handphone aku hantar mesej suara kepada seorang rakan. Pantunnya ritma menarik tetapi kedengaran lawak apabila biasa dengan jenaka aku, kedengaran janggal apabila kita kurang rapat. haha

Pantunnya berbunyi,

Fattah Amin Buat Apa Lagi di Sabah?

Aku dengar tempoh hari Fattah Amin datang Sabah. Jadi aku pun cakaplah dengan my darling.

"Buat apa lagi Fattah Amin datang Sabah? Di Sabah ni sudah ada Alfian Jamjin lah."
 
Dengan reaksi paling pantas sepantas kilat, ini reaksinya 😰 😰 dan mengeluarkan bunyi orang mual, bluerkkk.

Kahkahkah!

Diskusi Makan Malam

Pada petang tu, semua sibuk dengan telefon pintar masing-masing. Setiap masa. Dimana-mana. Di lembah keasyikan tu, aku pun dalam keadaan yang aku pasti tidak janggal kerana mata-mata mereka bukan ke arahku tetapi ke arah skrin telefon, aku capai pinggan dan aku isikan dengan bebebeberapa ketul ayam. Bebebebeberapa ketul agak banyaklah.

Ngappp. Tinggal tulang.

Menu Malam

Perut mula terasa lapar. Dari petang tadi lagi sebenarnya perut ni diduga. Aku tahankan saja. Kawan pun aku tengok gelisah semacam.

"Jadi apa kita makan malam ni ging?", soal kawanku.

"Di dapur tu yang ada, nasi putih dan maggie jak. Cekik itu jak lah" , jawabku mudah.

"Alamak, nda sihat ging.", balas kawanku.

Dengan selamba gua balas, "Tidak apa, dalam ketidaksihatan itu masih ada yang sihat."

"Apa?"

"Nasi."

Cerita di Kedai Mamak

Aku pun masuk ke restoran mamak dan terus duduk di meja dimana kawan-kawanku sedang makan. Datang pelayan dengan wajah yang kurang ceria. Terlintas di pikiran mahu buat dia gembira dan tersenyum.

Aku pun pesan makanan. "Kalau boleh aku mau macam yang dalam tu". Mataku melirik ke majalah makanan barat di rak buku sambil menaik-naikkan kening. Dia setia berdiri menunggu pesanan aku.
"Aku mau makan yang macam tu lahhh". Sambil menunjuk mee goreng ayam yang dimakan oleh kawan aku. 

"Okay, minum?". balasnya sedikit tegas.

"Minum pula yang macam saaaaana tu". Sambil aku menuding jari telunjuk ke minuman pelanggan meja sebelah iaitu kicai ais.

"Ada lagi?", dia bertanya. "Kalau ikutkan napsu, mau tuuuu naa yang bro tu makan. Tapi ikutkan isi dompet, mendukacitakan. Jadi, itu sejalah."

Dimuncungkan mulutku ke arah TV sambil tangannya memegang pen dan kertas dan berkata, "Jangan sampai aku jadi macam dalam tuuuuu dalam TV tu". Dia pun berlalu ke dapur menyiapkan pesanan dan terukir sedikit senyuman di bibirnya.

TV sedang menyiarkan rancangan gusti, WWE Wrestlemania.

Fuhh!

Fahri Buat Lagi

Fahri hilang selera makan. Mukanya juga ketat semacam. Dia tidak seceria selalu. Wajahnya seperti ditimpa masalah. Seperti kebiasaan suasana sekeliling akan dipenuhi dengan hilai tawa Fahri.

Namun pada hari itu, Fahri berubah menjadi pendiam dan murung.

Aku pula coba memberikan kata perangsang menaikkan semangatnya. "Fahri, kuatkan semangat. Jangan mudah mengalah. Cekalkan diri", antara kata pencetus semangat yang aku lontarkan tanpa putus.

Fahri terberak. Lebih tepat lagi, tercirit dalam seluar.

