Sebuah eksperimen telah dijalankan di mana satu akuarium yang menempatkan seekor ikan disediakan. Pada waktu-waktu tertentu,ikan tersebut diberi makan bijian makanan. Ikan itu makan seperti biasa. Kemudian satu penghalang lutsinar telah diletakkan di tengah-tengah akuarium itu menjadikannya dua bahagian sama rata; ikan di satu petak dan yang satu lagi adalah ruangan kosong. Kemudian bijian ditaburkan di ruangan kosong.
Cuba teka apa yang terjadi?
Ikan itu segera meluru ke arah bijian itu. Namun setiap kali ia mahu menuju ke arah makanan, ia telah tersadung dinding lutsinar tersebut. Situasi begini terjadi berulang-ulang kali sehingga ikan itu tidak lagi kelihatan cuba menuju ke arah bijian makanan tersebut. Kemudian dinding lutsinar itu dikeluarkan. Satu situasi menarik telah berlaku. Ikan tersebut membiarkan sahaja bijian makanan itu. Ia tidak cuba untuk mendapatkannya.
Satu akuarium lain berisikan seekor ikan disediakan sebagai kawalan. Sebaik sahaja ditaburkan makanan, ikan di dalam akuarium yang kedua bergegas meluru mendapatkan makanan. Tetapi anehnya,ikan di dalam akuarium pertama tadi membiarkan sahaja bijian makanan itu terapung-rapung di sudut bertentangan. Satu lagi ciri yang dapat dilihat, ikan itu seolah-olah berenang di dalam kawasan yang terhad, iaitu separuh dari akuarium itu.
Apakah anda pelajari dari eksperimen di atas?
PERKAITAN DENGAN SITUASI MANUSIA
Di dalam dunia realiti hari ini, ramai orang telah terperangkap dalam sistem yang belum pasti wujud. Mereka berfikir, bekerja dan berehat dalam satu ruang lingkup mereka sendiri. Kadang-kadang mereka seolah-olah terperangkap di dalam satu kurungan yang amat kebal dan keras, di mana cukup sukar bagi mereka untuk keluar darinya. Namun dinding-dinding itu bukanlah nampak seperti batu-bata yang tebal atau besi-besi yang teguh. Ianya adalah sistem KEPERCAYAAN.
KEPERCAYAAN
Kepercayaan adalah satu batas yang dapat mengurung manusia di dalam satu kawasan yang abstrak, di mana manusia tersebut tidak mampu untuk melepasinya. Ikan itu tidak terhantuk pada dinding kaca, tetapi pada sistem kepercayaannya sendiri. Kepercayaannya telah mengurung ia di dalam satu kawasan yang terhad; bukan sahaja dari segi fikirannya (biarkan makanan itu, aku tidak mampu mendapatkannya) malah dari segi fizikal (di sana ada dinding yang aku tak nampak). Kepercayaan menentukan kawasan kita. Apa yang kita boleh buat, apa yang kita tidak boleh buat. Kepercayaan juga menentukan peraturan kita sendiri. Kita hidup di dalam kepercayaan kita. Kita berhujah menegakkan kepercayaan kita. Kita berperang kerana kepercayaan kita dan tidak mahu keluar dari sempadannya.
Mungkin ikan itu telah berfikir: "Suatu masa dahulu aku pernah pergi ke seberang sana, tetapi kepalaku yang sakit, Jadi cukuplah. Untuk itu cukuplah aku berenang-renang berpusing di sini sahaja."
Renung-renungkan saudara sekalian. Pecahkan sempadan pemikiran anda. Teruskan mencari kebenaran. Tuhan sentiasa ada mendengar kalin.
6 komenteraksi:
apa yg saya pelajari adalah, ikan dilaut asam di darat. di dalam kuali bertemu jua.
I s0
It's all about our self. Yes, our self.
suka entry ni..membuatkan otak ni berfikir...analogi yg bagus ~
:D..ape y sy pelajari..kesian ikan tu..hehe..dy ingt mknan tu mimpi..=="
orang lebih mudah mendapat kefahaman mgunakan analogi. Klu ada saja pnrgn yg kamu buat sukar dfahami, alihkannya dlm bntuk analogi. mst lbih mudah difahami. :)
@sara: kesian ikan kesian juga. lebih kesian lg manusia yg terkurung dlm kepercayaan sendiri yg mana membataskan daya pikir mereka sndiri. moga kita dbukakan pemikiran kita. :)
Post a Comment
"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.
Jadi, kalau sudah baca.
Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!