Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Mana yang betul, InsyaAllah atau In Shaa Allah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera ~

Kini kalau anda ber-facebook pasti ada dari rangkaian rakan anda di Facebook akan berkongsikan tentang kekeliruan cara menulis perkataan InsyaAllah atau In Shaa Allah. Dalam hal ini, pertama sekali apa yang perlu dibuat ialah rujuk kepada insan yang tahu, faham dan mempunyai ilmu yang tinggi untuk menjawab kekeliruan ini. Ini kerana, jika kita kongsikan sesuatu tetapi ialah bukan kebenaran, mampu menyebabkan kekeliruan berpanjangan dan berterusan. 

Oleh ini, berikut merupakan beberapa jawapan merujuk beberapa sumber dari ilmuwan agama untuk kepastian tentang kekeliruan ini. Pertama dari S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya. Berikut soalan yang diajukan kepadanya:

Isu Kalimah Allah: Apa Kata Insan Berilmu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera ~

Sejak kebelakangan ini isu kalimah Allah hangat kembali selepas senyap seketika semasa isu ini dibangkitkan tidak lama dahulu. Isu ini yang mana mempersoalkan bolehkah agama lain selain beragama Islam khususnya Kristian di Malaysia ni menggunakan kalimah Allah. 

Isu ini bukanlah isu ringan yang boleh dibahas dan dijatuhkan hukum berdasarkan pertimbangan kita yang ilmu mereka benar-benar layak serta mempunyai ilmu tentang agama dengan penjelasan dan sandaran yang benar. Ayuh, dengarkan pencerahan dari Dr MAZA tentang isu ini.



Diharapkan penjelasan tersebut dapat memberikan pengetahuan berguna kepada kita semua.

Sebarluaskan pencerahan ini supaya saudara-saudara kita diluar sana agar tidak menghukum sesuatu tanpa asas ilmu yang kukuh.

Semoga bermanfaat!

Penggunaan Florida: Manfaat atau Mudarat?

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...

Entri kali ni tentang penjagaan kesihatan khususnya tentang penggunaan florida. Kalau sebut florida mesti terfikir tentang produk penjagaan gigi. Iklan ubat gigi di TV juga menunjukkan bahawasanya, ubat gigi perlu ada florida untuk penjagaan gigi yang sempurna. Persoalannya, benarkah florida memberi manfaat atau sebaliknya memudaratkan.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya florida merbahaya untuk digunakan. Apa lagi digunakan secara berterusan. Dalam sebuah kajian yang dilakukan ke atas tikus mendapati pelbagai tahap neurotoksin apabila tikus didedahkan kepada florida. Kajian pertama terbesar yang membuktikan florida menyebabkan neurotoksin dilakukan oleh Dr. Phyllis Mullenix pada tahun 1995. Semua teori awal oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini tentang 'kebaikan' florida didapati TERBUKTI SALAH. Tikus yang diberi minum air berflorida didapati bertindak diluar jangkaan berbanding tikus yang tidak diberi air berflorida. Selain itu, penggunaan florida juga didapati menurunkan tahap I.Q kanak-kanak.

Keliru Tentang Jamak dan Qasar

Assalamualaikum w.b.t & salam mesra pembaca setia ~

Islam itu mudah. Sentiasa akan ada jalan bagi memudahkan umatnya. Dalam hal jamak dan qasar ini, banyak pendapat-pendapat berbeza di antara ulama' muktabar. Namun begitu kita akan berpegang kepada manhaj bahawa selagi ianya tidak bertentangan dengan syari’at, maka kita seharus sedaya upaya untuk memberikan pendapat yang lebih mendatangkan kemudahan kepada umat Islam. Manhaj ini sebenarnya adalah manhaj Rasulullah s.a.w sebagaimana yang dijelaskan oleh Umm al-Mukminun ‘Aishah ra: 
 Tidaklah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam jika diberi dua pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah di antaranya selagi tidak mengandungi dosa. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, hadis no. 6786.
Maka perlunya kita mengambil pandangan yang benar dan sahih serta diyakini bagi memberikan kemudahan kepada seluruh umat Islam.


