Syarat-syarat Sebelum Melakukan Sumpah dalam Islam

Sumpah? Apakah kedudukan sumpah dalam Islam & adakah sumpah pernah menjadi isu besar dalam sejarah Islam?

Mengikut sejarah Islam, sumpah secara umumnya adalah perkara biasa. Sumpah boleh berlaku pada bila-bila masa, sama ada dalam mahkamah kalau kes dibawa ke mahkamah atau jika diminta bersumpah ataupun dibuat di luar mahkamah sesama orang Islam. Sumpah dibuat bertujuan mendapat kepastian yang lebih tinggi tentang kebenaran sesuatu dakwaan. Jika seseorang itu mendakwa sesuatu yang kita tidak pasti, kita boleh memintanya bersumpah. Jika orang tidak meminta kita bersumpah sekali pun, jika kita rasa maklumat yang kita beri tidak dapat diterima dengan baik, kita boleh bersumpah. Ini sumpahan biasa. Sumpahan adalah sesuatu yang dibuat secara bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan, menguatkan dan menyokong kenyataan-kenyataan kita supaya kebenaran dapat diterima oleh pihak kedua.

Sumpah laknat? Apa itu sumpah laknat?

Sumpah yang semacam itu dikenali sebagai mubahalah iaitu bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu.

Excuse Me

Suatu hari, seperti biasa selepas lunch aku akan ke surau awam untuk solat zohor. Waktu itu, sudah ada seorang wanita bertubuh agak gempal sedang solat. Nampak gaya macam sudah rakaat yang kedua sebab kelihatan macam sedang duduk tahiyyat awal.

Sedang aku mengarah ke paip untuk mengambil wudhu, wanita gempal itu mengeluarkan bunyi:
Urrgh... "Excuse me" katanya sambil berdiri untuk rakaat ketiga.

Dengan terpinga-pinga, aku meneruskan langkahku mengambil wudhu. Dalam perjalanan kembali ke office, fikiranku berputar-putar. Dia makan terlampau banyakkah? Kenapa tidak ucap "alhamdulillah" tanda syukur atas nikmat atau ucap "astaghfirullohal'azim" sebab makan sampai kenyang sangat?

*Kredit kepada teman baikku Siti Maryam Suhiman

Nota: urrgh itu bunyi sendawa atau dalam bahasa bajau dipanggil ngegak.

Ternyata Tubuh itu Tidak Murah

Assalamu'alaikum dan salam mesra..!

Ramai manusia zaman ini, sama ada jantina lelaki atau wanita ingin seluruh tubuhnya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki diselaputi dengan material yang serba mahal, serba mewah.

Baju Nike, seluar Levi's, beg Guess, selendang dari butik. Harga beratus ringgit, kadang sampai beribu. Adakah sebatang tubuh yang diselaputi material yang serba mahal serba mewah itu, harga jasadnya juga turut menjadi mahal?

Baju rombengan, seluar bundle, segala-gala murah dan tak berjenama. Adakah itu melambangkan murahnya juga harga jasad dan tubuhnya? Mungkin ia sebaliknya bukan? Sama-sama kita renungkan.  Pada saya, tidak kisah mahal atau murah di luar, tapi di dalam MESTI mahal!


Nota: jasad itu aku maksudkan dengan akhlak, tingkah laku, tata tertib.

Aku Berlakon! #1

Arahan : 
Ahmadin & Laila 

Krew : 
Muzaffar 

Lokasi : 
Teluk Likas 

Info Ringan: 

Sebenarnya ini merupakan tugasan kumpulan yang perlu disiapkan oleh saudara Madi (Si Pengarah) serta kekasihnya Laila (merangkap pembantu pengarah). Pada suatu hari, beliau telah mempelawa aku untuk menjadi pelakon dalam Videonya a.k.a model lah. Aku yang lincah menekan-nekan joystickku dengan selamba aku menjawab,

"Boleh bah tu bus, steady sak kau". 


Gangster On Duty!

Kisah benar ini telah ditokok tambah menjadikan genre cerita ini ialah kisah separa benar.

............................................

Aku menerima arahan untuk menghantar barang ke sebuah kawasan yang telah ditetapkan. Barang tersebut adalah suatu yang sangat mustahak. Tugasanku kali ni bukan calang-calang kerana prioriti barang ini sangat tinggi. Melalui arahan yang aku terima, barang tersebut mesti sampai tepat pada masanya dan dalam keadaan selamat. Memang inilah perit getir hidup seorang gangster sangkut seperti aku.

