5 Sebab Anda Perlu Menonton Filem Interchange

Bismillah.

Filem Interchange merupakan filem terbaru sutradara Dain Said selepas Bunohan. Dain Said dikenali sebagai pengarah yang gemar membawa kelainan dalam cara pengarahannya. Gayanya benar-benar terpesong dari tipikal filem Melayu. Karya seperti ini harus diangkat dan dijadikan naskah pengukur standard filem-filem Melayu. Berikut antara sebab kenapa anda perlu menonton filem ini di pawagam.


Fattah Amin Buat Apa Lagi di Sabah?

Aku dengar tempoh hari Fattah Amin datang Sabah. Jadi aku pun cakaplah dengan my darling.

"Buat apa lagi Fattah Amin datang Sabah? Di Sabah ni sudah ada Alfian Jamjin lah."
 
Dengan reaksi paling pantas sepantas kilat, ini reaksinya 😰 😰 dan mengeluarkan bunyi orang mual, bluerkkk.

Kahkahkah!

Diskusi Makan Malam

Pada petang tu, semua sibuk dengan telefon pintar masing-masing. Setiap masa. Dimana-mana. Di lembah keasyikan tu, aku pun dalam keadaan yang aku pasti tidak janggal kerana mata-mata mereka bukan ke arahku tetapi ke arah skrin telefon, aku capai pinggan dan aku isikan dengan bebebeberapa ketul ayam. Bebebebeberapa ketul agak banyaklah.

Ngappp. Tinggal tulang.

Cilik Bukan Immortal

Kecil menja semua suka
macampatung ada, macam jujube ada,
macam marshmallow pun ada.

Masa inilah corakkan si cilik
ini menjadi dewasa yang berguna.

Pembimbing pun lukislah si cilik yang suci ini dengan betul
jangan gelojoh sampai hasilnya bencong

Mahu sempurna saja tapi selekeh semberono

Jadikan si cilik si celik yang cerdik.

16.04.2016
10.45 pagi
Kg. Kesuapan, Pulau Gaya.


Indah Bumi Tuhan

Tuhan kurniakan manusia
hamparan bumi suci sempurna
tapi manusia semakin haloba

Hutan, tanah, laut diteroka
tamak ini menjadi raja
kononnya wang ringgit segalanya
sampai sanggup perkosa kurnian-Nya

Semua diragut, diragut
yang tinggal hanya sisa
generasi depan hanya merasa sisa-sisa
tinggalan kita

Tidakkah kamu kasihan
mereka juga mahu hidup
sejahtera macam kita

Wahai manusia, berubahlah...
bertamadun cuma atas nama teknologi
tapi kemanusiaan
mundur ke belakang, ke belakang

Kita sepatutnya semakin lama duduki bumi,
semakin tahu menjaganya

Tapi sayang,
kita musnahkan semua
sehingga bumi hampir telanjang

Panjangkan pesan ini,
kepada orang-orang bumi.

14.04.16
10.43 pagi
Kg. Kesuapan, Pulau Gaya.

Menu Malam

Perut mula terasa lapar. Dari petang tadi lagi sebenarnya perut ni diduga. Aku tahankan saja. Kawan pun aku tengok gelisah semacam.

"Jadi apa kita makan malam ni ging?", soal kawanku.

"Di dapur tu yang ada, nasi putih dan maggie jak. Cekik itu jak lah" , jawabku mudah.

"Alamak, nda sihat ging.", balas kawanku.

Dengan selamba gua balas, "Tidak apa, dalam ketidaksihatan itu masih ada yang sihat."

"Apa?"

"Nasi."