Kami Generasi Malaysia!


Kami adalah pemuda Malaysia yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, peribumi Sabah dan Sarawak.

Kami tidak mahu generasi kami dijilat dan dirobek oleh isu-isu yang tidak ada kepentingan.

Kami sangat kecewa dengan penyiaran video lucah dan isu liwat serta isu-isu negatif yang merosakkan minda, yang setiap hari terpapar di dada akhbar, serta setiap malam menjadi menu istimewa siaran TV berita arus perdana. Walhal banyak lagi isu yang lebih penting untuk kepentingan negara dan generasi kami.

Kami amat sedih dan serba salah apabila adik-adik kami setiap malam melihat serpihan video lucah dalam berita dan juga telah mengajar mereka mengenal erti lucah/seks, kerana itulah yang dihidangkan setiap masa oleh media.

Kami merayu dan merintih berharap sangat kepada parti polotik, pihak kerajaan, pihak NGO, pihak media dan semua pihak yang berkenaan tolong hentikan semua ini.

TOLONG HENTIKAN SEMUA INI…….
Kami memohon sekiranya ada kes berbau seperti ini lagi, biarlah pihak berwajib yang selesaikan. Janganlah racuni pemikiran kami dengan setiap hari menjadi rutin meracun minda kami. Biarlah pihak mahkamah dan polis dengan jujurnya menjalankan tugas telus mereka.

Kami tidak akan membiarkan generasi kami dipukau dan dijampi oleh isu-isu tidak berkepentingan seperti ini. Kami tidak akan berpeluk tubuh dan menegakkan pandangan begitu sahaja dengan menghalalkan dan membiarkan generasi kami dijilat kezaliman yang berlaku.

PERCAYALAH.....
Kami akan tiupkan semangat bara api menyala ke dalam urat dan darah sampai ke sumsum tulang tembus ke dalam hati pemuda dan pemudi untuk mengangkat kebenaran dan kedaulatan negara.

PERCAYALAH.....
Kami tidak akan terpengaruh dan jatuh sujud oleh sajian duit, harta, pangkat dan kemewahan. Kamilah generasi yang rela hidup merana mempertahankan kebenaran dalam negara daripada hidup mewah tetapi khianat, derhaka, menggadai, meludah maruah negara.

PERCAYALAH.....
Kami akan bersatu menggenggam lava kebenaran dan berjuang untuk kesejahteraan negara. Kami akan menggigit sekental semangat serta membakar jiwa dan kepingan hati-hati kami untuk berjuang demi Malaysia tercinta.

PERCAYALAH.....
Kami telah disuntik oleh jarum tenaga yang sangat kuat untuk pertahankan kebenaran negara. Jiwa kami berkobar-kobar seperti letusan gunung berapi menggegarkan dan menghancurkan kezaliman negara.

KAMILAH GENERASI PEMUDA DAN PEMUDI MALAYSIA.
 
- Paping

Lakarkan masa depan gemilang mereka.
+ kredit: tekkaus.com

8 komenteraksi:

Trx said... [Balas Komen]

ya!!kami xsuka politik sebegini!!!

ZWAN SABRI said... [Balas Komen]

entry yang bagus.. Saya sokong anda.. Kami x perlukan politik yang boleh meruntuhkan kami semua.. HUHU

silent screamer said... [Balas Komen]

@Syukri Kamaruddin
Sukung!
s6

silent screamer said... [Balas Komen]

@ZWAN SABRI
Iya! Kami generasi bijak menilai. Berikan kami masa depan yang cerah bukan hidangkan kami dengan hiburan semata.
s0
ZWAN, kita generasi baru Malaysia!
s1
Sebarkan ya..tiupkan api semangat ke jiwa-jiwa generasi kita..

adan said... [Balas Komen]

salam... entri anda terbaik..! Media memainkan peranan penting dalam sesebuah negara.. tapi, media negara Malaysia ni.. tatao nak cakap apa lagi.. semoga makin ramai yang menyedarinya..

thumbs up entri...

nisa C Belon said... [Balas Komen]

mantop sik ^________^

silent screamer said... [Balas Komen]

@adan
Media macam di bawah kawalan kerjaan jak. Amacam juga.
s1
Sebarkan ya..Semarakkan jiwa bangsa...

silent screamer said... [Balas Komen]

@nisa C Belon
Hiudp Malaysia!!!
s5

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!