Keluhan Mega

8 jam lebih tempoh perjalanan
akur pada putaran roda
di sebelah duduk wanita umur 25-30an
sejak awal dudukku asyik dengar keluhannya
"tch" {bunyikan dengan hujung lidah}
entah apa yang buat dia sentiasa mengeluh.
mau cepat sampai ke destinasi
entah apa yang dikejar?
hati kecilku meluat & menyampah!
maaf, aku memang tak maksudkannya

tapi... sama-samalah belajar untuk bersabar.
Sungguh baginya kecil, tapi bagiku ia maha besar.

- sekadar gambar hiasan. budak kecil pun pandai stress? Aish -

p/s mencuba walaupun payah

Luah @

Pasar Malam Kokin

Assalamu'alaikum..!

Asal kakiku menjejak ke Kokin, terasa-rasa di hujung lidahku mee goreng ayam masakan pakcik di pasar malam nun dekat tepi laut. Ada sebahagian manusia rasa geli atau jijik untuk duduk menjamah makanan di sana, tapi aku seronok & betul-betul dapat menghayati makna sebenar makan.

Mee goreng ayam!!! Menu wajib bila aku bertandang ke sana. Mulanya kakandaku yang memperkenalkan tempat ini denganku. Sekali aku rasa, fuhh!! Nyanyat bah aku pergi makan di sana. Aku ajak kawan-kawanku, semuanya suka!

- mee goreng ayam pasar malam Kokin -

Aku kalau orang sudah suka, semakin bertambah-tambah semangatku untuk jadi promoter. Aku berani jamin, memang tak rugi berkunjung ke sana. Harganya pun berpatutan, semurah RM3.50 sahaja & banyak pula tu {selalunya aku akan berkongsi dengan kawanku, sebab terlampau banyak. Penuh piring!}. Layanan, memang istimewa. Senyuman pakcik tukang masak & makcik pembuat ABC memang manis, kalah aku. So.... kalau mau turut menikmati perasaan yang aku & kawan-kawanku alami, cubalah sendiri!

- wajah kegembiraan -

Alamat: Pasal malam Kokin. Kalau dari Sinsuran, letaknya lorong kedua dari kiri & gerai no. 2 dari depan.

p/s memang berbaloi...

Rasa @

O.N.D.O.M {pembunuh dalam sunyi}

O.N.D.O.M.
Apa benda tu?
Sebut betul-betul...
Perkataan ini merupakan perkataan yang terdapat dalam kamus bisaya, jangan salah faham pula. Anda tahu apakah maksud kepada perkataan pelik ini? Mari sama-sama kita selongkar.
Wah! wajahnya handsome boleh tahan
nampak macho dan penuh bergaya
pura-pura aku lalu di sebelahnya
Bila berselisih....
sengaja aku tarik nafas dalam-dalam
untuk menghidu haruman yang dia pakai
Tetapi malang....
rasa mahu mati pun ada
dia memiliki bau "ondom" yang kronik
yang mana sang ketiak merupakan peneraju utamanya
Tolonglah ondom, tolong pergi.
Shuh! Shuh!

p/s Petua mengubati ondom. Klik di sini atau boleh terus menghubungi Cik Nieja Maksit. Ahahaha.

Gelak @

Apresiasi Istimewa buat WSB

Assalamu'alaikum..!


"Hatiku luka. Kehadiran kalian dalam hidupku menjadi ubat paling mujarab"


Monolog di atas, aku tujukan khas buat teman-teman alam mayaku, especially wasaber! Yeah! Hari ini aku sangat santai & bersahaja. Aku tidak suka luah perasaanku direct macam ni. Tapi agar kalian tahu betapa bermaknanya kalian dalam hidupku kini. Aku terpaksa membuka topeng kenakalanku yang terselindung parut kejiwangan.


Gambar di atas, special aku tujukan buat teman baikku: c3kz H!kMaH MsR.
Perjalanan perhubungan kami biarlah kami saja yang tahu. Bermula dari alam maya, lepas tu ke sistem pesanan ringkas, kami memang kamceng... cuma belum bersua muka. Kepelikannya, aku save mesej-mesej kami... hampir 400 sms!!! sebab aku menyimpan mesej ni? aku sendiri tak tau. Cuma kadang-kadang ia bagai hiburan untukku. Aku selalu diamuk rindu-rinduan, pada sesiapa pun.. keluarga, sahabat, teman, saudara. Pada waktu itu mulalah aku menekan-nekan punat nokia burukku, membaca mesej-mesej lama sambil tersengih. Tujuan entri ini, mungkin juga untuk bagitau pada temanku ini. Aku akan delete mesej-mesej ini, sebab nokia burukku sudah mula hang & membingungkan dirinya bila saja berada di kawasan yang tiada line.Haihh.

Kejiwanganku semakin melarat. Rasa ingin terus meluahkan perasaan seronok & gembiraku berada di alam ciptaanku sendiri bersama teman-teman yang aku kenal di WSB, yang menggelar diri mereka sebagai wasaber, yang mana membuat aku sentiasa tersenyum awet muda bila saja terkenangkan mereka. Oh betapa istimewanya mereka.
Tetapi, siapakah mereka itu? Mau kenal? Mari..!

