Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

5 Sebab Anda Perlu Menonton Filem Interchange


Bismillah.

Filem Interchange merupakan filem terbaru sutradara Dain Said selepas Bunohan. Dain Said dikenali sebagai pengarah yang gemar membawa kelainan dalam cara pengarahannya. Gayanya benar-benar terpesong dari tipikal filem Melayu. Karya seperti ini harus diangkat dan dijadikan naskah pengukur standard filem-filem Melayu. Berikut antara sebab kenapa anda perlu menonton filem ini di pawagam.


1. Pengarah
Dain Said nama yang kurang dikenali ramai tapi mempunyai pengikut tersendiri  kerana karyanya yang unik dan tersendiri. Beliau mampu menghasilkan filem yang kompleks dan membuatkan kepala penonton berserabut mendapatkan klu-klu dalam setiap filemnya. Beliau juga setiap peminat filem-filem klasik Perancis dan banyak mengadunkan ciri-ciri noir klasik Perancis karyanya. Dain Said harus dipuji kerana pengarah yang berani mencuba.

2. Gabungan Pelakon Mantap
Pemilihan memang dari nama-nama besar Malaysia dan Indonesia. Dibintangi Shaheizy Sam sebagai Detektif Man, Iedil Putra sebagai Adam, Prisia Nasution sebagai Eva, Nicholas Saputra bukan tapi sebagai Belian, Nadiya Nisa sebagai Sani. Para pelakon memberikan penghayatan yang baik. Iedil Putra sebagai Adam yang berasal dari Sabah. Agak lucu pada asalnya mendengar dia bertutur loghat Sabah. Tapi percubaan yang baik kerana bunyinya memang ada pekat Sabahan. Detektif Man pula seorang yang determine tapi agak sombong. Watak misteri Belian, Eva dan Sani memerlukan anda ke panggung terdekat sekarang.

3. Sinematografi
Ini memang sangat cantik. Angle camera yang begitu cantik dan bijak untuk menangkap perhatian penonton. Ianya memang sangat berkualiti. Sangat jarang kita mampu melihat keindahan sinematografi dalam filem Melayu. Penonton yang pernah menonton filem seperti Memories of Murder, Nameless Gangster moodnya seperti filem tersebut. Selain Interchange, sinematografi yang menarik anda boleh menonton filem Nota  lakonan Hans Isaac dan maya Karin. Power bahhh.

4. Rumit dan Kompleks
Plot filem ini dikategorikan sebagai berat. Ianya memerlukan fokus anda semasa menonton. Pengarah ingin anda berfikir salingkaitan plotnya dari awal hingga akhir. Boleh jadi anda tidak faham keseluruhan cerita kerana fokus anda amat penting. Tapi bagi mereka yang tidak pernah menonton filem jenis macam ni memang akan blur sikit. Ianya bukanlah filem yang predictable. You should watch to know.

5. Solekan / Make-up
Dari segi make up dalam filem ini tidak semberono dan dilihat kemas. Nampaknya dalam filem Melayu kini anda boleh melihat badan ditoreh  dan dikoyak dengan hasil yang nampak real. Bukan seperti bedak ditempek dan darah dicalit-calit dimuka tanpa ada luka. Hasil solekan filem Interchange is the level. Real and interesting. Tidak lupa juga bantuan CGI yang menarik. Bolehlah lawan Syafiq Yusof.

Pergilah serbu panggung. It will cost you RM9.00 per ticket. Bukan selalu boleh tengok filem Melayu ada mayat ditoreh badan, mata pula dikorek, darah dihisap sampai kering.

7.5/10

Sumber Gambar

Seterusnya Desolasi arahan Syafiq Yusof.

0 komenteraksi:

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!