Tahu

Masalah.. 
Orang tak akan tahu kalau tak bagitahu 

Begitu juga malu.. 
Orang tak akan tahu kita malu kalau tak bagitahu 

Hidup juga begitu, 
Hidup ini banyak rahsia antara kita & Tuhan saja tahu 
Tuhan sembunyi banyak rahsia kita supaya orang lain tak tahu 
{contoh: masalah, aib, malu, dsb} 
Tapi manusia dah makin pelik, atau pura-pura tak tahu?
Yang tak tahu, boleh tahu 
Sengaja tunjuk supaya orang lain tahu 
Minta diambil berat & diambil tahu 
Entah, aku pun tak tahu. 

Kadang aku pun mahu 
Tapi aku tahu DIA tahu 
Aku yakin DIA tahu 
Sesungguhnya DIA-lah Yang Maha Tahu


Nota: Bismillahirrohmanirrohim.. Ya ALLAH, dengan rahmat-MU daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah ENGKAU serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata. Aamiin ya ALLAH aamiin..!

Cerita Adik Aku

Aku ada seorang adik perempuan. Masih dalam sekolah rendah, darjah empat. Hari ini dia baru balik dari perkhemahan antara sekolah, dipanggil "Jamboree". 

Adik perempuanku agak aktif, berani, bijak & petah berkata-kata. Jadi aku selalu memilihnya  sebagai tempat meluah bila aku rasa perlu. Begitu juga dia. Kadang-kadang sampai tak terlayan, ada saja dia mahu kongsikan.  

Sebuah kisah menyayat hati yang dia ceritakan pada aku. Kawannya bernama A, B dan C. Asyik sibuk bercerita tentang gadget moden yang mereka punya, tapi adik aku tak punya, hatta menyentuh pun adik aku tak pernah. Si A dengan Samsung Galaxy SIInya, si B dengan tabletnya, si C dengan IPhone 4Snya. Entah apa perkara sebenar yang mereka bincangkan, tapi dari mimik muka adik aku, aku tahu dia kecewa & hampa dengan sikap kawan-kawannya yang seolah-olah menunjuk-nunjuk harta yang mereka ada, tapi adik aku tiada. 

Aku mendengar luahannya dengan penuh rasa sayu, kerana tidak mampu menghadiahkan adikku dengan hadiah sedemikian rupa. Dalam masa yang sama, aku juga sangat kecewa dengan sikap kawan-kawannya. 

Ibu bapa, abang kakak, sekalipun kaya-raya, tolong elakkan anak-anak hidup dalam keadaan terlalu mewah  & senang-lenang. Pun mampu memiliki barang-barang mewah, jangan biasakan anak-anak menunjuk-nunjuk harta. Aku selalu percaya "hidup tenang" di dunia itu ada, tetapi bukan "hidup senang". Kerana di dunia ini memang tempat untuk bersusah-susahan, di Syurga nanti barulah tempat untuk bersenang-senangan. 

     Aku hampa! 
     Pada siapa? 
     Pada mereka.  

     Ah! 
     Macamlah aku sempurna? 
     Ampunkan hamba..
     Kasihanilah hamba..


Nota: jangan pernah berhenti untuk bersyukur..! Alhamdulillah...

#Mau beli hasil kraf felt SUKA Collections [macam si adik tu], lanjutkan ke sini.

Konco Elektromistoskopic Cecah 888 Orang

Assalamu'alaikum dan salam mesra!

Blog ini dibuka adalah untuk berkongsi idea, melontar buah pikir dan menyampaikan isi hati yang lebih mudah diterjemah dalam bentuk tulisan. Itulah tujuan blog ini dibuka. 

ELEKTROMITOSKOPIC?

Ada juga rakan yang bertanya, "Apa bah maksudnya nama blog kau ni?". Sebenarnya nama blog ini dipetik secara spontan ibarat menggapai dedaun yang gugur dari pohon tak kira apa bentuk dan jenisnya. Nama blog ni terpa-chul di minda maka tanpa semena-mena, nama tersebut terus diukir pada blog ini dengan tagline-nya Ukiran Janaan Minda. Secara simboliknya bolehlah didefinisikan sebagai apa saja bentuk luahan dari kota pikir manusiawi yang ingin berkongsi dan mewarna dunia ini kepada kembali hijau yang mana kini hijaunya kian pudar. 

Walaupun blog ini dibuka bukan untuk pembaca serius tapi hanya kepada mereka yang sukakan bacaaan ringan, ini tempatnya. Sadar tak sadar, konco sudah mencecah 888 orang. Tahniah wahai kalian yang tergolong dari 888 orang tu pasal kalian beruntung dapat membaca dan menelaah nukilan kami-kami penulis di blog Elektromitoskopic. hehe.


Kepada anda-anda semua yang belum lagi bergandingan bersama 888 orang yang lain, sangatlah dialu-alukan untuk masuk ke liga membaca Elektromitoskopic. Banyakkan membaca, tidak kiralah samada buku, majalah, novel mahupun blog, semua dapat meningkatkan pengalaman dan pengetahuan kita-kita semua. Jadikan membaca amalan kita. 

Adios! 

Hadirnya Kesedihan

Kesedihan... 
engkau sering datang tanpa diundang
engkau menjelang tanpa ungkapan salam 
engkau menerpa masuk tanpa dijemput 
engkau hinggap lekat di pelbagai sudut 

dengan wajah yang menyimbah resah 
dengan lidah yang menempah gundah 
dengan cara yang membawa lara 
dengan bahasa yang menjelma duka 
bagimu rupa yang bermacam warna 
hingga ku lupa membezakan nama