Showing posts with label kata tak berhuruf. Show all posts
Showing posts with label kata tak berhuruf. Show all posts

Ketidakbijaksanaan Mereka, Hiburan Kita

Semasa dalam perjalanan pulang dari kampung menuju ke bandar, jalanraya sesak daripada biasa. Ramai orang baru pulang dari bercuti barang kali. Sudah menjadi perkara biasa, kami suami isteri berborak sepanjang perjalanan to kill the time.

Pada waktu itu, ada ambulan dari arah belakang degan bunyi sirennya yang kita tahu siren itu adalah petanda ia mahu meminta ruang untuk diberikan jalan tanda kecemasan. Aku pun dengan berhemah ke tepi bertujuan memberikan ruang kepada ambulan tersebut.

Sekali kereta dari belakang potong aku pula daa. Kami pun hairan, law afa dia belajar?

Bini kata kasi honk sikit, sebagai protes. Bini aku menyirap lah tu dengan perangai sesetengah pemandu kita ni yang selalu terburu-buru. Afa dia fikir kita ni memang saja-saja mahu lama-lama atas jalanraya mahu keringkan petrol. hahaha

Indah Bumi Tuhan

Tuhan kurniakan manusia
hamparan bumi suci sempurna
tapi manusia semakin haloba

Hutan, tanah, laut diteroka
tamak ini menjadi raja
kononnya wang ringgit segalanya
sampai sanggup perkosa kurnian-Nya

Semua diragut, diragut
yang tinggal hanya sisa
generasi depan hanya merasa sisa-sisa
tinggalan kita

Tidakkah kamu kasihan
mereka juga mahu hidup
sejahtera macam kita

Wahai manusia, berubahlah...
bertamadun cuma atas nama teknologi
tapi kemanusiaan
mundur ke belakang, ke belakang

Kita sepatutnya semakin lama duduki bumi,
semakin tahu menjaganya

Tapi sayang,
kita musnahkan semua
sehingga bumi hampir telanjang

Panjangkan pesan ini,
kepada orang-orang bumi.

14.04.16
10.43 pagi
Kg. Kesuapan, Pulau Gaya.

Jiwang Se-Round, Untukmu Cinta

Kita tak punya apa-apa,
tapi yang pasti kita punya hati yang tak pernah mati.

Jangan biarkan ia layu.
Mana mungkin layu kalau air siramannya adalah cinta. 

Cinta dimana-mana.
Atas bawah kiri kanan luar dalam,
Semuanya cinta.  

Haram Jadah

Fesyen lapuk
bicaramu tak beradab
gayamu jengkel
mulutmu busuk
badanmu gemuk
langkahmu terkedek-kedek sumbang

Babi.

Buat Pecandu Cigarette

Tiada sebab untuk aku hisap tembakau atas pelbagai alasan. Bosan? Stress? Alasan selesa untuk lepaskan diri bersama tembakaunya dan melepaskan kepulan asap ke udara. Sudahlah bawa penyakit, merosakkan alam pula. Ada kawan pernah juga cakap, "Merokok mati, nda merokok pun mati."

Ada yang bagi alasan hisap rokok pasal boring. Pada aku, istilah ini hanya alasan selesa si pemalas. Banyak sangat benda bermanfaat boleh dilakukan untuk mengisi masa kamu yang kasihan tiada pengisian. Alihkan alasan ini kepada cara meningkatkan skil kemahiran. Kalau terasa boring, boleh menyapu, mengemas bilik, pungut sampah di halaman rumah, siram bunga, belajar menjahit, membaca, dan lagi baik mengaji Quran. Macam-macam boleh dibuat.

Seindah Biasa

Cerita sama nada,
bergurau sama ketawa,
bersama berlapar bersama dahaga.

Sehari masuk berhari-hari,
termasuklah berjalan dan berlari-lari,
seronok ibarat kecanduan tak terperi.

Prasangka membunuh rasa,
rasa indah seindahnya pun bisa sirna,
inikan pula rasa yang biasa-biasa.

Menentu takdir bukan kerja kita,
itu kerja yang Maha Esa,
kita memandu arah jalan kita,
menuju takdir redha dan selesa.

Ketawa Terbahak

Hahahahahahahahahahahaha...

Ketawa besarnya mengisi segenap ruang bilik. Ketawanya terbahak-bahak. Mendengarnya sahaja membuatkan rasa mahu ketawa sama. Tapi juga membuatkan hati memberontak seperti mahu menumbuk kerongkongnya dengan penumbuk bulat padu ini.


UNIK


Aneh, ganjil, pelik. Unik. 
aku selalu rasa aku pelik, 
di sana pelik, 
di sini pelik, 
di mana-mana pelik. 

mereka kata aku memang pelik, 
pelik tapi unik. 

Unik? 
Sebenarnya unik itu apa? 

Ini dikira unik?