SOLAT JAMAK DAN QASAR

Sembahyang qasar 
- memendekkan sembahyang yang empat rakaat menjadi dua rakaat ketika dalam perjalanan (safar). Sembahyang yang boleh diqasarkan adalah sembahyang Zuhur, Asar dan Isyak.

Sembahyang jamak
- mengumpulkan dua sembahyang dalam satu waktu. Contohnya mengumpulkan sembahyang Zuhur dan Asar dalam satu waktu ataupun Maghrib dan Isyak dalam satu waktu.
- 2 jenis : Jamak Taqdim dan Jamak Ta'khir

Solat Jamak dan Qasar ini merupakan sedekah atau hadiah daripada Allah kepada musafir. Namun kita di Malaysia, rukhsah (kelonggaran) yang diberikan ini diabaikan. Antara persoalan tentang Jamak dan Qasar:

1. Hukumnya adalah sunat. Lebih afdhal jika solat penuh
2. Jarak perjalanan mestilah mencecah 2 marhala
3. Meletakkan tempoh masa menetap di sesuatu kawasan
4. Perlu berniat mengikut formulasi niat tertentu


Eksperimen: Antara Ilusi dan Nyata

Sebuah eksperimen telah dijalankan di mana satu akuarium yang menempatkan seekor ikan disediakan. Pada waktu-waktu tertentu,ikan tersebut diberi makan bijian makanan. Ikan itu makan seperti biasa. Kemudian satu penghalang lutsinar telah diletakkan di tengah-tengah akuarium itu menjadikannya dua bahagian sama rata; ikan di satu petak dan yang satu lagi adalah ruangan kosong. Kemudian bijian ditaburkan di ruangan kosong.

Cuba teka apa yang terjadi?  

Ikan itu segera meluru ke arah bijian itu. Namun setiap kali ia mahu menuju ke arah makanan, ia telah tersadung dinding lutsinar tersebut. Situasi begini terjadi berulang-ulang kali sehingga ikan itu tidak lagi kelihatan cuba menuju ke arah bijian makanan tersebut. Kemudian dinding lutsinar itu dikeluarkan. Satu situasi menarik telah berlaku. Ikan tersebut membiarkan sahaja bijian makanan itu. Ia tidak cuba untuk mendapatkannya. 

Satu akuarium lain berisikan seekor ikan disediakan sebagai kawalan. Sebaik sahaja ditaburkan makanan, ikan di dalam akuarium yang kedua bergegas meluru mendapatkan makanan. Tetapi anehnya,ikan di dalam akuarium pertama tadi membiarkan sahaja bijian makanan itu terapung-rapung di sudut bertentangan.  Satu lagi ciri yang dapat dilihat, ikan itu seolah-olah berenang di dalam kawasan yang terhad, iaitu separuh dari akuarium itu.  

Apakah anda pelajari dari eksperimen di atas?



Dr. Haron Din Mimpi Bertemu Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum.

Ramai juga yang menyangkal sama sekali bahawa Dr. Haron Din bermimpi Nabi Muhammad S.A.W. Ada yang sampai mempertikaikan Dr. Haron Din. Perkara ini tidak mustahil bagi seseorang ulama' yang warak. Mari tonton video Dr. Haron Din menceritakan pengalaman mimpinya.


وَمَنْ رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ في صُورَتِي


Ertinya : ...Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupai gambaranku" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/52 ; Muslim, no 2266, 4/1775 )

Dalam hadith yang lain pula disebutkan :-



من رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَخَيَّلُ بِي وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ من سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا من النُّبُوَّةِ


Ertinya : "Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi), maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupaiku, dan mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 46 juzuk dari kenabian" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568)

Tanda-tanda golongan kafirun dan munafik ialah mereka bencikan ulama' yg ingin membawa semua syariat dan perintah yg diperjuangkan Nabi. Mereka mencari pelbagai alasan untuk mempersendakan ulama tersebut tetapi menutup sebelah mata akan kemungkaran yang lebih terang dan nyata.

p/s: Tapi kalau mimpi 4 nombor, senang-senang pula orang percaya.

