Syarat-syarat Sebelum Melakukan Sumpah dalam Islam


Sumpah? Apakah kedudukan sumpah dalam Islam & adakah sumpah pernah menjadi isu besar dalam sejarah Islam?

Mengikut sejarah Islam, sumpah secara umumnya adalah perkara biasa. Sumpah boleh berlaku pada bila-bila masa, sama ada dalam mahkamah kalau kes dibawa ke mahkamah atau jika diminta bersumpah ataupun dibuat di luar mahkamah sesama orang Islam. Sumpah dibuat bertujuan mendapat kepastian yang lebih tinggi tentang kebenaran sesuatu dakwaan. Jika seseorang itu mendakwa sesuatu yang kita tidak pasti, kita boleh memintanya bersumpah. Jika orang tidak meminta kita bersumpah sekali pun, jika kita rasa maklumat yang kita beri tidak dapat diterima dengan baik, kita boleh bersumpah. Ini sumpahan biasa. Sumpahan adalah sesuatu yang dibuat secara bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan, menguatkan dan menyokong kenyataan-kenyataan kita supaya kebenaran dapat diterima oleh pihak kedua.

Sumpah laknat? Apa itu sumpah laknat?

Sumpah yang semacam itu dikenali sebagai mubahalah iaitu bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu.

..................................................

Kini sumpah laknat sudah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas lakukan tuduhan, bersumpah nak membenarkan tuduhan. Sumpah laknat dijadikan sebagai senjata untuk membenarkan sesuatu perkara. Al-maklumlah ianya metodologi Islam, maka rakyat akan menganggapnya benar walaupun tidak tahu cara dan apa yang diperlukan sebelum melakukan sumpah laknat. Dalam kes ini metodologi Islam (sumpah) digunakan untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah). Sebelum melakukan sumpah laknat, haruslah merujuk kepada prinsip dan kaedah syarak.

Apa yang diperlukan?

- Menurut Sheikh Yusuf al-Qardhawi, seorang ilmuan ternama dunia yang berautoriti dalam bidang syari’ah menjelaskan bahawa orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti iaitu 4 ORANG SAKSI YANG ADIL.

Syarat-Syarat Mubahalah

Disusun oleh al-Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Humaidhi (Kuliah Syariah dan Usul al-Din di al-Qasim) dalam tulisannya bertajuk Hakikat Mubahalah menyebut 5 syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu mubahalah dilaksanakan.

1. Mengikhlaskan niat kerana Allah S.W.T. tidak boleh tujuan mubahalah ini dilakukan kerana hendakkan kemenangan dan memuaskan hawa nafsu. Sebaliknya ia dilakukan bagi tujuan menegakkan kebenaran, membela orang yang berada di atas kebenaran, menzahirkan kebenaran dan berdakwah kepada Allah

2. Berilmu. Mubahalah hendaklah dilakukan setelah adanya penjelasan dan dialog.

3. Orang yang menuntut Mubahalah itu terdiri dari orang soleh dan takwa.

4. Dilakukan selepas tertegaknya hujjah dan menzahirkan kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas.

5. Mubahalah itu dilakukan dalam perkara yang penting dari urusan agama, diharapkan dengan terlaksananya mubahalah tersebut terhasilnya *maslahah kepada Islam dan Umat Islam, atau bagi menolak mafsadah.

*Maslahah = sesuatu yang tidak mengandungi keburukan/ kebaikan/ faedah.
..................................................

Jadi sebelum pihak menuduh ingin melakukan sumpah laknat, haruslah mengemukakan 4 orang saksi yang adil dan memenuhi syarat-syaratnya. Jikalau gagal, sumpah laknat tidak boleh dijalankan. Jika dijalankan juga, bermaksud pihak tersebut telah mengetepikan hukum syarak dan boleh dianggap memperlekehkan undang-undang Islam.

Jangan kerana kenikmatan dunia, kita menjadi orang yang munafik. 
“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).
Pada akhir zaman akan datang banyak fitnah akan berlaku. Berpeganglah kepada senjata utama kita iaitu Al-Quran & Hadis. Kita akan selamat. 

Sumber : Prof. Madya Dr. Mohd Radzi & HD

p/s: Jika semua kes mahu diselesaikan dengan kaedah bersumpah, maka tidaklah perlu diwujudkan mahkamah, hakim ataupun polis. Semua pelaku jenayah juga boleh sewenang-wenangnya melepaskan diri mereka dengan hanya melakukan sumpah. Ehehe.

18 komenteraksi:

Unknown said... [Balas Komen]

Datang! Ehh? Adakah aku berada diblog yang sebenarnya..?

s8

Lain dari kebiasaan ni taw.. s1

silent screamer said... [Balas Komen]

@samizul.net
Ehehehe.

Sebenarnya aku betul² khuatir dgn hal yg berlaku di malaysia sekarang ni. Semakin menjadi². Aku xmau generasi kita dan akan datang minda diracuni dgn perkara begini.

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"?? <-- Apa ni??

Sepatutnya Allah didahulukan, agama diutamakan. Perihal dunia tu imbangkan dgn unsur agama. (aku bcakap atas kapasiti pemerintah)

Azura Banyak Cakap said... [Balas Komen]

Ya betul tu, senang2 bersumpah, buanglah semua polis, hakim, undang2. tiada guna juga. apalah! s7


p/s: boss, mcm mana mo simpan smiley tu, ajar bah, ekekeke.

Zurina J. said... [Balas Komen]

Setuju!
Astaghfirullohal'azim...aku pun mula risau...
s8

Unknown said... [Balas Komen]

strongly agree .. this thing freakin me out..

Unknown said... [Balas Komen]

@Alfian J.
Ehe3.. Malaysia sudah lama 'membarah' dengan hal2 macam ni.. Pertembungan politik ala falsafah Machiavelli dalam The Prince..

