Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Mini Gath WSB


Assalamu’alaikum & salam mesra...!

13 Mac 2011, Ahad. Merupakan detik paling indah yang pernah aku alami sepanjang aku bergelar blogger. Mini Gath yang  telah dirancang semenjak tahun 2010, telah berlangsung dengan jayanya.

Ditakdirkan aku menjadi salah seorang wasaber yang terlibat di dalam menjayakan pertemuan ini. Tiada kata yang mampu aku ucapkan untuk menggambarkan betapa gembira dan bahagianya perasaanku tika ini.

Pada hari yang yang sangat indah itu, aku ditemukan dengan insan-insan yang bergelar wasaber sepertiku. Pertemuan yang aku anggap bagai suatu rahmat yang amat besar. Selama ini hanya bertemu di alam maya, bertukar-tukar buah fikiran, bermesra, bergurau senda dan macam-macam lagi. Diberikan peluang untuk bertemu bersua muka, pasti tidak akan aku lepaskan. Pun hanya bertemu di alam maya, kasih sayangku sudah sedia tersemai buat mereka. Ibarat teman rapat ibarat sebuah keluarga.

Pertemuan pertama, mungkin tidak banyak yang tidak kita tahu atau nampak pada diri seseorang yang hanya kita kenal melalui alam maya. Cuma aku tidak nampak apa pun yang negatif dan memudaratkan. Semuanya baik, sporting dan sempoi belaka. Mungkin tidak semua aku dapat habiskan masa untuk bersama, tidak semua tangan dapat ku sentuh, tidak semua wajah dapat ku tatap, tidak semua anak mata dapat ku renung. Tapi semuanya aku sayang. Aku mahu hurai panjang-panjang pun rasanya tidak guna. Aku sayang, aku memang akan kata aku sayang. Tiada yang kurang, tiada yang lebih. Semuanya aku sayang, semuanya aku kasih, semuanya aku cinta.

Aku bukan sesiapa untuk menilai atau membuat tafsiran tentang wasaber yang aku jumpa, cuma aku hurai ringkas tentang personaliti beberapa orang wasaber yang aku jumpa ni dalam satu ayat ya… Jum lihat personaliti mereka dari kaca mataku.
  1. Alfian a.k.a Bobby {Admin WSB}:
    buat yang masih belum tahu, dia ialah kekandaku, dilahirkan oleh seorang wanita mulia yang juga melahirkanku.
  2. Vizard a.k.a Ibrahim:
    seorang yang agak skema dan salah seorang wasaber yang baru tahu aku ini ialah adinda kepada Admin WSB
  3. Hanif a.k.a Tetikus:
    entah kenapa asyik memandangku dengan muka hairan, mungkin aku terlampau excited dan dia tidak sangka ada manusia sepertiku
  4. Ariez Hazaril:
    manis, baik hati, lemah lembut seperti yang aku sudah expect
  5. Muhd Jerry Arif a.k.a Boonto:
    comel, murah senyuman juga seperti yang aku sudah expect
  6. Abu Sopian:
    seorang yang ceria dan buat aku tidak kekok berkata-kata
  7. Aquezyezye:
    peramah dan sangat mudah bergaul, aku senang dengan caramu
  8. Zahiddin a.k.a Mr. Lee:
    pemalu dan macho
  9. Noorul Hayati a.k.a Hearty:
    aku sudah berkenalan dengan dia selama sebulan lamanya dan aku rasa kami memang serasi untuk berteman-teman
  10. Mimi Azureen:
    makcik mudaku yang tersangat pendiam dan pemalu, bila aku sentuh sikit dia terus terkejut-terkejut
  11. Aemy Nadira Shamy:
    gadis yang nampak tinggi dalam gambar, rupanya tidaklah tinggi sangat
  12. Farah Ayien:
    aku rasa ada connection dengan dia melalui sentuhan tangan kami. Ups.
  13. Adreynie Elisya a.k.a Wani:
    ketawa mendidihnya buat aku jadi senang hati dan tidak kekok bila berbicara
  14. Fatimah Awang Tangah a.k.a Timtim:
    si cantik dengan gigi taringnya
  15. Miera Ezzati a.k.a PoGuok:
    rasa kecil bila berada di sampingnya, nampak macam berani rupanya pemalu
  16. Nieja Maksit:
    gadis yang sangat berani membuat kejutan padaku, aku akan pastikan dirimu pula yang akan menitiskan air mata pada pertemuan akan datang
  17. Siti Zahidah Rahimin a.k.a Keciq:
    walaupun berbadan kecil tapi hatinya besar dan mesra
  18. Nana Farhana:
    si cantik yang juga aku rasa ada connection melalui sentuhan. Ups.
  19. Munmun:
    Peramah dan mesra
  20. Ella:
    Comel dan mesra
  21. Shizu Hanis:
    rasa pernah bertemu sebab dia seniorku masa di SMK Putatan dulu
  22. Elynz Anakah:
    serupa macam Shizu Hanis
Ada lagi beberapa orang rakan kepada wasaber, aku tidak tahu sudah mau kata apa. Macam mengarut sungguh entriku kali ini. Aku rasa apa yang aku expect, semuanya lebih kurang sama dengan apa yang aku lihat. Padaku, melalui cara penulisan seseorang {di blog atau di mana-mana} sebenarnya sedikit sebanyak menunjukkan identiti dirinya yang sebenar. Dan aku rasa ia benar selepas eksperimenku terhadap para wasaber pada pertemuan pertama ini.