Wanita Zaman Sekarang Sebenarnya Suka Dirogol

PERKONGSIAN | sumber asal

Adakah benar wanita sebenarnya suka dirinya dirogol? Apa yang membuatkan lelaki boleh terangsang nafsu seksnya sehingga sanggup melakukan jenayah ROGOL wanita? 

Lelaki dijadikan sebegitu rupa, dimana nafsu seksnya boleh terangsang dengan hanya memandang pada wajah atau bentuk tubuh wanita sahaja. Apatah lagi wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik dan bentuk tubuh yang mengiurkan. Ditambah pula wanita yang mengenakan fesyen pakaian yang tidak menutup aurat seperti yang menampakkan sebahagian dari bahagian buah dada, betis dan paha, perut dan pusat serta bahagian punggung (seluar dalam).

Jika kita perhatikan sekarang terlalu ramai wanita-wanita yang mengenakan pakaian;

1) Menampakkan bahagian atas buah dadanya (alur dada),
2) Memakai baju yg singkat sehingga menampakkan bahagian pusat dan perut,
3) Memakai seluar yg apabila bertinggung akan menampakkan bahagian alur punggung dan seluar dalamnya.
4) Memakai skirt-skirt pendek yang menampakkan bahagian betis dan pahanya.
5) Memakai baju yang jarang sehingga menampakkan bentuk buah dada dan warna bra yang dipakainya.
6) Memakai kain yang jarang sehingga menampakkan seluruh bentuk kakinya hingga ke pangkal paha.

Kalau sudah macam ni. Haiyo. | Gambar Hiasan

Maka semua ini akan menaikan nafsu seks kaum lelaki. Lelaki memang sentiasa bernafsu apabila melihat wanita-wanita yang berpakaian sebegini. Apatah lagi yang berpakaian separuh bogel. Seksi dan seksa. Bagi lelaki yang boleh menahan nafsunya, maka itu semua hanya sekadar menjamu mata.

Tetapi bagi lelaki yg tidak dapat menahan nafsunya:-

• Ada yang akan melepaskan nafsunya dgn cara lain. (Dengan isteri atau pasangan atau dot dot dot).

• Ada juga lelaki yang ingin melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu sendiri. Dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.

• Ada juga lelaki yang tidak dapat melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu tetapi pada wanita lain (walaupun wanita ini tidak seksi) dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.

• Lelaki yang sanggup merogol adalah lelaki yang kurang waras, tapi bukan gila, cuma tidak dapat menggunakan otaknya untuk berfikir secara rasional.

Dengan menggunakan kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan di dorong oleh nafsu yg meluap-luap dan tanpa menggunakan otak untuk berfikir, lelaki sanggup mengambil risiko untuk melakukan jenayah rogol. Setelah merogol dan melepaskan nafsu barulah boleh berfikir. Tapi cuma berfikir bagaimana nak lepaskan diri supaya tidak dapat ditangkap oleh pihak berkuasa. Maka dengan menggunakan otak yang kurang waras tersebut, perempuan yang dirogol itulah yang menjadi mangsa sekali lagi.

Cuma nak tutup mulut tapi tertutup nyawa terus.

Moral of the story:
Pada kaum wanita:
Jangan naikkan nafsu seks pada lelaki yang tidak dikenali dengan berpakaian yang mendedahkan tubuh anda atau yang menampakkan bentuk tubuh (ketat) dikhalayak ramai, buruk padahnya.

Pada kaum lelaki:
Hargailah wanita, yang melahirkan anda di dunia ini.


p/s: Tampilkanlah kejelitaan dalaman, bukan luaran. Selamat beramal. (^^,)

Alahai Ayam!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari tu aku pegi la jenguk page Oh! Media kat Facebook. Page ini selalu juga aku tengok update. Seronok juga tengok artikel diorang. Sekali aku ternampak satu artikel kat Oh! Tidak yang bertajuk 'Oh! Rekod Dunia meramas 1000 payudara'. Woah! terkejut juga dan aku pegi lah tengok. Sekali aku terjah dalam entri tu disertakan juga dengan video orang meramas payudara tu. Lantas aku pun terfikir ini bukan benda yang baik. Aku anggap ini terlalu terbuka. Jadi aku pun komen lah. Bagi nasihat sikit. hehe


Salam Aidilfitri 1432 H

Assalamu'alaikum & salam mesra...!

