Jom Memandu Sebagai Pemandu Uber


Bismillah. Assamualaikum.

Sebelum ni hanya dengar dari kawan-kawan, facebook saja pasal Uber dan Grab Car. Tidak ambil pusing pasal benda ni. Bila kawan bermain futsal pun jadi pemandu Uber, banyak benda yang aku tanyakan pasal rasa ingin tahu semakin tinggi. Pendapatan lumayan, boleh tambah side income, dapat uji daya komunikasi, mampu meningkatkan kemahiran bersosial dengan masyarakat, menguji kemampuan berbahasa Inggeris dengan pelancong asing dan macam-macam lagi. Aku pernah juga sekali naik Uber pasal kawan tak dapat hantar balik ke rumah, dia request-kan aku Uber. Bertubi-tubi juga soalan aku tanya pada pemandu tu. Aku pun tertarik untuk mohon dan akhirnya aku pun memohon secara online.

Selesai mengisi borang online, aku hanya perlu tunggu pengesahan pihak Uber untuk jadi pemandu Uber. Selepas beberapa hari, akaun Uber aku tidak diaktifkan. Bila nak log in, tertulis "Your driver account has not been activated". Kecewa juga. Selepas hampir 2 minggu aku pun nekad call Uber untu kepastian. Bila operator jawab, benda pertama aku tanya, "Can you speak Malay?". Hahaha. "No sir, English only" katanya. Apa lagi, aku langgar saja. Akhirnya Mr. Sam yang layan aku tu kata akaun aku akan diaktifkan dalam masa 10-15 minit.

Dan kini aku sudah bergelar pemandu Uber. Yesss.


Pelanggan pertama memandu Uber
Pelanggan pertama aku, pelancong China. Destinasi mereka ke Lapangan Terbang. Mujur diorang ni pun boleh berbahasa Inggeris. Kalau dinilai melalui ujian MUET lepaslah band 3. Itulah income pertama sebagai pemandu Uber. Syukur.

Mendaftar Sebagai Pemandu Uber
Masuk ke Laman Web Uber, klik sini http://ubr.to/2kz2Hf0. Syarat permohonan tidaklah susah. Ikuti langkat berikut.

Masukkan maklumat peribadi anda seperti yang diminta. Kemudian hanya perlu sediakan:

1. Kad Pengenalan
2. Lesen memandu,
3. Salinan Insuran kereta yang tertera tarikh tamat insuran serta nama pemandu atau jika kereta tersebut bukan milik anda, nama kedua pada insuran tersebut adalah nama anda.

Anda hanya perlu upload maklumat ini ke web Uber. Maklumat peribadi anda akan dilindungi pihak Uber.

Selamat ber-Uber semua. Pandu cermat jiwa selamat. Masyuk! :)


0 komenteraksi:

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!