Nota: Bukankah setiap seseorang itu juga unik? Menjadi unik dengan diri sendiri. Hargai diri sendiri & syukuri apa pun adanya...:')

R.I.N.D.U [Bahagian II]


Ramai orang kata merindui itu sakit 
dulu aku tak percaya 
bahkan selalu rasa rindu itu suatu nikmat 
nikmat yang tak ramai orang dapat 

Tapi sekarang 
nikmat itu sudah jadi makin hebat 
ibarat bebanan yang berat 
berat hingga tak terangkat 

Apa pun tafsiran tentang rindu itu dulu & sekarang 
yang pasti rindu itu juga datangnya dari Tuhan 
Rindu itu bukan untuk dibunuh, tapi untuk dipandu 
Bukankah begitu? 



Nota: "Ya Rabb, pandu aku untuk memandu rindu"

Bintang Semalam

Semalam, 
waktu aku tunggu dia tiba, 
aku dongak ke dada langit 
dan terlihat bintang-bintang 
bergurau senda sesama sendiri 
Oh, sungguh bahagia sekali.

Ingin aku jadi seperti mereka 
menggantung diri di siling langit 
mendamai hati insan memandang. 

gambar ihsan: Google image


Nota I: Segala puji hanya bagi Allah jua.
Nota II: tiba-tiba teringat filem "A walk to remember" yang pernah aku angankan semasa usia mudaku.

Kerusi Ajaib

Ia datang lagi 
mengetuk-ngetuk pintu dengan kasarnya 
selalu aku tak buka, lalu ia pun pergi 

Kali ini ia rakus sekali 
mengundang ketakutan & rasa menggigil 
aku buka pintu, lantas ditolak ganas 
jatuh tersungkur, menahan airmata 

Tanpa dijemput, 
ia mendekati kerusi ajaibku 
duduk selesa sambil ketawa berdekah-dekah

Susah, senang, suka & duka 
kerusi ajaib itulah jadi penawar 
Kini tidak lagi, 
kerusi itu sudah diduduki makhluk lain & tak mahu lari 

Salahku tak kuat untuk bertahan, 
dan membiarkan ia masuk mencuri kepunyaanku 

Pahlawanku, sudikah kau bantu aku untuk mendapatkan semula kerusi ajaibku? 


Nota: khayal a.k.a separa sedar.

BUT...

I want to talk to someone, and I know it was you 
I want to talk about something, but I don't know how to 
I want to, but I can't... 
I want to, but... 


I... 


But...




Note: Thinking too much, till infinity!

Tahu

Masalah.. 
Orang tak akan tahu kalau tak bagitahu 

Begitu juga malu.. 
Orang tak akan tahu kita malu kalau tak bagitahu 

Hidup juga begitu, 
Hidup ini banyak rahsia antara kita & Tuhan saja tahu 
Tuhan sembunyi banyak rahsia kita supaya orang lain tak tahu 
{contoh: masalah, aib, malu, dsb} 
Tapi manusia dah makin pelik, atau pura-pura tak tahu?
Yang tak tahu, boleh tahu 
Sengaja tunjuk supaya orang lain tahu 
Minta diambil berat & diambil tahu 
Entah, aku pun tak tahu. 

Kadang aku pun mahu 
Tapi aku tahu DIA tahu 
Aku yakin DIA tahu 
Sesungguhnya DIA-lah Yang Maha Tahu


Nota: Bismillahirrohmanirrohim.. Ya ALLAH, dengan rahmat-MU daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah ENGKAU serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata. Aamiin ya ALLAH aamiin..!

Cerita Adik Aku

Aku ada seorang adik perempuan. Masih dalam sekolah rendah, darjah empat. Hari ini dia baru balik dari perkhemahan antara sekolah, dipanggil "Jamboree". 

Adik perempuanku agak aktif, berani, bijak & petah berkata-kata. Jadi aku selalu memilihnya  sebagai tempat meluah bila aku rasa perlu. Begitu juga dia. Kadang-kadang sampai tak terlayan, ada saja dia mahu kongsikan.  

Sebuah kisah menyayat hati yang dia ceritakan pada aku. Kawannya bernama A, B dan C. Asyik sibuk bercerita tentang gadget moden yang mereka punya, tapi adik aku tak punya, hatta menyentuh pun adik aku tak pernah. Si A dengan Samsung Galaxy SIInya, si B dengan tabletnya, si C dengan IPhone 4Snya. Entah apa perkara sebenar yang mereka bincangkan, tapi dari mimik muka adik aku, aku tahu dia kecewa & hampa dengan sikap kawan-kawannya yang seolah-olah menunjuk-nunjuk harta yang mereka ada, tapi adik aku tiada. 

Aku mendengar luahannya dengan penuh rasa sayu, kerana tidak mampu menghadiahkan adikku dengan hadiah sedemikian rupa. Dalam masa yang sama, aku juga sangat kecewa dengan sikap kawan-kawannya. 

Ibu bapa, abang kakak, sekalipun kaya-raya, tolong elakkan anak-anak hidup dalam keadaan terlalu mewah  & senang-lenang. Pun mampu memiliki barang-barang mewah, jangan biasakan anak-anak menunjuk-nunjuk harta. Aku selalu percaya "hidup tenang" di dunia itu ada, tetapi bukan "hidup senang". Kerana di dunia ini memang tempat untuk bersusah-susahan, di Syurga nanti barulah tempat untuk bersenang-senangan. 