Pisang Emas Dibawa Berlayar

Betullah si payang ni. Baru dipuji sikit, terus naik kepala. Habis diredanya alunan besar ombak sehingga memercik air laut ke sut warna warni aku. Hilang macho terpaksa kelam kabut berselindung atas reaksi refleks.

Naiklah ke darat, singgah ke gerai menjual pisang. Semua orang tahu khasiat pisang kan. Jadi kawan aku pun bertanya pada peniaga, "pisang emas ada kah?"

Tak semena-mena aku menyampuk. "Eh! Pisang emas bukan dibawa belayar kah?", soalku kehairanan.

Kami saling berpandangan.

Kahkahkah!

Saiful Si Singlet Hitam

Sampai saja ke muka pintu, dia menjeling-jeling ke dalam kamar yang lengang. Lengang dengan jiwa-jiwa yang digenggam kecut oleh ugutan. Dia pun masuk, habis ditendang-tendangnya kerusi dan meja dalam bilik tersebut. Mulutnya memaki, "Sial! Sakit juga. Bodoh punya kerusi, bodoh punya meja.".

"Kau tu yang bodoh. Kau tendang tu benda keras. Ingatkan muka saja yang hodoh, malah bodoh." bisikku dalam hati. Aku memandang saja gelagat celaka dia dari celah jendela sambil tersenyum sinis.

"Hoi! Sini kau." Dia panggil seorang budak di hujung bilik tersebut yang terkedu diam.

Pang!


Cuaca Panas

Selepas Januari lalu, hujan tak turun-turun berbulan-bulan lamanya. Kulit abang-abang polis pun mula terbakar semasa bertugas di bawah terik matahari semasa menjaga kelancaran lalulintas.

Satu hari di bulan Mei, hujan pun turun membasahi bumi. Ada yang suka kerana memberi kebaikan pada tanaman, ada juga yang suka pasal bolehlah bergaya dengan sweater baru yang dibeli di kedai bundle yang sebelum ni hanya disimpan rapi di dalam rak baju.

Bagi abang-abang polis penjaga lalulintas, inilah masanya pekena kopi seround-dua. Macam hari-hari di bulan Januari.


Kuku Pendek

Seperti biasa, Tajudin, Niezwan, Haikal, Fahri dan tak disangka terselit juga si Sofian di kalangan nama-nama lejen ini. Inilah antara nama-nama yang akan terus berdiri selepas pemeriksaan kuku. Aku pun bagi peluang untuk mereka bersihkan kuku dan akan buat pemeriksaan semula pada hari esok.

.....


Alahai Torres

Eh! Kenapa dengan penonton ni ketawa terbahak-bahak?
 Oooo, patutlah diorang ni ketawa. Hahaha!

Sedar Tak Sedar

Masa menunjukkan 4.15 petang. Hingar bingar umat manusia memenuhi segenap ruang Kokin a.k.a Bandaraya Hutan Rimba. Pekikan, enjin kereta, derauan motor, lontaran suara yang bingit dan macam-macam bunyi lagi menjadi punca hingar bingar wujud dan menjadikan kepekaan terganggu dan tidak stabil. Puluhan orang, mungkin juga ratusan melintasi jalan raya apabila menyala merah lampu trafik. Dalam ratusan orang itu, ada si Kubin dan Kiji.

Fungsi Lain Kaca Mata

Kaca mata ni kegunaannya untuk menghalang mata dari menerima cahaya terik yang lebih kepada kornea mata. Namun, ini juga merupakan fungsi lainnya. Keh3.


Power of Brain!  Naughty Brain. Kah3.

Ikan Peliharaan


Selesai saja senam robik di dewan yang jaraknya tidak jauh dari kedai runcit Ramlah, Kiji kelam-kabut mengajak Kubin untuk pulang kerana ada yang hendak ditunjukkannya.

Kiji: Aku baru beli kemarin. Cantik abis ging. Macam dalam filem 'Finding Nemo' tu.

Kubin: Cantik tu tau. Bah, mana sudah?