Mini Gath : Mac

Macam panjang benar sudah karutanku kan? Terakhir dariku, mohon ampun dan maaf aku pinta pada kalian semua yang menghadiri Mini Gath kali ini, berpeluang bertemu bersua muka denganku. Aku mohon maaf andai ada terlebih berkata-kata atau terkasar tingkah lakuku waktu itu sebab aku tahu akulah yang paling excited. Kawan sampai bila-bila kawan ya. InsyaAllah bertemu lagi Mei depan. Salam sayang.

Nota: sayang, rindu, kasih WSB dan wasaber

40 komenteraksi:

hanif said... [Balas Komen]

contoh entri blog y terbaik... tahniah!! hehe...

AQuezyeZye said... [Balas Komen]

paling like ni entry..sayang jue sama wsb smua sama juak dgn aque pny syg klu gtu.walaupun aque agak baru dalam dunia wsb ni tapi betul2 happening sampai aque ndak tenang duduk kalau wall wsb ndak d kunjungi dalam sehari......huhuhuhuhu s4 s5

adan said... [Balas Komen]

bila lagi ada gath ar? di semenanjung ada ka?

Ask said... [Balas Komen]

Wah nice!!!
Terharu aku.. uhuk :')
Aku juga sayang kalian semua..
WSB menyatukan kita semua..
Itu aku suka!! I like it!!
Semakin dalam sayangku terhadap Wasaber.. =)

Ariez Hazaril said... [Balas Komen]

nice one.!!
syg jue..syg wsber yg lain jgk..

WSB mmg terbaekkk... s6

Zurina J. said... [Balas Komen]

@hanif
ini hanif yang asyik memandangku dengan wajah hairan tu ka? dari hari tu aku tanya url blogmu, tp ndamau juga dibagi...hmmmps.
s8

Zurina J. said... [Balas Komen]

@AQuezyeZye, kita serupa...Semoga diizinkan bertemu lagi ya...& semoga ikatan yang terbina antara kita akan berkekalan hingga akhir hayat kita...
s5

Zurina J. said... [Balas Komen]

@adan
dalam perancangan, gath rasmi 28/29 Mei 2011. Datang ya...

Semenanjung pernah juga buat gath. Kalo ada lagi & time tu adan di Semenanjung, datang ya...

s2

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Ask
Kita serupa...
Semoga ikatan yang terbina antara kita akan berkekalan hingga akhir hayat kita ya...
s5

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Ariez Hazaril
Sayang ariez sayang semuanya...
WSB di hati kita semua...

s2

~NieZa~ said... [Balas Komen]

aku ka yg tlmbat komen ni???
hahaha
plis jgn kasi nangis ak time gath nnt
wuwuwu
nda mau dtg la!
hahahahahaha
(skalinya mncul juga)

Zurina J. said... [Balas Komen]

@~NieZa~
cepat atau lambat bukan satu masalah besar cik niejaku sayang...

ko ndamau datang? naahhh, rugi besarlah ko...time ni ada kejutan lagi mengejutkan. Bukan ko saturang jak yang akan menangis, ramai lagi...