     Aku hampa! 
     Pada siapa? 
     Pada mereka.  

     Ah! 
     Macamlah aku sempurna? 
     Ampunkan hamba..
     Kasihanilah hamba..


Nota: jangan pernah berhenti untuk bersyukur..! Alhamdulillah...

#Mau beli hasil kraf felt SUKA Collections [macam si adik tu], lanjutkan ke sini.

Perbualan

HATI: 
Tenang... 
Ke manakah kau menghilang? 
Merajukkah dikau padaku? 
Apa salahku padamu? 

TENANG: 
Tak ada salahmu padaku 
Aku cuma kecewa dengan sikapmu 
Asyik meminta & merayu pada Tuhan 
minta dibelas kasihan 
Bila dikabulkan, 
kau alpa & syukurmu sedikit cuma 
Memberi sedikit kau mula mengagung-agungkan 
Di mana tuntutan nilai keihklasan? 
Memohon ampun jarang sekali 
Itu namanya kufur nikmat!
Aku kecewa.. Tak malukah kau pada Tuhan? 

Happy Day

Today is Wednesday 
I always believe Wednesday is happy day 
And also believe everyday is happy day

Be strong, be positive, be humble 
Be positive, be humble, be strong
Be humble, be strong, be positive. 

Are you negative thinker person? 
If so, you are not allowed here. Thank you! 
 




 Note: Bismillahirrohmanirrohim....

Catatan Usang: Diari

Bismillahirrohmanirrohim... 
Assalamu'alaikum & salam kasih sayang... 


Hari ini, lengkap sebulan aku tidak menulis di blog kesayangan. Pun begitu, alhamdulillah kehidupanku tenang-tenang & baik-baik saja. Ada kelapangan lain, aku akan cuba curi masa untuk berkongsi pengalaman-pengalaman lain yang boleh dibuat pengajaran & pembelajaran bersama. Aku kira, isi kandungan entri pada kali ini akan mengambil ruang yang agak besar. Mungkin kerana terlalu lama tidak menulis. Jadi aku persembahkan catatan usang ini, buat mengubat rindu aku sendiri. 

Eksperimen: Antara Ilusi dan Nyata

Sebuah eksperimen telah dijalankan di mana satu akuarium yang menempatkan seekor ikan disediakan. Pada waktu-waktu tertentu,ikan tersebut diberi makan bijian makanan. Ikan itu makan seperti biasa. Kemudian satu penghalang lutsinar telah diletakkan di tengah-tengah akuarium itu menjadikannya dua bahagian sama rata; ikan di satu petak dan yang satu lagi adalah ruangan kosong. Kemudian bijian ditaburkan di ruangan kosong.

Cuba teka apa yang terjadi?  

Ikan itu segera meluru ke arah bijian itu. Namun setiap kali ia mahu menuju ke arah makanan, ia telah tersadung dinding lutsinar tersebut. Situasi begini terjadi berulang-ulang kali sehingga ikan itu tidak lagi kelihatan cuba menuju ke arah bijian makanan tersebut. Kemudian dinding lutsinar itu dikeluarkan. Satu situasi menarik telah berlaku. Ikan tersebut membiarkan sahaja bijian makanan itu. Ia tidak cuba untuk mendapatkannya. 

Satu akuarium lain berisikan seekor ikan disediakan sebagai kawalan. Sebaik sahaja ditaburkan makanan, ikan di dalam akuarium yang kedua bergegas meluru mendapatkan makanan. Tetapi anehnya,ikan di dalam akuarium pertama tadi membiarkan sahaja bijian makanan itu terapung-rapung di sudut bertentangan.  Satu lagi ciri yang dapat dilihat, ikan itu seolah-olah berenang di dalam kawasan yang terhad, iaitu separuh dari akuarium itu.  

Apakah anda pelajari dari eksperimen di atas?



Jaga Diri

Jaga diri, jaga maruah diri 
Yang kaya jaga maruah diri 
Yang miskin jaga maruah diri 
Yang cantik jaga maruah diri 
Yang hodoh jaga maruah diri 
Yang putih jaga maruah diri 
Yang hitam jaga maruah diri 

Jaga maruah agama 
Agama akan jaga maruahmu 

Jaga maruah orang lain 
Orang lain akan jaga maruahmu 

Jaga dirimu, jaga maruah dirimu. 




Nota: selamat berhari jumaat.

Natural Beauty

Natural Beauty tidak memerlukan mekap yang mahal dan berjenama.

Natural Beauty bukan direkaciptakan, tapi penganugerahan. Dari Tuhan. 

Natural Beauty. Tidak semua wanita yang mendapatkan. Hanya segelintir yang terpilih. Dipilih oleh Tuhan. 

Contoh 'Natural Beauty'. keh keh.


Nota: Natural Beauty ada sangkut paut dengan 'hati'