"Kau tu yang bodoh. Kau tendang tu benda keras. Ingatkan muka saja yang hodoh, malah bodoh." bisikku dalam hati. Aku memandang saja gelagat celaka dia dari celah jendela sambil tersenyum sinis.
"Hoi! Sini kau." Dia panggil seorang budak di hujung bilik tersebut yang terkedu diam.
Pang!
Ditamparnya budak tu. "Saiful, apa kau tengok-tengok!??" soalnya pada budak tersebut.
Pang! Pang! Pang!
Saiful membalas bukan se-das tapi berkombo tamparan di pipi kasar berjerawat budak tu. Menangis dia berlari dengan pipi kemerahan. Macam berdarah juga pipinya aku nampak dari jauh. Jerawatnya pecah agaknya ditampar.
Si budak Saiful terkenal dengan sumpah-sumpahnya. Pernah dulu dia bersumpah ada berudu dalam perutnya yang didakwanya masuk ke dalam badannya semasa mandi lumpur di sawah. Sedangkan semua orang tahu Saiful ni penipu. Sawah pun tak berani pijak, inikan pula mandi sawah. Jelly aku. Phuii!
Setahu akulah, Saiful ni kaki sumpah memang kuat. Tapi kalau melawan memang taklah. Biarpun lawannya tu berpangkat atuk dia.
Baru aku tahu kenapa dia berani melawan. Rupanya dia pakai baju singlet hitam.
0 komenteraksi:
Post a Comment
"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.
Jadi, kalau sudah baca.
Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!