Hari ini, 1 Syawal 1432 H bersamaan 29 Ogos 2011. Oleh itu, aku dan seisi keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri serta meminta ampun dan maaf kepada seluruh umat manusia atas segala salah dan silap, samada dalam keadaan sedar mahupun tidak.

Jubair Nufair berkata: Apabila para sahabat Rasulullah bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain "Taqabbalullah minna wa minkum / Semoga Allah menerima amalan kami & amalanmu"
[Ibn Hajar, Fath al Bari, jilid 5, m/s 270-271]

Kewajipan Berhijab feat. Baba Ali

Assalamualaikum w.b.t~

Artikel ini adalah tentang kewajipan memakai hijab bagi seorang muslimah, dan bagaimana sifat hijab yang dikehendaki syarak.


a. Definisi Hijab

Dari segi Bahasa Arab, kalimah ‘hijab’ membawa makna ‘halangan’. Hijab dinamakan demikian kerana ia menghalang wajah wanita daripada dipandang orang lain. Dari segi syarak pula, hijab ialah pakaian yang diperintahkan kepada wanita memakainya untuk menutup anggota-anggota yang wajib ditutup dari sudut syarak.

b. Hukum Memakai Hijab

Ulama bersepakat tentang diwajibkan memakai hijab ke atas setiap wanita muslimah yang telah mukallaf. Dalil kewajipan ini adalah seperti berikut:


1. Firman Allah Taala:


يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)
2. Firman Allah Taala:

وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya.” (surah Al-Nuur 31)

Manakala bagi wanita bukan Islam, mereka tidak diperintahkan menutup aurat kerana perintah tersebut hanya bagi wanita-wanita beriman. Ini kerana orang-orang bukan Islam tidak dibebankan dengan perkara-perkara furu’ dalam Islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Begitu juga dengan memakai hijab, mereka tidak diwajibkan mematuhinya pada hukum dunia. Namun, pihak berkuasa dalam sesebuah negeri perlu sentiasa memantau perlakuan mereka agar tidak mendedahkan aurat secara melampau atau berpakaian tidak senonoh sehingga boleh mengundang pelbagai gejala sosial kepada masyarakat.

Mari kita dengar saudara aku Baba Ali  bercerita tentang hijab dan beberapa fesyen hijab pada masa kini.

Statistik Tentang Umat Islam di Malaysia

السلام عليكم


Berikut merupakan statistik berkenaan umat Islam di Malaysia untuk renungan kita bersama:


Yahudi Sedang Ketawakan Umat Islam

 
Cuba kita renungkan dan fahami artikel ini sebagai rujukan bersama dan sebagai ingatan kepada kita semua. Diingatkan semula agar kita tidak lupa dan lalai terhadap apa yang 'dunia kini' hidangkan kepada kita.

Protokol Yahudi

Di bawah adalah Protokol ke 10 Yahudi (jumlah protokol 24 kesemuanya) mengandungi 8 perkara untuk melalaikan manusia. Sekaligus memudahkan mereka menguasai dunia seperti yang terjadi sekarang ini.


Valley Of The Wolves: Palestine | Filem Turki Kutuk Kekejaman Israel

Assalamualaikum & salam mesra~

Filem telah menjadi sebuah medium penyampaian maklumat secara kita sedar atau tanpa kita sedari. Menerusi filem-filemlah pelbagai ideologi dan fahaman disebarkan, ditayangkan dengan tujuan agar paparan yang disampaikan  berjalan seiring dengan kehidupan seharian kita. Oleh kerana filem sangat popular di era ini, maka kaedah ini digunakan sebaiknya oleh sutradara untuk mengutarakan maklumat serta pengetahuan yang ingin disampaikan.

