Kekarutan 'Happy Ending'

Assalamu'alaikum & Salam Mesra..!

Kalian selalu menonton filem dan drama? Kalian selalu membaca novel? Kalau selalu mesti kalian perasan, pengakhiran sesebuah filem, drama dan novel selalu berakhir dengan pengakhiran yang indah-indah belaka atau dipanggil 'Happy Ending'.

Aku susah untuk menerima pengakhiran cerita yang sebegitu rupa kerana dalam kehidupan sebenar aku tidak rasa akan ada pengakhiran yang semuanya indah-indah. Kalau ada yang indah pun pasti ada juga yang tidak indah.

Bukan semua filem, drama dan novel yang aku maksudkan, tapi kebanyakan. Aku ulang, kebanyakan. Sampai ada penonton-penonton dan pembaca-pembaca ni terbayang-bayang dan kepingin untuk punya kehidupan seindah dalam filem, drama dan novel itu. Jangan bermimpi wahai. Hidup tidak selalunya indah. Dalam hidup, kau memberi dan kau menerima. Kadang kau beri benda, kau terima semula benda. Kadang kau beri benda, kau terima pula kasih sayang Tuhan.

Okay, aku sudah mula mengarut. Hidup ini sebenarnya memang indah, tapi tidak seindah dalam wayang dan novel. Nikmati sajalah..!



Nota: 2 hari yang lalu aku cuba membaca sebuah novel. Sampai bab 3, pengenalan watak utama yang serba sempurna kejadiannya. Aku hentikan pembacaan dan tutup rapat novel itu lalu dikembalikan pada empunyanya. Terima kasih!

Rabu Bisu #2 : Jum Pekena Kupi!


"............................~~"

Alahai Torres

Eh! Kenapa dengan penonton ni ketawa terbahak-bahak?
 Oooo, patutlah diorang ni ketawa. Hahaha!

Kreatif kerana Kreatif!

Assalamualaikum~

Inilah yang dikategorikan sebagai kreatif. Ini merupakan salah satu definisi kreatif. Sangat kreatif dengan daya imaginatif yang melampaui batas. Superb!

Klik pada gambar untuk zoom!

Habuan Besar dari SAYS.MY

Assalamu'alaikum!

Ternyata SAYS.MY sebuah rangkaian yang terbaik untuk buat duit melalui internet. Dalam tempoh sebulan lebih aku bergerak aktif, aku pun cash out pendapatan aku. Mahu tahu lebih lanjut tentang SAYS.MY? Klik sini.

Aku hold pendapatan SAYS.MY aku sampai cecah tahap yang aku inginkan, baru aku cash-out. Banyak sikit aku dapat. Hehe.

 

Kering yang Tidak Disukai Ramai


'Kering'. Selalu dikaitkan orang dengan keadaan tidak cukup duit, tidak cukup wang. Jadi bagaimana pula dengan keadaan tika banyak duit, banyak wang atau baru menerima durian runtuh? Kita mahu panggil 'Basah'?

Tapi. Bukankah keadaan kering itu baik berbanding keadaan basah? Semasa musim kering, kita mudah ke mana-mana mencari rezeki, melakukan sesuatu pekerjaan. Berbanding musim basah, kita sering bermalas-malasan untuk keluar rumah dan malas untuk melakukan apa-apa pekerjaan.

Ramai orang tidak suka 'kering' tapi sebenarnya kering itu baik dan ramai orang sukakan 'basah' padahal basah itu bisa membuatkannya jauh dari kejayaan. Jadi, kalian suka 'kering' atau 'basah'?


Nota: ... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui [Al-Baqarah: 216]