Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Aku Kena Saman


Seronok memandu sambil bibir kumat-kamit mengikut lirik lagu nyanyian Jamal Abdillah, Antara Yakin dan Curiga tajuknya. Aku tekan minyak sedikit untuk menambah kelajuan kereta yang tetap berkelajuan yang sama walau dalam aku injak minyaknya.

Teet! Teettt!

Kereta aku perlahankan sedikit. Ayam siapalah yang banyak betul di jalan raya ni. Kalau siang tidak apa, ini tengahari. Aku pun meneruskan perjalanan ke sekolah adikku. Tinggal 2 minit lagi adikku akan keluar. Aku injak dalam lagi minyak kereta dan kereta itu bergerak sedikit pantas berbanding tadi. Perlu kekerasan agaknya kereta ni. Sampai di selekoh aku melihat objek kecil melompat di depan kereta. Aku abaikan. Katak agaknya. Biasalah tu katak mati atas jalan raya. Memang tradisi.

Seikhlas mana kasihmu
Kejujuranmu
Hati dan diriku
Di antara yakin dengan curiga~~~

Tepat lagu Jamal Abdillah Antara Yakin dan Curiga habis diputar setibanya aku di sekolah adikku. Aku larikan mataku ke pagar sekolah menjenguk adikku. Adikku tersenyum riang menuju ke arahku sambil menarik beg sekolahnya berhiaskan gambar Princess. Tanpa berlengah aku mainkan kakiku dengan kawalan minyak dan clutch. Kawalanku memang mantap. Tapi kadang kala gostan juga.

40 km/j... ku pecut. Sekilas berlalu dengan kereta.

60 km/j.... ku pecut. Sekilas berlalu dengan lembu. Maklumlah orang Kota Belud.

90 km/j..... ku pecut. Sekilas berlalu pula dengan kawasan perkuburan.


110 km/j..... Aku tidak berani mencapainya. Takut meletup pula kereta tua ini.

Setibanya di rumah, seperti kebiasaan aku terus menghadap laptop. Terbuka pula hati aku untuk menyemak saman selepas melakukan pecutan melepasi beberapa objek tadi. Lagipun sayang aku ada berpesan melalui SMS untuk memeriksa saman. Takut-takut ada saman yang tidak disedari. Aku ni paling-paling pun aku pernah langgar lampu merah saja. No big deal.

*Istighfar*

Aku terkejut sehingga kerusi yang aku duduk tadi tadi sudah menjadi tempat aku berdiri. Aku memiliki saman yang tertunggak. Rasa menyesal pun ada tetapi kepala aku tidak henti berfikir dari manakah saman ini datang. Aku terus muhasabah diri. Aku redha.


Pengajaran :
- Jangan mudah panik.
- Jangan berlagak di atas jalan raya.
- Layan lagu Jamal Abdillah untuk menghilangkan kebosanan semasa memandu.


p/s : Menerima saman yang sangat pelik.

19 komenteraksi:

SheNn said... [Balas Komen]

Biar betik ni...aku cek tadi,ada saman ku...huhu

SheNn said... [Balas Komen]

LOL !!

Alfian J. said... [Balas Komen]

@SheNn
s3
klu ini bukan saja betik shen tapi papaya pun ada...ehehe..punyalah aku pun kena trus pucat2..keh²

wan T A N ho said... [Balas Komen]

CELAKE! hahahahahha

mr_mrs mikko said... [Balas Komen]

ssssssssoooot ko ni..
ingatkan btul aku kna saman!
hahaha..
pdhl baru2 ni aku kna saman..
pulis tu nda tegoda bh sma aku..
hahah

SheNn said... [Balas Komen]

@Alfian J. Heran aku,aku yg xbw kereta buli2xnya ada saman...huhu..palingglah...haha!

Alfian J. said... [Balas Komen]

@SheNn
Ahahahaha..itu la ba..aku pun tekajut..maka aku ni pemandu berhemah..tiba² ada saman lak..
s3

Alfian J. said... [Balas Komen]

@mr_mrs mikko
Nahhh..sana la silap ko..y ko pigi goda napa..ko tia payah goda baitu..psl klu ko goda dia nmpk lakonana ko..ehehe

Alfian J. said... [Balas Komen]

@wan T A N ho
Tenang bro..memang tradisi la ni..macam katak jua la..ehehehe

Sasa Al-Sharif said... [Balas Komen]

adeh, ada samanku tiga.kalau langgar tiang letrik tu memang la kan. tp mana ada aku langgar anak orang

Alfian J. said... [Balas Komen]

@Sasa Al-Sharif
ni kes naya ni sasa..bhaya jua JPJ ni..langgar katak mandi pun disaman tau...
s3

hikmah said... [Balas Komen]

kehkeh..ko bawa kereta kuda ja nnt..

tim said... [Balas Komen]

berlalu dengan lembu..biasalah orang kota belud

hahahaha
terasa pula..heheehe

Alfian J. said... [Balas Komen]

@hikmah
ahahaha..pny la hik..pttnya aplikasi ba ni entri..tp link tu redirect p tmpt lain..

Alfian J. said... [Balas Komen]

@tim
s1
besa la klu KB tim..wajib ada lembunya..ngehehehehe..

CinoiLavigne said... [Balas Komen]

hahah sowty

Alfian J. said... [Balas Komen]

@CinoiLavigne
ngehehehe..ba..cua ko requw=est lu noi pa cerita zmn bdk.aku mau mengarang ni..
s1

Eel said... [Balas Komen]

hoho
"lalu kawasan perkuburan"
pandu hati2 ar~~ =)

Alfian J. said... [Balas Komen]

@Eel
ui Eel..pucat² juga aku lalu sana tu..bkn takut apa..ada anjing garang sana..tu y takut kena terkam tu..
s3

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!