Ahaks..s3

~sii keciq~ said... [Balas Komen]

hati aku memang besar ! hahaha .. aku sayang ko jue :) aku sayang .. insyaAllah kawan sampai bila2 kawan :)

moga diizinkan bertemu lagi :))

s5 s6 s2

Zurina J. said... [Balas Komen]

@~sii keciq~
Sayang keciq, sayang semuanya...

s1 s2 s5 s6

hanif said... [Balas Komen]

@Zurina J.

aku la 2 kali... bl0g aku kena banned da oleh SKMM... ekekekeke... neway.. trimas bab letak aku t0p 3 dlm review kaw nie.. ekeke..

Zurina J. said... [Balas Komen]

@hanif
aku taip tetikus lain yang keluar, nanti dah ok kasiau aku ya...aku mau subuk.ihih.

owh, you are most welcome...insyaAllah jumpa lagi bulan Mei nanti ya...
s2

BALI RATIH said... [Balas Komen]

mampir sambil senggol senggol

follow back

Wan Hafisah Collection's said... [Balas Komen]

wah..mini gathering yek..sure sonot!

Nurul Faezah said... [Balas Komen]

Uina, sweet plak nih.. huhuhu

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Wan Hafisah Collection's
ya! sangatttt sonot!
s5

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Nurul Faezah
ahaha...siuk eih!
datang bah ko nanti bulan 5 ya...
s2

Zurina J. said... [Balas Komen]

@BALI RATIH
senggol? S9
Owh ok² silakan... s2

Aretikz said... [Balas Komen]

Bersabar untuk bulan 5..
Jika tiada hala tuju.. eh? halangan.. ahakz..

Entri Lelatest
GreatTeacher Aretikz 5

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Aretikz
wah²...sabar ya...semoga bertemu bulan 5..bw parents terus pun buli..ups.
s1

Mohd Ridhuan said... [Balas Komen]

bestnye....
nak join jugak...
huhuuhuh

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Mohd Ridhuan
jumlah...! bulan 5 nanti ya...
s1

mykhalis said... [Balas Komen]

wahh..kali pertama datang di sini..ada rezeki nak join kalau di jemput..hehe

Meja belajar untuk dapatkan 10A

Zurina J. said... [Balas Komen]

@mykhalis
ihih...lain kali dtglah lg..
mau dijemput? buli bah kalau kau, insyaAllah kita jumpa ya...
s1

Pink Diva said... [Balas Komen]

Wah!!..best juga kan..

bawu tahu ko sebangsa dgn aq..

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Pink Diva
Best sangattttt!! InsyaAllah jumpa ya bulan 5 kalo diizinkan...

sama ka? aku bajau + bisaya dear...ko pun ka ya?

hmmpps...s8

Pink Diva said... [Balas Komen]

@Zurina J.

Insyallah dear...

aq bajau + soullook ..hehe

ko pndai bisaya la ni kan?tagalog pndai?

samizul.net said... [Balas Komen]

s5 Can't wait for the next Gath.. Great memento for everyone s6

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Pink Diva
owh...sama bangsa bajau la kita kan...s1
pandai jua aku cakap bisaya sikit² dear..ihihi
tp kalo tagalog aku surrender la..aku tau "mahal na mahal kita" & "mis na mis kita" seja..
s3

Zurina J. said... [Balas Komen]

@samizul.net
Ah! ari tu bilang mau dtg, tp kabar pun ndada ku dgr...uhuk²
harap² insyaAllah juma ya...nda dtg, awas!
s3

mimi azureen said... [Balas Komen]

hahaha .. tkejut² ahh s7 .. hehe

Zurina J. said... [Balas Komen]

@mimi azureen
ehehe s1

Cik Atyn said... [Balas Komen]

ni lah rasia mu zue..... heheh entry yg cukup baik

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Cik Atyn
entah ko faham ka nda rahsia yg ku maksudkan tu...harap ko faham la ya...ihihi.

insyaAllah jumpa bulan 5 ya...s2

echaRierie said... [Balas Komen]

arghhhhh..jeles..
sa nda dpt pegi..
kin panas ni entri zueeeeeeee..
hahaha
=D

Zurina J. said... [Balas Komen]

Nah tu la...
pigi la ko yg bln Mei ni..ehehe.
awas ko nda pigi!
s3

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!