Dalam konteks Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan, ayat "Rakyat didahulukan..." tu adalah normal dan tidak wajar 'diekstrimkan'. Kenapa? Sebab undang2 negara kita tidak menggunakan Perundangan Islam secara menyeluruh. Bila konsep Perundangan Islam menyelimuti Federal Constitution, maka barulah sesuai dan kena-pada-tempatnya 'diwartakan' oleh pihak pemerintah. Kata-kata itu baik cuma ianya perlu dibuktikan dengan baik dan sihat. Politik itu baik [sebab ianya sebahagian daripada kehidupan] tetapi suka/kerap mempolitikkan sesuatu itu adalah tidak baik dan inilah kanser dalam pemerintahan negara.

Kesan kalau kita guna "Allah didahulukan tu.." dalam suasana ramai masyarakat bukan Islam tidak memiliki pemahaman yang baik dan betul mengenai Hukum-hakam Islam, maka ianya akan mencetuskan polemik antara agama yang jauh lebih dahsyat berbanding polemik perkauman [rasisme]. Ini antara kegagalan pihak pemerintah [BN] sejak menunjangi negara. Gagal menonjolkan keadilan dan 'kesejagatan' Undang-undang Islam.

Perlu diingatkan, Perlembagaan Persekutuan tu bukannya tidak boleh diubah atau 'dilawan'. Kalau majoriti ramai rakyat mahukan Undang-undang Islam dilaksana seperti zaman Khalifah Islam dahulu, maka barulah Malaysia betul2 menjadi sebuah negara Islam, dan bukannya setakat nama atau berubah nama, contohnya, menjadi Islam Hadhari. Islam is great enough for human being. Rahmatan lil 'alamin..

Last but not least, Well Done Fian! Keep it up!
s6

silent screamer said... [Balas Komen]

@samizul.net
Bagi akulah, sistem kita ni dah paralyzed lama sudah. Tapi sekarang ni makin teruk.

Kita diperintah oleh satu sistem yg dirancang sejak kemasukan penjajah. Itu pemahaman aku lepas baca serba sedikit ttg teori konspirasi.

Kalau kau cakap pasal perundangan macam dalam penerangan ko tu sam mmg bukan bidang aku lah..Ehehe. Yang aku tau kita ni negara Islam, tinggal kerajaan kita ni memerintah terlalu liberal. Hidangan duniawi ni buat drg buta, buta hati.
s2

nusrah said... [Balas Komen]

assalamualaikum.pertama kali singgah ke sini dan terus baca post nih.

pada saya, isu sumpah laknat ni berjaya memperbodohkan rakyat yg tidak tahu langsung dalam hukum-hakam Islam. Nampak semua perkara betul. Sudah makin parah penyakit sumpah laknat nih.

saya nak baca berita kat surat khabar, nak tengok berita kat tv pun dah takut sekarang. Banyak sangat berita berat sebelah. Betul-betul merindukan pemimpin dan pemerintahan yang adil.

silent screamer said... [Balas Komen]

@nusrah
Wslm Nusrah. Selamat datang ke sini ya. Salam perkenalan.....
s2

Aku khuatir dan sangat prihatin dgn generasi akan datang thadap hidangan sebegini. Kasihan generasi masa depan.

Media nampak sangat berat sebelah kan. Kita gunakan media alternatif spt internet utk mcari maklumat ya.

SEBARKAN ENTRI INI. PERBETULKAN PEMAHAMAN RAKYAT MALAYSIA TENTANG SUMPAH LAKNAT NI.

Trx said... [Balas Komen]

maen la sumpah laknat ni.. orang kafir tgok senyum je.. tp kalau sy xsilap, sumpah laknat niperlu dibuat secara smbunyi, mknanya x perlu pdedahan mluas..

silent screamer said... [Balas Komen]

@Syukri Kamaruddin
Iya betul. Sebetulnya tidak perlu dihebohkan hal berkaitan sumpah laknat ni. Lafazkan sumpah di depan orang yg berkenaan. Tp sumpah laknat xkan jadi selagi tidak memenuhi syarat yang telah dihuraikan diatas.

SEBARKAN ILMU INI YA. :)

anumuchan said... [Balas Komen]

Salam.moshi moshi.visit here^^ nice blog.
Feel free to read my new entry @ frommetoyou~
(^____^)

A.G said... [Balas Komen]

makin kerisauan terhadap keadaan sekarang..
makin memikirkan nasib kekitaan..
moga jangan berlaku bala bencana..
moga aman dan makmur selamanya...

silent screamer said... [Balas Komen]

@a.g
Khuatir bana aku anak muda akan datang pikir remeh pasal agama. Tu pasal buat entri ni. Perbetulkan apa yg kurang jelas. Kalau nda keberatan sebarkan ya. Ehehe
s2

Unknown said... [Balas Komen]

klau sumpah dlm hati sah gak ker?

Anonymous said... [Balas Komen]

@mat duang
Tidak sah.

Anonymous said... [Balas Komen]

Negara kita ni multiracial country.. Kena la fikir.. Bkn org Islam sahaja.. Bersederhana la dlm beragama.. Kalau semuanya salah, itu x boleh itu x kena, susah la.. Agama tu bermula dgn diri sndri.. X perlu tnggu pemimpin bru nak hidup berlandaskan syariat agama.

Anonymous said... [Balas Komen]

bagaimana jika sumpah laknat yg dituntut boleh mengaibkan ssorg yg pernah melakukan dosa tersebut sdg kan org yg dituntut utk melakukan sumpah laknat itu telah bertaubat ? bolehkah sumpah laknat dilakukan kerana ingin menjaga hubungan dan utk tujuan masa depan?

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!