Seorang sutradara Turki bernama Zübeyr Şaşmaz telah menggunakan metod filem untuk mengutarakan pandangannya terhadap kekejaman Israel. Filem yang dimaksudkan ialah Kurtlar Vadisi Filistin (tajuk asal) /Valley Of The Wolves: Palestine. Filem ini merupakan sebuah filem yang sarat dengan aksi, motivasi dan pengajaran.

Amalan Pemakanan Yang Baik

Perkongsian ilmu untuk kebaikan semua. Sebarkan seluasnya. ^^

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan CUKA bersama IKAN

Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

(Sumber petikan dari buku Cara Makan Rasullulah S.A.W tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)

Syarat-syarat Sebelum Melakukan Sumpah dalam Islam

Sumpah? Apakah kedudukan sumpah dalam Islam & adakah sumpah pernah menjadi isu besar dalam sejarah Islam?

Mengikut sejarah Islam, sumpah secara umumnya adalah perkara biasa. Sumpah boleh berlaku pada bila-bila masa, sama ada dalam mahkamah kalau kes dibawa ke mahkamah atau jika diminta bersumpah ataupun dibuat di luar mahkamah sesama orang Islam. Sumpah dibuat bertujuan mendapat kepastian yang lebih tinggi tentang kebenaran sesuatu dakwaan. Jika seseorang itu mendakwa sesuatu yang kita tidak pasti, kita boleh memintanya bersumpah. Jika orang tidak meminta kita bersumpah sekali pun, jika kita rasa maklumat yang kita beri tidak dapat diterima dengan baik, kita boleh bersumpah. Ini sumpahan biasa. Sumpahan adalah sesuatu yang dibuat secara bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan, menguatkan dan menyokong kenyataan-kenyataan kita supaya kebenaran dapat diterima oleh pihak kedua.

Sumpah laknat? Apa itu sumpah laknat?

Sumpah yang semacam itu dikenali sebagai mubahalah iaitu bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu.

Lelaki, Fahamilah Wanita!

Assalamu’alaikum dan salam mesra..!

Nampak tajuk macam menakutkan bukan? Macam garang dan penuh emosi pun ada. Mungkin memang ditakdirkan wanita itu begitu sikapnya. Mudah sungguh tersentuh hatinya, mudah sungguh tersentuh emosinya.

Aku juga tidak lari dari semua itu. Aku akui aku agak sensitif dan mudah terasa apabila ditegur oleh insan bernama lelaki. Apatah lagi jika teguran itu datang dari insan yang amat aku sayang {suami, ayahanda, kakanda, pak cik atau mahramku yang lainnya}.

Pernah suatu hari mataku bengkak akibat menangis seharian selepas ditegur oleh seorang lelaki yang amat aku sayang. Iya, mungkin aku kelihatan kurang matang bila air mataku mengalir tidak henti-henti. Aku tidak menyalahkannya, bahkan aku berterima kasih kerana sudi mengingatkanku supaya tidak terus-terusan membuat silap. Aku tahu dia sayang. Aku faham. Cuma, hatiku sangat lembut wahai lelaki. Fahamilah aku seadanya…

Merokok Mati, Tidak Merokok Pun Mati

Memang semua orang akan mati. Mahu tahu cara matinya saja. Ada yang mati/meninggal dunia akibat sakit tua, kemalangan, penyakit, lemas, dibunuh dan lain-lain. Jadi kalau merokok, tahulah mana kategori matinya kan.

Merokok merupakan suatu identiti bawaan si perokok yang mencerminkan sikap cool, bergaya, macho, sasa. Ada juga menegaskan bahawa merokok untuk melepaskan tensi, tekanan. Betulkah? Kalau iya tensi, pegi ambil air wudu' ya. Hee.

Pasti anda juga pernah mendengar alasan "Merokok Mati, Tidak Merokok Pun Mati". Masa mendengar kata-kata ini, timbul rasa simpati di hati.

Perlu diketahui disini bahawa rokok merupakan suatu bahan yang telah disifatkan fatwa sebagai HARAM. H.A.R.A.M. = dosa besar apabila melakukannya.

Antara fatwa yang mengatakan merokok adalah HARAM :