Kiji: Sini kau tengok....alaaaaa, kenapa ikanku ni? Macam kembung sudah.

Kubin: Ni bukan saja kembung, terapung-apung lagi ni.

Kiji: Pagi tadi okay jak. Apasal sekarang dah jadi camni!!???

Kubin: Pagi tadi okay ka? Oooo, kalau tadi pagi okay, maksudnya lemas la tu.

Kiji: B$U*@D*U#H!!!!


+ illustrasi Kubin & Kiji oleh Finie Ramos - Syukran Finie [^_^]

Dunia Glamor

Kegilaan untuk muncul di Televisyen. Kemungkinan Pacik kita sorang ni dah lama berangan mahu join "Reality Show". Perhatikan sasaran dalam video kali ini.

Cara Hilangkan Rasa Mengantuk, Lapar & Haus

Kubin dan Kiji berbicara tentang perkara yang sering dialami sesiapa sahaja di dunia. Mereka berbual dengan begitu serius sehingga menghadirkan urat pada leher mereka ketika sedang ligat bercerita.

Kubin : Tadi aku dengar orang mengeluh. Dia cakap dia mengantuk. Gini dia cakap "S**l, punya ngantuk aku". Dia cakap macam tu.

Kiji : Alamak, sampai memaki dia ar. Kesian juga kan. Memang ramai yang tidak tahu cara hilangkan rasa mengantuk dengan cepat.

Kubin : Uik, adakah ging?

Kiji : Ada. Bukan rasa mengantuk saja, rasa haus dan rasa lapar pun ada cara atasinya.

Kubin : Cuba kau kongsi dulu ilmu ni dengan aku Ji.

Nombor Ramalan 4D Kena!

Setibanya Kubin dan Kiji di pejabat, 

Kubin: Gila betul. Habis kemek rambut aku.

Kiji: Bah kita pakai helmet, memanglah kemek. Lainlah kalau kita pakai topi golf tadi.

Kubin: Ji, cuba kau pass dulu aku suratkhabar tu. Mau upgrade pengetahuan lu.

Kiji: Nah! Kiri ah.

Kubin: Seks, seks, seks! Tiada cerita lain kah? Muaklah! JELEK!

Perlahan! Ada Polis

Sign board yang sedikit pelik. Apa kata aplikasikan di Malaysia. Huahaha. 


Pintu Dua Engsel

Assalamu'alaikum dan salam mesra..!

Hujung minggu lalu, aku penuhi ajakan teman baikku untuk ke rumahnya setelah beberapa kali aku tolak dek terlalu sibuk. Lama tak bersua ni, hati jadi rindu pula. Sebenarnya aku sudah lama mengenali keluarga ni, selalu juga aku bertandang ke sana pada zaman-zaman sekolahku dulu. Bila sudah sibuk dengan kerjaya ni, sampai tiada masa pula untuk bertemu.

Pagi ahad, usai mandi aku duduk di ruang tamu bersarapan sambil berbual mesra dengan makcik Ani, ibu teman baikku. Teman baikku pula baru bangun tidur lalu masuk ke ruang mencangkung, melabur awal pagi barangkali. Yang specialnya, engsel pintu ruang mencangkung di rumah temanku ni ada dua. Satu di luar, satu di dalam.

Hanya Monyet

Suatu petang,

Aku & kekandaku mengunjungi sebuah pejabat milik sebuah syarikat telekomunikasi. Ada kemusykilan yang ingin diutarakan. Sungguhpun tidak mencapai objektif sangat, tapi pakcik di sana memang baik hati walaupun ada segelintir pekerja di sana macam tak peka langsung dengan tugas. Baik ambil kami yang menganggur ni bekerja di sana.

Jangan jadi macam monyet

Mahu keluar dari tempat tu, aku terlihat poster ni. "Hanya monyet boleh membuang sampah sembarangan". So kalau ada di kalangan kita yang membuang sampah sembarang-sembarang, maksudnya dia monyet. Hahaha...