Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Kekarutan 'Happy Ending'


Assalamu'alaikum & Salam Mesra..!

Kalian selalu menonton filem dan drama? Kalian selalu membaca novel? Kalau selalu mesti kalian perasan, pengakhiran sesebuah filem, drama dan novel selalu berakhir dengan pengakhiran yang indah-indah belaka atau dipanggil 'Happy Ending'.

Aku susah untuk menerima pengakhiran cerita yang sebegitu rupa kerana dalam kehidupan sebenar aku tidak rasa akan ada pengakhiran yang semuanya indah-indah. Kalau ada yang indah pun pasti ada juga yang tidak indah.

Bukan semua filem, drama dan novel yang aku maksudkan, tapi kebanyakan. Aku ulang, kebanyakan. Sampai ada penonton-penonton dan pembaca-pembaca ni terbayang-bayang dan kepingin untuk punya kehidupan seindah dalam filem, drama dan novel itu. Jangan bermimpi wahai. Hidup tidak selalunya indah. Dalam hidup, kau memberi dan kau menerima. Kadang kau beri benda, kau terima semula benda. Kadang kau beri benda, kau terima pula kasih sayang Tuhan.

Okay, aku sudah mula mengarut. Hidup ini sebenarnya memang indah, tapi tidak seindah dalam wayang dan novel. Nikmati sajalah..!



Nota: 2 hari yang lalu aku cuba membaca sebuah novel. Sampai bab 3, pengenalan watak utama yang serba sempurna kejadiannya. Aku hentikan pembacaan dan tutup rapat novel itu lalu dikembalikan pada empunyanya. Terima kasih!

8 komenteraksi:

Alfian J. said... [Balas Komen]

Hmmm, menarik juga kalau betul selalu hepi ending. Tapi memang ada. Dalam satu dalam seribu. keh3.

germaine said... [Balas Komen]

betul tu bah.. manada happy ending klau realiti.. msalah x penah x ada.. ;p

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Alfian J., satu dalam seribu pun belum tentu kot... keh²

Zurina J. said... [Balas Komen]

@germaine, yes my dear, yes..

~NiZa Maksit~ said... [Balas Komen]

hehh~ knpa kita melalui situasi yg sama. beberapa hari lepas aku ke library cari buku untuk dibaca, tapi belum sampai 1 bab aku baca. Aku sudah dapat bayangan pengakhiran cerita dalam novel tu. aku tutup buku tu dan ambil buku-buku tulisan penulis dulu-dulu dan pinjam. Dan mahu tahu, penulis2 terdahulu punya penulisan tidak semua happy ending. Aku suka :)

Zurina J. said... [Balas Komen]

@~NiZa Maksit~, jodoh kita kuat barangkali...
Yes you're right my dear. Kalau dibagi novel baru & novel lama, aku lagi prefer novel lama, yang tidak terikat dengan pengakhiran 'Happy Ending'.

Cubalah baca novel novel ni... Mesti suka punya! keh²

Botak said... [Balas Komen]

cerita melayu dulu² takde happy ending., last² mesti mati., hahahaha..

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Botak, ngehee...

Sebenarnya boleh ja mau buat 'Happy Ending', tapi taklah dari semua sudut. Contoh dalam perkahwinan, dia gagal. Tapi dalam mendidik anak² dia berjaya. Cuma cerita yang ada sekarang ni, semua mau 'Happy Ending', semua mau sempurna... Hmmmmmmps.

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!