Cekguku Tercinta

Tidakku sangka-sangka, sambutan hari guru di tahun pertamaku sebagai guru dirai meriah oleh anak-anak murid. Sayang juga diorang dengan guru yang baru masuk 5 bulan diorang ni. Tengok saja kepala surat dari anak murid 5 tahunku ni. Sunggoh manis dan berunsur bodekan.


Aku pun bertanya, "Hari ni ramai bawa hadiah ni sempena hari apa? Siapa yang tahu?"

Semua kaku diam membisu. Lalu seorang muridku bersuara memecah suasana sunyi, "Tidak tahu, cikgu. Mak yang suruh bawa."

"Oooowh!", aku mengiya panjang.

Ibubapa prihatin adalah ibubapa penyayang.

Tabika KEMAS Kesuapan : Selamat Hari Guru

Bismillah.

Alhamdulillah. Sudah masuk bulan ke-5 aku jadi tenaga pendidik di Taman Bimbingan Kanak-kanak. Bertugas di Pulau bukan suatu yang mudah dan tidak juga sesukar mana. Aku sahut dan jadikan tugasan ini sebagai ladang pahala terbaik sebagai bekalan amal yang akan dikira. Semoga ilmu yang dicurahkan memberi manfaat kepada semua anak didik aku. Jadilah insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Aamin.