Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Catatan Usang: Diari


Bismillahirrohmanirrohim... 
Assalamu'alaikum & salam kasih sayang... 


Hari ini, lengkap sebulan aku tidak menulis di blog kesayangan. Pun begitu, alhamdulillah kehidupanku tenang-tenang & baik-baik saja. Ada kelapangan lain, aku akan cuba curi masa untuk berkongsi pengalaman-pengalaman lain yang boleh dibuat pengajaran & pembelajaran bersama. Aku kira, isi kandungan entri pada kali ini akan mengambil ruang yang agak besar. Mungkin kerana terlalu lama tidak menulis. Jadi aku persembahkan catatan usang ini, buat mengubat rindu aku sendiri. 


Berbalik kepada kepala entri, diari. Bunyinya agak personal. Ya, ini adalah perkara personal yang ingin aku kongsikan. Jadi maksudnya isi entri kali ini akan banyak menceritakan tentang aku. hihi. Ada sesiapa individu yang masih memiliki diari di zaman teknologi yang serba serbi moden ini? Sekerap mana kalian menulis di dalam diari? Adakah sekerap kalian mengupdate status di laman sosial? Bagaimana pula isi kandungan diari kalian? 


Aku salah seorang penulis diari yang tegar. Mula menulis sejak seawal umurku 14 tahun & mula menulis secara konsisten pada umurku 16 tahun sehingga kini umurku hampir mencecah 24 tahun. Besar kemungkinan hingga ke tua, hingga ke hujung hayatku. Setiap tahun, sekurang-kurangnya sebuah diari. Setiap diari memuatkan cerita selama 365 / 366 hari, dengan purata 200-500 patah perkataan pada setiap hari. Hitunglah sendiri berapa million perkataan yang sudah aku tulis & berapa ratus batang pen sudah aku gunakan. Sungguh klasik bunyi pengakuan ini bukan? Ya, aku memang klasik & aku senang begini.

Mungkin ada yang tertanya mengapa aku masih menulis diari di zaman moden ini? Tiada teman untuk meluah? Tiada teman untuk bercerita? Mari aku kongsikan mengapa. Menulis diari aku tidak kategorikan sebagai hobi, bahkan kewajipan untukku setiap kali sebelum masuk tidur. Aku akan cuba luangkan sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk menulis peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada hari tersebut. Jika hariku terlalu sibuk, aku akan tuliskan peristiwa penting itu dalam bentuk point form & akan huraikan semula pada hujung minggu. Setiap hari.

Kadang-kadang bila ada masa lapang atau ada rasa rindu atau semangatku berterbangan atau emosiku kembang kuncup, aku akan belek-belek semula catatan-catatanku yang lalu. Dua tiga hari yang lalu, dua tiga minggu yang lalu, dua tiga bulan yang lalu, dua tiga tahun yang lalu. Pernah aku habiskan masaku seharian di bilik membaca catatanku semasa aku sekolah menengah dulu. Aku tergelak kecil, tergelak besar, hati berbunga-bunga, hati menggerutu, istighfar sendiri dengan perangaiku yang kebudak-budakan. Comel.

Aku tidak nafikan, diari merupakan teman baik, teman rapat, teman yang paling akrab yang pernah aku miliki sepanjang perjalanan hidupku. Aku bebas bercerita & meluahkan rasa padanya. Apa pun. Suka mahupun duka. Tanpa rasa silu & segan. Tanpa rasa khuatir & syak wasangka. Bila aku marah, aku luah rasa marahku padanya. Bila aku suka, aku luah rasa sukaku padanya. Bila aku jatuh cinta, penuh simbol-simbol hati di dalamnya. Semua aku luah padanya. Kerana sifat manusia memang begitu, suka mengeluh1. Pernah dengar memendam perasaan negatif [contohnya marah, benci & apa pun yang seangkatan dengannya], boleh mendatangkan penyakit? Oleh sebab itu manusia perlu tempat untuk meluahkan perasaan dengan cara yang betul bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Jadi, bolehlah cuba tulis diari. Aku kira ramai yang menyedari hakikat ini. Di mana ramai individu yang memilih untuk meluahkan rasa di laman sosial di alam maya, tapi malangnya aku melihat ini bukan suatu tindakan yang bijak. Ada kelapangan lain aku akan huraikan dengan lebih mendalam. Ringkas aku katakan, ini soal adab & maruah diri. Setiap perkataan yang digunakan melambangkan tinggi rendahnya maruah diri kita. Jika harga maruah diri sudah jatuh, wang ringgit & emas permata pun tidak akan dapat membeli nilai maruah diri itu. Beda dengan diari, hanya kita yang baca. Aib kita punya, hanya kita, Pencipta kita & para malaikatNya saja yang tahu. Manusia sekarang ni makin pelik. Tuhan pun menjaga aib kita, tapi kadang manusia itu sendiri yang seolah-olah ingin memperlihat & mempertonton aibnya kepada khalayak.Hmmm. 

Selain itu, diari ini aku lihat sebagai penanda aras maju mundur hidupku. Aku selalu melihat catatan lama untuk melihat sejauh mana sudah aku berjalan. Adakah aku sudah maju dari yang dulu? Atau masih berada di gerabak yang lama? Kalau dulu aku pernah jatuh, apa usaha aku untuk bangun semula? Ia sangat membantu. Ya, ramai juga yang berfikir perkara yang sama & memilih untuk mengabadikan perjalanan hidup mereka di dalam blog di alam maya. Ini pun tidak perlulah aku huraikan lagi. Berpada-padalah semasa menggunakan laman sosial di alam maya. 'Sistem sekuriti' yang terdapat pada laman sosial ini boleh jadi tidak berfungsi langsung. Pandai guna, pandai-pandailah tanggung risiko. Ya..

Seperti juga kakanda yang dikasihi, Mr. Bobby. Sudah mula berdiari sekarang. Tapi lain sikit stailnya. Diari bergerak, agak kreatif & sesuailah dengan jantinanya. Apa-apa pun, aku kira catatan ini memang sangat usang, panjang & lebar sungguh! Aku rasa apa yang ingin aku sampaikan sudah pun sampai. Rinduku untuk menulis sudah pun terubat. Akhir kata, jaga diri jaga maruah diri. Zurina, jaga dirimu jaga maruah dirimu. Jadilah gadis yang pemalu.


1. Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan {harta} dia jadi kikir, [Al-Ma'arij: 19 - 21] 






Nota: musim kahwin, musim tunang dah datang semula. Selamat berbahagia...:)

4 komenteraksi:

Pae said... [Balas Komen]

Siapa mr. bobby tu kak? abg atau 'abg'? hehee. jgn marah.

rajin2 mnulis ba kak ( sy jarang juga lawat blog tpi rajin blogwalking haha)

Alfian J. said... [Balas Komen]

wah, isinya padat. Intipati pun molek. Sila luah panjangkan ttg 'luah perasaan di laman sosial'.

aku tunggu...

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Pae, Mr. Bobby tu nama timangan abang kandung kakak a.k.a Alfian Jamjin, hihi. InsyaAllah kakak akan cuba menulis perkara-perkara berfaedah dengan lebih kerap..
s2

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Alfian J., insyaAllah akan dicuba. Sekarang tengah menyusun kata-kata yang sesuai.. Semoga bakal mendatangkan manfaat bersama..

s2

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!