Showing posts with label Jilid Realiti. Show all posts
Showing posts with label Jilid Realiti. Show all posts

Cilik Bukan Immortal

Kecil menja semua suka
macampatung ada, macam jujube ada,
macam marshmallow pun ada.

Masa inilah corakkan si cilik
ini menjadi dewasa yang berguna.

Pembimbing pun lukislah si cilik yang suci ini dengan betul
jangan gelojoh sampai hasilnya bencong

Mahu sempurna saja tapi selekeh semberono

Jadikan si cilik si celik yang cerdik.

16.04.2016
10.45 pagi
Kg. Kesuapan, Pulau Gaya.


Indah Bumi Tuhan

Tuhan kurniakan manusia
hamparan bumi suci sempurna
tapi manusia semakin haloba

Hutan, tanah, laut diteroka
tamak ini menjadi raja
kononnya wang ringgit segalanya
sampai sanggup perkosa kurnian-Nya

Semua diragut, diragut
yang tinggal hanya sisa
generasi depan hanya merasa sisa-sisa
tinggalan kita

Tidakkah kamu kasihan
mereka juga mahu hidup
sejahtera macam kita

Wahai manusia, berubahlah...
bertamadun cuma atas nama teknologi
tapi kemanusiaan
mundur ke belakang, ke belakang

Kita sepatutnya semakin lama duduki bumi,
semakin tahu menjaganya

Tapi sayang,
kita musnahkan semua
sehingga bumi hampir telanjang

Panjangkan pesan ini,
kepada orang-orang bumi.

14.04.16
10.43 pagi
Kg. Kesuapan, Pulau Gaya.

Sindrom AM Serang Malaysia

Pada tahun 2015 ini, satu sindrom aneh telah membelenggu rakyat Malaysia. Sindrom ini amat-amat mengjengkelkan dan membuatkan orang lain mudah marah dan mencarut. Sindrom ini diberikan gelaran singkat sebagai Sindrom AM.


Kerana Seorang Najib

Sejak dua menjak ni, rasa simpati dengan mereka yang bernama Najib. Yalah, kerana seorang Najib, semua Najib lain terpalit. Sedangkan nama sipi-sipi macam Ajib pun terbabit, inikan pula yang bulat-bulat bunyinya Najib.

Tetapi kini rasa tu semakin surut lepas dengar cerita si Najib yang amanah. Najib penyimpan handphone.

Malaysia 58th Merdeka Day

A video posted by Alfian Jamjin (@alfianjamjin) on

Scammer Musibat

Assalamualaikum. Bismillah.

Akhirnya aku terkena juga. Setelah sekian lama berkecimpung dengan urus beli online, malah aku sendiri online seller (jenguk di sini dan sini), kali aku benar merasakan tertipu oleh si scammer

Scammer ni ada dimana-mana portal jualan online. Sedia memasang umpan memerangkap mangsa.
2 kali aku merasa dianiaya. Aku sebelum dah rujuk rakan polis cara-cara mendapatkan scammer kalau-kalau kejadian terjadi. 

Tulis Nama Masing-masing

"Okay, jangan lupa tulis nama dibahagian atas ya. Warna cantik-cantik."

" Semua tahu tulis nama sendiri kan. Cikgu dah ajar semua. Ada juga cikgu lekat nama semua di dinding kelas."

Aku pandang Khairul. Khairul mengangguk tanpa memandang arah mataku. 


Cerita di Kedai Mamak

Aku pun masuk ke restoran mamak dan terus duduk di meja dimana kawan-kawanku sedang makan. Datang pelayan dengan wajah yang kurang ceria. Terlintas di pikiran mahu buat dia gembira dan tersenyum.

Aku pun pesan makanan. "Kalau boleh aku mau macam yang dalam tu". Mataku melirik ke majalah makanan barat di rak buku sambil menaik-naikkan kening. Dia setia berdiri menunggu pesanan aku.
"Aku mau makan yang macam tu lahhh". Sambil menunjuk mee goreng ayam yang dimakan oleh kawan aku. 

"Okay, minum?". balasnya sedikit tegas.

