Mahu dompet anda yang hilang dikembalikan?

Kedengaran agak pelik dan janggal, namun menurut sebuah kajian peratusan untuk dompet yang hilang dan terdapat gambar bayi di dalamnya lebih tinggi peratusan untuk dikembalikan kepada pemilik asalnya.


Sejahat-jahat manusia, di dalam hati yang paling dalam tetap memiliki naluri kebaikan.

Sumber: DailyMail.co.ukhttp://j.gs/8oy2

Bagaimana Jadi Lebih Bijak?

Menurut kajian, bercakap dengan diri sendiri itu bukan gila tetapi mampu menjadikan seseorang lebih bijak. Ianya mampu melatih otak menjadi lebih efisyen. Bercakap dengan diri sendiri menggambarkan anda seorang yang berdikari.


"Sangat bertuah apabila seseorang mampu meneroka tahap tertinggi bakatnya di awal usia"
Albert Einstein.

Bak kata Mat Saleh, practice makes perfect.

Sumber: Elitedaily

10% Penduduk Dunia adalah Kidal

Iya, 10% penduduk dunia adalah bertangan kidal. Pencipta produk-produk juga kini perlu memikirkan produk khas untuk golongan kidal. Dilaporkan lebih kurang 2,500 orang meninggal dunia setiap tahun kerana menggunakan produk untuk golongan tangan kanan. Namun, tidak perlu dirisaukan sangat kerana golongan kidal mempunyai kelebihan tersendiri. Berikut antara kelebihan orang kidal.


Gula Menghilangkan Rasa Sakit Pada Luka

Seperti sukar untuk dipercayai tetapi itulah kebenarannya. Selain digunakan sebagai manisan pada makanan dan minuman, gula boleh digunakan untuk menghilangkan rasa sakit pada luka dan juga mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Petua ini diamalkan oleh kaum di Afrika.


Sumber: Dailymail

Jom Memandu Sebagai Pemandu Uber

Bismillah. Assamualaikum.

Sebelum ni hanya dengar dari kawan-kawan, facebook saja pasal Uber dan Grab Car. Tidak ambil pusing pasal benda ni. Bila kawan bermain futsal pun jadi pemandu Uber, banyak benda yang aku tanyakan pasal rasa ingin tahu semakin tinggi. Pendapatan lumayan, boleh tambah side income, dapat uji daya komunikasi, mampu meningkatkan kemahiran bersosial dengan masyarakat, menguji kemampuan berbahasa Inggeris dengan pelancong asing dan macam-macam lagi. Aku pernah juga sekali naik Uber pasal kawan tak dapat hantar balik ke rumah, dia request-kan aku Uber. Bertubi-tubi juga soalan aku tanya pada pemandu tu. Aku pun tertarik untuk mohon dan akhirnya aku pun memohon secara online.