Ketidakbijaksanaan Mereka, Hiburan Kita


Semasa dalam perjalanan pulang dari kampung menuju ke bandar, jalanraya sesak daripada biasa. Ramai orang baru pulang dari bercuti barang kali. Sudah menjadi perkara biasa, kami suami isteri berborak sepanjang perjalanan to kill the time.

Pada waktu itu, ada ambulan dari arah belakang degan bunyi sirennya yang kita tahu siren itu adalah petanda ia mahu meminta ruang untuk diberikan jalan tanda kecemasan. Aku pun dengan berhemah ke tepi bertujuan memberikan ruang kepada ambulan tersebut.

Sekali kereta dari belakang potong aku pula daa. Kami pun hairan, law afa dia belajar?

Bini kata kasi honk sikit, sebagai protes. Bini aku menyirap lah tu dengan perangai sesetengah pemandu kita ni yang selalu terburu-buru. Afa dia fikir kita ni memang saja-saja mahu lama-lama atas jalanraya mahu keringkan petrol. hahaha


Sebelum tangan bini aku sampai ke honk, aku dengan selamba yaya berkata,

"Sabar darling, *kebodohan diorang inilah hiburan kita di jalanraya sesak macam sekarang ini. "

*Merujuk kepada pemandu yang aku kira jika sudah memiliki lesen, perkara tersebut tidak berlaku. Maksudnya mereka tidak ambil perhatian semasa ceramah undang-undang jalanraya semasa hendak mengambil lesen.

Sama-samalah kita berhemah di atas jalanraya, kalau kita semua berhemah. InsyaAllah perjalanan selamat dan diberkati. Tapi kalaulah kita memandu macam jalanraya kita punya, sepanjang perjalanan dihambur dengan cacian dan makian yang akhirnya menjadi satu doa untuk kita. Jangan kalian lupa, doa orang yang dizalimi, makbul.


Tenang-tenang anda semua.
Orang tenang, disenang.
Pangarasi, dibenci.

1 komenteraksi:

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!