Sajak dari pelajar 2 Ukhuwah, SMKPIIKB



Doa Kami untuk Guru Kami 



Wahai guru kami mulianya hatimu 
mengajar mendidik kami selalu 
tanpa kenal letih dan jemu 
moga Tuhan meredhaiimu 

Ya Allah peliharalah guru kami 
agar terus berada dalam rahmatMu ini 
agar terhindar dari tipuan dunia 
yang senantiasa menipu manusia

Ampunkanlah wahai guruku kami
kesilapan anak muridmu ini
kuserahkan jiwa raga kami
agar terdidik nafsu liar kami ini  

Sajak ini hadiah dari Azmi bin Singgam, salah seorang pelajar kelas 2 Ukhuwah. Pelajar yang pernah aku didik tidak lama dulu, ketika aku berpeluang menimba pengalaman menjadi guru ganti di SMK Pekan II Kota Belud Julai - Oktober tahun lalu. Azmi mewakili rakan-rakan sekelasnya yang lain untuk mempersembahkan sajak indah ini buat mengubat rinduku pada mereka, yang makin lama, makin berat terasa. 

Anak-anakku, ketahuilah bahawa cikgu sangat menghargai usaha murni kalian & ketahuilah bahawa cikgu akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian. Surat-surat kalian masih cikgu simpan rapi & akan sentiasa cikgu buka bila ada rasa rindu. Sampai ketemu lagi di lain kelapangan anak-anakku. 


Salam rindu...:')
Nota: semua cikgu sayang, semua cikgu rindu. 

1 komenteraksi:

Anonymous said... [Balas Komen]

Berbakat bebudak ni. hehe

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!