"Minum pula yang macam saaaaana tu". Sambil aku menuding jari telunjuk ke minuman pelanggan meja sebelah iaitu kicai ais.

"Ada lagi?", dia bertanya. "Kalau ikutkan napsu, mau tuuuu naa yang bro tu makan. Tapi ikutkan isi dompet, mendukacitakan. Jadi, itu sejalah."

Dimuncungkan mulutku ke arah TV sambil tangannya memegang pen dan kertas dan berkata, "Jangan sampai aku jadi macam dalam tuuuuu dalam TV tu". Dia pun berlalu ke dapur menyiapkan pesanan dan terukir sedikit senyuman di bibirnya.

TV sedang menyiarkan rancangan gusti, WWE Wrestlemania.

Fuhh!

Fahri Buat Lagi

Fahri hilang selera makan. Mukanya juga ketat semacam. Dia tidak seceria selalu. Wajahnya seperti ditimpa masalah. Seperti kebiasaan suasana sekeliling akan dipenuhi dengan hilai tawa Fahri.

Namun pada hari itu, Fahri berubah menjadi pendiam dan murung.

Aku pula coba memberikan kata perangsang menaikkan semangatnya. "Fahri, kuatkan semangat. Jangan mudah mengalah. Cekalkan diri", antara kata pencetus semangat yang aku lontarkan tanpa putus.

Fahri terberak. Lebih tepat lagi, tercirit dalam seluar.

Pisang Emas Dibawa Berlayar

Betullah si payang ni. Baru dipuji sikit, terus naik kepala. Habis diredanya alunan besar ombak sehingga memercik air laut ke sut warna warni aku. Hilang macho terpaksa kelam kabut berselindung atas reaksi refleks.

Naiklah ke darat, singgah ke gerai menjual pisang. Semua orang tahu khasiat pisang kan. Jadi kawan aku pun bertanya pada peniaga, "pisang emas ada kah?"

Tak semena-mena aku menyampuk. "Eh! Pisang emas bukan dibawa belayar kah?", soalku kehairanan.

Kami saling berpandangan.

Kahkahkah!

Saiful Si Singlet Hitam

Sampai saja ke muka pintu, dia menjeling-jeling ke dalam kamar yang lengang. Lengang dengan jiwa-jiwa yang digenggam kecut oleh ugutan. Dia pun masuk, habis ditendang-tendangnya kerusi dan meja dalam bilik tersebut. Mulutnya memaki, "Sial! Sakit juga. Bodoh punya kerusi, bodoh punya meja.".

"Kau tu yang bodoh. Kau tendang tu benda keras. Ingatkan muka saja yang hodoh, malah bodoh." bisikku dalam hati. Aku memandang saja gelagat celaka dia dari celah jendela sambil tersenyum sinis.

"Hoi! Sini kau." Dia panggil seorang budak di hujung bilik tersebut yang terkedu diam.

Pang!


Fotogenik ke!?

Gambar ini digambar semasa sedang bergambar. Maka jadilah gambar bergambar yang digambar. Masa ni aku berusia 2 dekad 6 tahun. 



Buat Pecandu Cigarette

Tiada sebab untuk aku hisap tembakau atas pelbagai alasan. Bosan? Stress? Alasan selesa untuk lepaskan diri bersama tembakaunya dan melepaskan kepulan asap ke udara. Sudahlah bawa penyakit, merosakkan alam pula. Ada kawan pernah juga cakap, "Merokok mati, nda merokok pun mati."

Ada yang bagi alasan hisap rokok pasal boring. Pada aku, istilah ini hanya alasan selesa si pemalas. Banyak sangat benda bermanfaat boleh dilakukan untuk mengisi masa kamu yang kasihan tiada pengisian. Alihkan alasan ini kepada cara meningkatkan skil kemahiran. Kalau terasa boring, boleh menyapu, mengemas bilik, pungut sampah di halaman rumah, siram bunga, belajar menjahit, membaca, dan lagi baik mengaji Quran. Macam-macam boleh dibuat.

Bukan Katsaridaphobia

Fahri dalam keadaan bersahaja dan bergurau keluarkan mainan elastiknya berbentuk lipas dan dimajukan ke arahku. Aku tersenyum. Senyuman aku tinggikan sebelah kiri.

