Wasaber's Day

Assalamu'alaikum & Salam mesra..!

28 Mei 2011, lagi satu tarikh yang menjadi suatu tarikh indah lagi bermakna dalam hidupku. Hari di mana berlangsungnya Wasaber's Day dan aku ditakdirkan menjadi salah seorang yang dapat menghadiri aktiviti ini. Bagi yang tidak tahu, Wasaber's Day merupakan satu aktiviti pergumpulan atau pertemuan ahli-ahli WSB atau lebih dikenal sebagai wasaber.

@ 1 Borneo {macam wasaber yang punya, ihihi}

Valley Of The Wolves: Palestine | Filem Turki Kutuk Kekejaman Israel

Assalamualaikum & salam mesra~

Filem telah menjadi sebuah medium penyampaian maklumat secara kita sedar atau tanpa kita sedari. Menerusi filem-filemlah pelbagai ideologi dan fahaman disebarkan, ditayangkan dengan tujuan agar paparan yang disampaikan  berjalan seiring dengan kehidupan seharian kita. Oleh kerana filem sangat popular di era ini, maka kaedah ini digunakan sebaiknya oleh sutradara untuk mengutarakan maklumat serta pengetahuan yang ingin disampaikan.

Seorang sutradara Turki bernama Zübeyr Şaşmaz telah menggunakan metod filem untuk mengutarakan pandangannya terhadap kekejaman Israel. Filem yang dimaksudkan ialah Kurtlar Vadisi Filistin (tajuk asal) /Valley Of The Wolves: Palestine. Filem ini merupakan sebuah filem yang sarat dengan aksi, motivasi dan pengajaran.

Kesilapan Lampau

Assalamu’alaikum & Salam mesra…!

Aku punya sedikit kemusykilan. Puas aku berfikir, puas aku berdiskusi. Aku sambung diskusiku di sini. Sila berikan pendapat kalian yang bernas lagi bijak padaku ya…

Soalan:
“Seandainya kalian sudah melakukan suatu kesilapan pada seseorang, anda lebih prefer untuk ditegur bagaimana?”

Jawapan:
a) Face to Face 
b) Nota di dinding / sistem pesanan ringkas a.k.a sms
c) Status di laman-laman sosial {contoh facebook, twitter, etc.}

Sila pilih. Lagi, bagaimana pula jika kalian yang ingin menegur silap seseorang? Medium apa kah yang selalu kalian gunakan? Huraikan. Terima kasih. Salam sayang.

Nota: Senjata paling hebat di dalam diri seorang manusia ialah akal. Jika diasah dengan baik, ia boleh menjadi perisai dan senjata yang bisa melindungi dan mempertahankan diri dari musuh {Aku petik dari Drama Juvana TV3 episod 5, tapi aku ubah sikitlah. ihihi}

Hadiah dari ChurpChurp! Yeehaaa~

Assalamualaikum & salam mesra~

Tanpa disangka-sangka, aku telah menang hadiah dari ChurpChurp. Hadiah yang aku menang ni hasil dari peraduan #ChurpChurp The Great Race. Iya, itulah yang iklan ada ikon profil Facebook kita sedang berlumba di dalam kereta kiut. Aku pun tidak sedar aku turut serta dalam The Great Race tu. Tiba-tiba aku diisytihar sebagai pemenang. Ini emel yang aku dapat dari pihak ChurpChurp.

Senyum Kambing

Assalamu'alaikum & Salam mesra...

Senyum! {sila lakukan perbuatan ini}

Senyum? Suatu perbuatan yang amat mudah bukan? Tidak perlu keluarkan wang, tidak perlu memerah otak, tidak perlu macam-macam. Hanya perlu gerakkan sebahagian otot-otot di bahagian wajah.

Stress? Tekanan? Sampai tidak boleh senyum? Maaf, tapi aku sangat kasihan pada kalian yang tidak tahu untuk senyum {dalam keadaan stress atau dalam keadaan apa sekali pun}. Lagi-lagi bila orang lain mula menghadiahkan senyuman manisnya buatmu, tapi kalian buat tidak tahu, bahkan mengencang. Hmmps. Sebaiknya, jika ada manusia yang menghadiahkan senyumnya buatmu, terimalah dengan hati yang terbuka dan hati yang senang {yakni senyumlah kembali pada si pemberi senyum}.

Kita sama-sama manusia ciptaanNya. Seandainya senyum kalian jauh dari bibir hanya kerana harta kalian terlebih sedikit dariku, maka ketahuilah ia hanya pinjaman di dunia semata-mata dan ia belum pasti menjamin kedudukan kita di akhirat kelak. Dan jika seandainya kalian terlebih sedikit kecantikan paras rupa dariku, maka ketahuilah kecantikan itu tidak selamanya akan kekal begitu.

Mungkin seekor kambing pun akan turut tersenyum sumbing melihat telatah manusia yang punya perangai seperti ini. Salam sayang dan semoga berbahagia!

Amalan Pemakanan Yang Baik

Perkongsian ilmu untuk kebaikan semua. Sebarkan seluasnya. ^^

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan CUKA bersama IKAN

Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

(Sumber petikan dari buku Cara Makan Rasullulah S.A.W tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)

Hasrat ku Adalah Dendam

Berlari lah yang laju
hingga telapak kaki mu haus
berteriak lah yang kuat
biar pecah gegendang telinga
bertaranum lah yang panjang
biar terbelah dinding-dinding sunyi



Nota kaki :
Doa demi doa diutus
dipohon kepada pengutus
walau tiada kata pemutus
tetap berharap tanpa putus-putus!

Ganjaran Mudah dengan SAYS.MY!

Assalamualaikum dan Salam mesra~

Online atau melayari internet adalah perkara paling kerap kita lakukan dalam sehari sejak ada kemudahana internet dimana-mana ni. Kita banyak menghabiskan masa dengan dunia atas talian. Tambahan lagi, kebanyakkan kita online menggunakan perkhidmatan berbayar berbentuk sewaan bulanan seperti broadband, streamyx dan lain-lain perkhidmatan yang tersedia. Bayaran sewa ini bukanlah murah tetapi untuk melanggan perkhidmatan ini kadar sewaan kebanyakannya di atas RM50.

Apa yang sering kita lakukan semasa melayari internet?
1. Facebook
2. Blogging
3. Tengok drama
4. Muatturun lagu/filem/drama
5. Youtube
6. Sedikit maklumat seperti : Berita online etc.

Kita tidak mahu mensia-siakan setiap bulan dengan kita sahaja yang mengeluarkan duit sewa sebanyak RM50 tanpa mendapat sebarang pulangan. Kita perlu bijak memanfaatkan segala yang ada semasa kita online. Jadi, antara cara untuk mendapatkan pulangan/faedah berbentuk upah/duit adalah lebih baik menyertai Says.my.

Apa itu Says.my

SAYS.my is a community of social media users in Malaysia who love to share!

We love sharing cool stuff on Facebook, Twitter, and blogs... and if we get some extra money for doing so, even better! We also get to chat and connect with other Malaysian social media users too. Any Malaysian who uses social media can join us! - Says.my
Sama sahaja seperti ChurpChurp [Rujuk disini], anda hanya perlu mempromosikan link Says.my kemudian dapatkan ganjaran setiap klik unik pada link anda.

Ayuh bermula...

Seksikah Aku?

Assalamu'alaikum & Salam mesra...!

Aku seorang wanita bertudung, berpakaian biasa seperti wanita lain. Kadang berbaju kurung, kadang bert-shirt, kadang memakai jeans.

Hidup di zaman moden ini, aku semakin takut berhadapan dengan mahkluk yang namanya manusia. Rasa tidak selamat sentiasa menghantui aku terutama bila aku berjalan sendirian. Berjalan di tempat yang ramai lelaki {contohnya di restoran, di tepi-tepi jalan, di kompleks membeli belah}. Terasa bagai mata-mata gatal sentiasa mengekori langkahku.

Tetapi... Aku tiba-tiba merasa selamat bila saja ada wanita seksi berada di sebelahku. Mata-mata yang tadi mengekoriku secara automatik dan pantasnya beralih ke arah wanita seksi itu.

Nota: tapi aku masih yakin bukan semua lelaki begitu, bukan semua wanita begitu.

Cara Hilangkan Rasa Mengantuk, Lapar & Haus

Kubin dan Kiji berbicara tentang perkara yang sering dialami sesiapa sahaja di dunia. Mereka berbual dengan begitu serius sehingga menghadirkan urat pada leher mereka ketika sedang ligat bercerita.

Kubin : Tadi aku dengar orang mengeluh. Dia cakap dia mengantuk. Gini dia cakap "S**l, punya ngantuk aku". Dia cakap macam tu.

Kiji : Alamak, sampai memaki dia ar. Kesian juga kan. Memang ramai yang tidak tahu cara hilangkan rasa mengantuk dengan cepat.

Kubin : Uik, adakah ging?

Kiji : Ada. Bukan rasa mengantuk saja, rasa haus dan rasa lapar pun ada cara atasinya.

Kubin : Cuba kau kongsi dulu ilmu ni dengan aku Ji.

Nombor Ramalan 4D Kena!

Setibanya Kubin dan Kiji di pejabat, 

Kubin: Gila betul. Habis kemek rambut aku.

Kiji: Bah kita pakai helmet, memanglah kemek. Lainlah kalau kita pakai topi golf tadi.

Kubin: Ji, cuba kau pass dulu aku suratkhabar tu. Mau upgrade pengetahuan lu.

Kiji: Nah! Kiri ah.

Kubin: Seks, seks, seks! Tiada cerita lain kah? Muaklah! JELEK!

Kami Generasi Malaysia!

Kami adalah pemuda Malaysia yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, peribumi Sabah dan Sarawak.

Kami tidak mahu generasi kami dijilat dan dirobek oleh isu-isu yang tidak ada kepentingan.

Kami sangat kecewa dengan penyiaran video lucah dan isu liwat serta isu-isu negatif yang merosakkan minda, yang setiap hari terpapar di dada akhbar, serta setiap malam menjadi menu istimewa siaran TV berita arus perdana. Walhal banyak lagi isu yang lebih penting untuk kepentingan negara dan generasi kami.

Kami amat sedih dan serba salah apabila adik-adik kami setiap malam melihat serpihan video lucah dalam berita dan juga telah mengajar mereka mengenal erti lucah/seks, kerana itulah yang dihidangkan setiap masa oleh media.

Kami merayu dan merintih berharap sangat kepada parti polotik, pihak kerajaan, pihak NGO, pihak media dan semua pihak yang berkenaan tolong hentikan semua ini.

TOLONG HENTIKAN SEMUA INI…….
Kami memohon sekiranya ada kes berbau seperti ini lagi, biarlah pihak berwajib yang selesaikan. Janganlah racuni pemikiran kami dengan setiap hari menjadi rutin meracun minda kami. Biarlah pihak mahkamah dan polis dengan jujurnya menjalankan tugas telus mereka.

Kami tidak akan membiarkan generasi kami dipukau dan dijampi oleh isu-isu tidak berkepentingan seperti ini. Kami tidak akan berpeluk tubuh dan menegakkan pandangan begitu sahaja dengan menghalalkan dan membiarkan generasi kami dijilat kezaliman yang berlaku.

PERCAYALAH.....
Kami akan tiupkan semangat bara api menyala ke dalam urat dan darah sampai ke sumsum tulang tembus ke dalam hati pemuda dan pemudi untuk mengangkat kebenaran dan kedaulatan negara.

PERCAYALAH.....
Kami tidak akan terpengaruh dan jatuh sujud oleh sajian duit, harta, pangkat dan kemewahan. Kamilah generasi yang rela hidup merana mempertahankan kebenaran dalam negara daripada hidup mewah tetapi khianat, derhaka, menggadai, meludah maruah negara.

PERCAYALAH.....
Kami akan bersatu menggenggam lava kebenaran dan berjuang untuk kesejahteraan negara. Kami akan menggigit sekental semangat serta membakar jiwa dan kepingan hati-hati kami untuk berjuang demi Malaysia tercinta.

PERCAYALAH.....
Kami telah disuntik oleh jarum tenaga yang sangat kuat untuk pertahankan kebenaran negara. Jiwa kami berkobar-kobar seperti letusan gunung berapi menggegarkan dan menghancurkan kezaliman negara.

KAMILAH GENERASI PEMUDA DAN PEMUDI MALAYSIA.
 
- Paping

Lakarkan masa depan gemilang mereka.
+ kredit: tekkaus.com