Aku pun berfikir sejenak untuk menenangkan fikiran. Sambil kepalaku berfikir habuan yang akan aku terima selepas selesai melaksanakan tugasan berat ini. "Tenang Pen. Kamu kan Pendekar." Bisik diriku.

Setelah mengambilkira dan menghitung segala kemungkinan, aku gagahi diriku untuk menghantar barang tersebut ke destinasi beronak duri itu. Aku melangkah ke tempat tersebut dengan berpakaian santai. Tapi jangan silap, disebalik kesantaian aku terdapat senjata yang aku sembunyikan sebagai pelindung aku kalau ada sesuatu yang terjadi.

Matlamatku sudah hampir tercapai. Destinasi tersebut semakin hampir. Misi aku akan berjaya. Habuan bernilai sudah bermain di mindaku.

Tinggal hampir 5 langkah untuk aku serahkan barang tersebut kepada pemiliknya, aku telah diserang secara ganas dan tidak berperikemanusiaan. Aku telah diherdik raung diikuti gertakan demi gertakan sehingga aku hampir tumpas.

Aduhai Ayahanda

Ayahanda, 
janggutmu kumismu rambutmu 
dulu hitam kini kelihatan putih

Ayahanda, 
lenganmu jemarimu otot-ototmu 
dulu tegang kini kelihatan kendur

Ayahanda, 
penglihatanmu pendengaranmu 
dulu jelas dan kini tidak lagi

Ayahanda, 
baru sekejap aku tinggalkanmu 
baru sebentar kita tak bertemu 
begitu cepat pula perubahan berlaku padamu 
aduhai ayahanda... 

Nota: rindu zaman mudanya

Susah Senang

Apa yang dicari,
ialah kesenangan.
Tapi apa yang aku pasti
bukan senang untuk senang...

Apa yang dielak,
ialah kesusahan.
Tapi apa yang aku pasti
bukan susah untuk susah...

Habis tu!
Kalau itu pasti
Kenapa masih leka, lalai
Bukankah harusnya untuk kita terjemahkan
susah menjadi senang,
dan senang menjadi super senang.


p/s: Usaha tangga kejayaan.

Siapa Superheromu?

9 dan 10 April 2011, Sabtu dan Ahad. Di antara detik indah dalam hidupku sepanjang bulan ini. Berlangsungnya walimatulurus pakcikku, Kassim dengan gadis pilihan hatinya, Safnah. Saat ini jugalah aku berpeluang bertemu sanak saudara yang lain termasuklah anak-anak comel milik diorang. SubhanAllah nikmatnya waktu itu...

Kenapa perlu aku cerita? Sebenarnya aku pernah terfikir, sebelum aku menghembuskan nafasku yang terakhir, besar keinginanku untuk membuka sebuah nurseri kanak-kanak. Kalau boleh sebesar-besar dan seluas-luasnya. 

Angah, Azyan, Acat, Wani, Kaikai

Tapi, melihat karenah empat orang anak comel ini, buat aku berfikir dua kali pula. Geramnya bila ada antara anak-anak comel ni yang tak dengar kata. Mahu saja aku cubit-cubit bibir yang tumpis itu, mahu saja aku tinggikan suara. Tapi tak sampai hati pula. Kecomelan paras rupa, telatah dan gelagat nakal diorang mengatasi segala perasaan geramku.

C.I.N.T.A

Cinta?
Mudah dikata mudah diluah
dengan lidah dengan perkataan
malah dengan perbuatan
jika tak faham, jika tak hormat
ia jadi keji, ia jadi mungkar

Cinta?
Kadang tak perlu dikata tak perlu diluah
dengan perkataan mahupun perbuatan
tapi ia dapat dirasakan
dari seorang insan ke insan yang lain
dibawa oleh kuasa gelombang.
 
Nota. Cinta itu rahmat, cinta itu nikmat. Tapi... Jangan sampai lupa Pemberi nikmat, Pemberi rahmat.

K.B.B.

Kami serumpun,
kami sebangsa,
kami seagama.

Mereka berjenaka,
aku tertawa.

Aku senyum,
mereka kaku.

Aku tersilap,
mereka pok silap*.

Tapi aku tidak risau,
kerana K.B.B.

Perlahan! Ada Polis

Sign board yang sedikit pelik. Apa kata aplikasikan di Malaysia. Huahaha. 


Pemilik Cintaku

Aku masih bisa hidup tanpa cintanya
Aku masih bisa hidup  tanpa cinta dia
Tapi, aku tak bisa hidup tanpa cinta Dia.

Nota: semoga dia yang ku cintai melabuhkan cinta kepada Dia melebihi cintanya kepadaku