Mungkin menurutnya aku berreaksi terkejut menjerit macam orang lupa diri. Mungkin juga dia fikir aku ni katsaridaphobia.

Silap. Sedangkan ular pun aku takut 50-50, ini kan pula lipas.

Aku rampas mainan Fahri. Menangis dia mahukan mainan elastiknya.

Penat Lelah

Penat berkerja tidak semestinya membuat seseorang menjadi kurang ajar. Belajar bersabar dan istighfar. Ubat paling mujarab hilangkan marah.

Aku pernah ejek kawan di sekolah sampai kawan tu hempas dan tumbuk meja di kelas. Bukan alang-alang, sekuat hatinya. Paling aku kagum, lepas tu dia pergi ambil wudhu.

Aku panggil dia 'babi'.

Cekguku Tercinta

Tidakku sangka-sangka, sambutan hari guru di tahun pertamaku sebagai guru dirai meriah oleh anak-anak murid. Sayang juga diorang dengan guru yang baru masuk 5 bulan diorang ni. Tengok saja kepala surat dari anak murid 5 tahunku ni. Sunggoh manis dan berunsur bodekan.


Aku pun bertanya, "Hari ni ramai bawa hadiah ni sempena hari apa? Siapa yang tahu?"

Semua kaku diam membisu. Lalu seorang muridku bersuara memecah suasana sunyi, "Tidak tahu, cikgu. Mak yang suruh bawa."

"Oooowh!", aku mengiya panjang.

Ibubapa prihatin adalah ibubapa penyayang.

Tabika KEMAS Kesuapan : Selamat Hari Guru

Bismillah.

Alhamdulillah. Sudah masuk bulan ke-5 aku jadi tenaga pendidik di Taman Bimbingan Kanak-kanak. Bertugas di Pulau bukan suatu yang mudah dan tidak juga sesukar mana. Aku sahut dan jadikan tugasan ini sebagai ladang pahala terbaik sebagai bekalan amal yang akan dikira. Semoga ilmu yang dicurahkan memberi manfaat kepada semua anak didik aku. Jadilah insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Aamin.


Aku Menguap, Kamu Menguap Sama




Bismillah.
Kalau anda sedang menguap sekarang sila kawal bukaan mulut dan tutup mulut. Nanti syaiton ketawakan kita yang sedang menguap. Menahan menguap sekadar mampu. Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW, bahawa baginda bersabda yang bermaksud:  

"Sesungguhnya Allah Taala suka apabila orang bersin, lalu dia mngucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak setiap Muslim yang mendengarkan pula mengucapkan 'Yarhamkallah'. Adapun menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang itu menguap, syaitan akan mentertawakannya."

Baca lebih maklumat tentang menguap: Why is Yawning Contagious?

UNIK


Aneh, ganjil, pelik. Unik. 
aku selalu rasa aku pelik, 
di sana pelik, 
di sini pelik, 
di mana-mana pelik. 

mereka kata aku memang pelik, 
pelik tapi unik. 

Unik? 
Sebenarnya unik itu apa? 

Ini dikira unik?

Nota: Bukankah setiap seseorang itu juga unik? Menjadi unik dengan diri sendiri. Hargai diri sendiri & syukuri apa pun adanya...:')

Mana yang betul, InsyaAllah atau In Shaa Allah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera ~

Kini kalau anda ber-facebook pasti ada dari rangkaian rakan anda di Facebook akan berkongsikan tentang kekeliruan cara menulis perkataan InsyaAllah atau In Shaa Allah. Dalam hal ini, pertama sekali apa yang perlu dibuat ialah rujuk kepada insan yang tahu, faham dan mempunyai ilmu yang tinggi untuk menjawab kekeliruan ini. Ini kerana, jika kita kongsikan sesuatu tetapi ialah bukan kebenaran, mampu menyebabkan kekeliruan berpanjangan dan berterusan. 

Oleh ini, berikut merupakan beberapa jawapan merujuk beberapa sumber dari ilmuwan agama untuk kepastian tentang kekeliruan ini. Pertama dari S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya. Berikut soalan yang diajukan kepadanya: