Assalamu'alaikum dan salam mesra..!
Hujung minggu lalu, aku penuhi ajakan teman baikku untuk ke rumahnya setelah beberapa kali aku tolak dek terlalu sibuk. Lama tak bersua ni, hati jadi rindu pula. Sebenarnya aku sudah lama mengenali keluarga ni, selalu juga aku bertandang ke sana pada zaman-zaman sekolahku dulu. Bila sudah sibuk dengan kerjaya ni, sampai tiada masa pula untuk bertemu.
Pagi ahad, usai mandi aku duduk di ruang tamu bersarapan sambil berbual mesra dengan makcik Ani, ibu teman baikku. Teman baikku pula baru bangun tidur lalu masuk ke ruang mencangkung, melabur awal pagi barangkali. Yang specialnya, engsel pintu ruang mencangkung di rumah temanku ni ada dua. Satu di luar, satu di dalam.
Sedang aku asyik berbual-bual dengan makcik Ani dan menjamah kuih tompe sambil menonton Nasi Lemak Kopi O TV9, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan dari dalam ruang mencangkung "Tok tok tok" dengan momentum yang agak kuat. Terdengar suara "Buka buka!" Eh, itu suara temanku. Apasal ni?
Bapanya yang baru siap mandi di bilik bersebelahan a.k.a kamar mandi dengan pantasnya membuka engsel dari luar bersama muka slumbernya sambil berkata "Papa ingat tiada orang tadi, rupanya ada. Kenapa diam-diam?" Macam mahu terkeluar tompe yang aku kunyah melihat wajah hangit temanku yang dikunci di dalam ruang kecil itu. Selalunya orang mengetuk pintu dari bahagian luar, tapi dia pula mengetuk dari dalam. Ahaks.
Nota: mungkin boleh sentiasa berdehem masa berada di dalam ruang kecil ini
18 komenteraksi:
HAHA.. tula pasai.. lani pintu terutamanya toilet, dok ada kunci luar dan dala. yang tak paham, perlu ke buat kunci kat luar? HUHU
MySuaraBlog: Perlu Ke Nak Bunuh Diri?
hahaha..
tompe itu adalah kuih lempeng. Kalau dibuat campur dengan kelapa mmg sedap. apalagi di makan dengan susu pekat manis.
tapi itu tompe@ lempeng. kalau kuih lompang, lagilah sedap tak terkata. sedap sampai masuk dalam hati.
hahaxx
nie kah....bah.....ada button 'like' kah...wakakakaaaa
tempat jatuh lagi dikenang..hhahah
@ZWAN SABRI
sy rasa tidak payahlah kunci di luar tu kan...guna pintu yg ada spring lg senang, tak payah kunci dari luar kalo takut baunya keluar..ihih.
s1
@PK
lompang tu apa? hmmmmps.
s9
@a.g
inilah...ko kanal ni kan? ahaks.
s3
s3 ..
ohh tompe tu lempeng..dulu2 kt kmpg panggil tempek.haha..buang la kunci kt luar tu.kesian kena kunci.hehe..
salam...
bilik kecik kalau kongsi 2 bilik memang cam tu....penin paler pikiq...
@Puan Kutu
kalau rumah sy, mesti sy suda buang..tp mslhnya bukan rumah sy...hmpps.
s8
@pak long
sy pun penin pak long...hmmps.
s9
erk? haha.. mcam mna tandas pun boleh mcm tu.. kalau pintu depan rumah bgus jug.. supya time tidur org susa nak pecah masuk.. ahakz..
Entri Lelatest
Hikmah Menutup Aurat
@Aretikz
entahlah..nanti aku tanya kawanku ya...tp aku rasa sebab kalau pintu tu nda dikunci dariluar nanti pandai tebuka sendiri lepas tu mengeluarkan bau yang nda nyaman..
Pintu utama? bahaya juga.. Manatau ditakdirkan ada kebakaran di rumah, payah kitani mau lari...
Hmmps..s8
oh..
kt umah TK semua pintu mcm tu, tmasuk toilet..
hehehe..
@toyolkiut
owh maksudnya TK selalu kena kunci dalam bilik kecil la ni ye? ahaks.
s3
Post a Comment
"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.
Jadi, kalau sudah baca.
Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!