Mana yang betul, InsyaAllah atau In Shaa Allah?


Assalamualaikum dan salam sejahtera ~

Kini kalau anda ber-facebook pasti ada dari rangkaian rakan anda di Facebook akan berkongsikan tentang kekeliruan cara menulis perkataan InsyaAllah atau In Shaa Allah. Dalam hal ini, pertama sekali apa yang perlu dibuat ialah rujuk kepada insan yang tahu, faham dan mempunyai ilmu yang tinggi untuk menjawab kekeliruan ini. Ini kerana, jika kita kongsikan sesuatu tetapi ialah bukan kebenaran, mampu menyebabkan kekeliruan berpanjangan dan berterusan. 

Oleh ini, berikut merupakan beberapa jawapan merujuk beberapa sumber dari ilmuwan agama untuk kepastian tentang kekeliruan ini. Pertama dari S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya. Berikut soalan yang diajukan kepadanya:

Soalan: 
Salam Ustaz. Saya jawab msg dari seorg kawan, dlm msg tersebut saya ada tulis INSYAALLAH. Kawan saya kata tak boleh tulis mcm tu sebaliknya kena tulis IN SYAA ALLAH (ditulis secara berasingan). Kerana INSYAALLAH membawa maksud menciptakan Allah, sedangkan IN SYAA ALLAH maksudnya Jika Dikehendaki Allah? Mohon penjelasan dari ust.

Jawapan:
Tiada apa-apa kesalahan menulis إِنْ شَاءَ اللهُ dalam ejaan rumi dengan INSYAALLAH. Orang yang menulis INSYAALLAH sudah tentu memaksudkan: “Jika Diizinkan Allah”. Tak boleh memberat-beratkan umat Islam, atau membimbangkan mereka dalam perkara-perkara remeh temeh seperti ini, apatah lagi kalimah itu ditulis dalam ejaan rumi yang tak boleh dijadikan ukuran betul ataupun salah dalam bab seumpama ini. Tidak boleh sama-sekali mengatakan sesiapa yang menulis INSYAALLAH bermakna orang itu telah menyatakan dia yang menciptakan Allah, dakwaan ini amat-amat longgar. Ringkasnya mana-mana kalimah atau ayat arab yang ditulis dalam ejaan rumi dikembalikan kepada maksud yang telah sedia difahami umum.  

Wallahu a’lam.

Berikut pula jawapan dari Big Boh Ustaz kesayangan ramai, Ustaz Azhar Idrus. Fahami betul-betul.


Hal-hal sebegini sebaiknya jangan disebarkan sewanang-wenangnya tanpa usul periksa dan kepastian terlebih dahulu. Hal seperti ini yang memerlukan ilmu kefahaman tentang tajwid. Khuatir sebaran maklumat tersebut tidak tepat bagi kita dan bukan memperjelas malah memberi kekeliruan. Diharapkan penjelasan di atas mampu memberikan kefahaman kepada kita semua. 

Teruskan menyebarkan dakwah para sahabat. Semoga bermanfaat! :)

p/s: Saya sokong kepimpinan Ulama. (^^,)

4 komenteraksi:

Anonymous said... [Balas Komen]

Nak cari duit lebih. Mai sini free register woi. Once register dpt 25 usd gila lar then dapat link sendiri, bila ada org register n buka link kita dapat lgi 10 usd. Bila dah cukup 300 usd claim lar korang.... $ copy paste je pun $ sambil main fb je... gila larr..
http://www.theweeklypay.com/index.php?share=303702

Anonymous said... [Balas Komen]

Insyaallahutaalalilamin.. ad maksud??

Atfan Mahendra said... [Balas Komen]

Terima kasih uwak, semoga artikelnya bisa bermanfaat buat kita semua.

Anonymous said... [Balas Komen]

Tulisan yang lebih sopan sepatutnya In Syaa' Allah Hu Ta'âla Lil Âlamììn

Jika DiIzinkan Allâh Yang TertinggiNya Terhadap Seluruh Alam

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!