10% Penduduk Dunia adalah Kidal


Iya, 10% penduduk dunia adalah bertangan kidal. Pencipta produk-produk juga kini perlu memikirkan produk khas untuk golongan kidal. Dilaporkan lebih kurang 2,500 orang meninggal dunia setiap tahun kerana menggunakan produk untuk golongan tangan kanan. Namun, tidak perlu dirisaukan sangat kerana golongan kidal mempunyai kelebihan tersendiri. Berikut antara kelebihan orang kidal.




10 FAKTA ORANG KIDAL
1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.

2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk menjadi genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.

3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!

4. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal.

5. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.

6. 4 dari 5 designer komputer Mac dilaporkan kidal.

7. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

8. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas.

9. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fizikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.

10. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)

Dan sebenarnya aku pun seorang yang kidal. :)

Sumber: Huffingpost | Selongkar10

0 komenteraksi:

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!