Selain c3kz HikMaH, mereka ialah:
Nieja: gadis Beaufort yang gagal SRP
Miera: budak mentah baru mau kenal dunia pancaroba
Odie: perempuan gemuk sikit, tapi ayu
Nonoi: gadis sopan yang sangat minat pada kucing & hamster
Moomoo: baby boy yang sangat nakal macam rogon
Kamato: mesti tak kenal kan? Ni veteran WSB, cuma tidak sukakan publisiti
Mazeer: jejaka macho & gatal sikit, juga merupakan seorang artis
Sabbrye: putera katak yang berada di kota London kini
Farid: teruna kreatif yang mencari cinta entah hilang di mana
Vizard: nobita yang skema


Ikutkan hati, mau saja aku sebutkan satu persatu. Tapi hang blog elektromitoskopic kesayanganku ni karang. So, kepada sesiapa yang aku tak sempat sebut, jangan ambik hati ya. Kalian semua sangat istimewa. Padaku, bila kita menyayangi seseorang, tak perlulah kita tunjukkan pada seluruh dunia yang kita menyayanginya. Cukup sekadar kita menyayanginya secara ikhlas & tidak perlu mengharapkan apapa. Kita tidak rugi satu sen pun bila punya perasaan indah seperti itu. Bahkan itulah yang dimaksudkan dengan kebahagiaan sebenar. Dan itu jugalah yang membuatkan orang ingat aku masih pelajar sekolah menengah kerana kelihatan muda. Ihihi.


Mungkin entri kali ini membosankan & tak menarik langsung. Cuma aku mahu katakan yang aku sayangkan kalian. Semoga success dalam apa pun yang kalian lakukan. Jangan terlalu cintakan dunia, kerana kita tak selamanya di sini.. {Sekadar berpesan-pesan}

p/s Sayang selalu

Warna warni

Kalau kita tak mengenal yang hitam, maka kita tidak akan mengenal yang putih. Kalau kita tak pernah merasa kesusahan, maka kita tidak akan menghargai kesenangan.


Aku petik dari sebuah ceramah sempena sambutan Hari Raya Kurban pada tahun hijrah yang lalu, tapi baru aku kongsikan pada hari ini. Semoga kita akan berfikir lebih jauh lagi & sama-sama mendapat kebaikannya.

p/s: asam garam kehidupan

Kumbang Setan

Semua sama saja
Semua tak guna
Semua tak boleh pakai.

Kasanova, buaya darat, mata duitan, hamba dunia.
Mahu yang besar, benjol, tertonjol, lentik.

Tak sedar diri
Tak takut Tuhan
Tak tahu bersyukur
Tak reti dek untung.


p/s Pergi mampus!

Tabiat Tumpuk Baju Yang Sudah Kena Pakai

Suatu yang petang yang sunyi hening itu dipecahkan dengan nasihat dan teguran. Berbunyi :

A : Kenapa baju betumpuk² di bilik mu ni? Nda bagus tu tabiat gitu tu.

B pun hairan, dan tertanya² kenapa menumpuk pakaian tu nda bagus. Adakah akan menyebabkan rezeki kurang atau cepat tua atau susah untuk terima pelajaran. Dengan dahi berkerut,

B : Aik, kenapa pulak nda bagus? Aku nda pernah dengar pula tau. Kenapa?

Wasiat Hitam

Kerana Mungkin aku terlalu
dambakan syurga
atau mungkin aku terlalu
haus sanjungan...
Hingga aku mendongak ke langit
lalu meludah....


Dan aku hilang...


hilang dalam Serabutnya gelap,,,,
aku bangga
tidak takut balasan
tidak bimbang
terkubur dalam lumur kabut
yang bertabur Buih-buih sial
dan aku jilat haus

Puas....


secara Perlahan ianya Mulai rapuh


aku perlukan kasihan
dan aku perlukan simpati
lalu drama bermula...


Apa lagi yang aku ada?


hanya doa yang mampu aku hijrahkan
Tuhan Tolong kirimkan aku ke dunia yang satu lagi...



p/s Bosan dengan Hepy Ending story!


Selimut

Apakah bau yang kita suka hidu? Tapi orang lain tak suka hidu?

Aku sendiri bingung
sejak berkampung di sini
bau tu selalu mendampingi
aku memang suka, lega & damai
tapi aku khawatir
orang lain tak suka

Suatu malam ia datang
saat aku baring-baring
aku biarkan ia keluar
dalam selimut, orang tak tau

Tiba-tiba nokia burukku berbunyi
terpaksa aku bergerak ke meja
bila ku buka selimut
bau tu berlarian keluar
aku terkejut!!!
bagai membunuh diriku sendiri
Punyalah.........

p/s: terlampau banyak makan ikan besar + udang + ketam barangkali...


