Isu Kalimah Allah: Apa Kata Insan Berilmu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera ~

Sejak kebelakangan ini isu kalimah Allah hangat kembali selepas senyap seketika semasa isu ini dibangkitkan tidak lama dahulu. Isu ini yang mana mempersoalkan bolehkah agama lain selain beragama Islam khususnya Kristian di Malaysia ni menggunakan kalimah Allah. 

Isu ini bukanlah isu ringan yang boleh dibahas dan dijatuhkan hukum berdasarkan pertimbangan kita yang ilmu mereka benar-benar layak serta mempunyai ilmu tentang agama dengan penjelasan dan sandaran yang benar. Ayuh, dengarkan pencerahan dari Dr MAZA tentang isu ini.



Diharapkan penjelasan tersebut dapat memberikan pengetahuan berguna kepada kita semua.

Sebarluaskan pencerahan ini supaya saudara-saudara kita diluar sana agar tidak menghukum sesuatu tanpa asas ilmu yang kukuh.

Semoga bermanfaat!

Penggunaan Florida: Manfaat atau Mudarat?

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...

Entri kali ni tentang penjagaan kesihatan khususnya tentang penggunaan florida. Kalau sebut florida mesti terfikir tentang produk penjagaan gigi. Iklan ubat gigi di TV juga menunjukkan bahawasanya, ubat gigi perlu ada florida untuk penjagaan gigi yang sempurna. Persoalannya, benarkah florida memberi manfaat atau sebaliknya memudaratkan.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya florida merbahaya untuk digunakan. Apa lagi digunakan secara berterusan. Dalam sebuah kajian yang dilakukan ke atas tikus mendapati pelbagai tahap neurotoksin apabila tikus didedahkan kepada florida. Kajian pertama terbesar yang membuktikan florida menyebabkan neurotoksin dilakukan oleh Dr. Phyllis Mullenix pada tahun 1995. Semua teori awal oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini tentang 'kebaikan' florida didapati TERBUKTI SALAH. Tikus yang diberi minum air berflorida didapati bertindak diluar jangkaan berbanding tikus yang tidak diberi air berflorida. Selain itu, penggunaan florida juga didapati menurunkan tahap I.Q kanak-kanak.