Lepas @

Pak Yam {Dalam kenangan}

Hadirnya tak pernah ku harapkan

perginya tak pernah ku sangkakan

hadirnya kadang merimaskanku

pemergiannya sangat memilukanku


Selalu menemani walaupun tak perlu

tapi kadang mampu buatku tersenyum

melihat gelagat manjanya

buat aku jatuh hati

buat aku lembut hati


Ditakdirkan ia pergi meninggalkanku

di alam fana selama-selamanya

Butiran jernih mula membasahi

pipi gebuku {yang ada jerawat-jerawat sikit}

turun singgah ke bantal

Oooh... pilu hatiku.


Melihat ia tak lagi berdaya

hatiku bagai dirobek-robek

melihat ia terbujur kaku

tak sanggup aku mendekat

ia tak lagi bernyawa...

selepas digilis jentera kontraktor.


~dalam kenangan {Pak Yam}~

p/s: Baru aku sedar ada bahagian untukmu dalam hidupku, tapi selepas aku kehilanganmu.


Bicara @


Tas Tangan

Assalamu'alaikum...!


Cuba lihat gambar di atas baik-baik. Amat-amati & fikir-fikirkan, apakah ia?

Dua Hati Menjadi Satu

Hujung-hujung tahun ni, pasti ada saja kad jemputan majlis perkahwinan sampai ke rumah. Di mana merupakan penyatuan dua hati menjadi satu. Fenomena ini dipanggil musim kahwin.


Hujung-hujung tahun ni juga selalu hujan & sejuk. Kadang rasa malas mahu keluar rumah, rasa macam mau tidur dengan selimut tebal. Fenomena ini pula dipanggil musim tengkujuh.


Apa pula kaitan antara musim kahwin & musim tengkujuh? Mesti kalian pernah dengar orang-orang tua berkata "Hari ni hujanlah, si Anu kahwin. Mesti ramai anak.. Ehehe." Karut betul orang-orang tua ni kan. Dulu aku pun rasa ia karut & tak masuk akal. Tapi sebenarnya ia memang logik & pasangan yang sudah berkahwin pasti setuju! Ini kerana... Musim hujan kan sejuk, so rasa macam mau tidur ja. Kalau ada isteri di sebelah, lagilah siok tidurnya. Tak lama lagi dapatlah orang ke-3. Opss.. Tak boleh lebih-lebih. Kalau mau orang ke-3 kena kahwin dulu ye... Tahun ni aku telah diundang ke beberapa majlis perkahwinan. Maaflah andai ada jemputan yang tak dapat aku penuhi, tapi aku tetap akan titipkan doaku buat kalian: 




"Semoga Allah memberi berkah kepadamu & kepada apa-apa yang diberikan-Nya padamu, serta semoga Allah menghimpunkan kalian berdua di dalam kebaikan" (Riwayat Abu Daud).


p/s: Kalau kahwin jangan lupa jemput...:)

Lipat Kertas

Uji minda: Berapa kalikah bilangan lipatan maksimum apabila sehelai kertas dilipat menjadi separuh, kemudian separuh, separuh & seterusnya separuh sehingga tidak dapat dilipat lagi? Tanpa mengira saiz kertas tersebut.

a) 6-7 kali

b) 10-12 kali

c) lebih daripada 13 kali


Jawapan kamu?? Teruskan untuk mengetahui jawapan~~~

Ikatan Hati

Dulu,
kami...
selalu bersama, 
sering bersama, 
sentiasa bersama.

Kini,
kami... 
tidak lagi bersama. 
tidak bertemu, 
tidak menatap, 
tidak mendengar, 
tidak menyentuh... 
antara 1 sama lain.

Tapi,
kami... 
tetap merasa. 
kemesraan, 
keakraban, 
kehangatan, 
keriangan, 
keceriaan, 
keseronokan, 
keindahan, 
di dalam berkasih sayang.

Kerna,
kami... 
punyai ikatan hati. 
tak pudar dipukul ombak, 
tak goyah ditiup kencang, 
tak retak dipanah petir, 
tak punah disapa badai, 
tak luput dimamah usia. 


p/s: Hanya yang merasa akan faham. Fahami & nikmatilah! 

Topeng Kehidupan

Bahagia ku cari, derita ku temui.
Derita ku buang, bahagia ku hilang.

Tawa riang senyum ramah
bagai tak kenal makna duka
berlawak jenaka setiap masa
Rupanya menyimpan beribu rahsia

Tak payah cipta cerita
tak payah menduga-duga
sungguhpun hidup diselubungi derita
Masih punya hak kecapi bahagia

Mencari dan terus mencari
entah bila kan bertemu
mungkinkah jauh nun di seberang?
perlu aku kejar hingga aku lelah
atau mungkinkah ada di depan mata?
tapi aku buta untuk melihatnya  
Kerana hanya ilusi dusta. Derita ku sangka bahagia, bahagia ku sangka derita.

p/s: Kebahagiaan dalam Penderitaan vs Penderitaan dalam Kebahagiaan. Adakah aku silap andainya aku katakan bahagia & derita sebenarnya saling memerlukan?