Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

BOTM Oktober 2011


Assalamu'alaikum dan Salam mesra,

Kini BOTM telah kembali. BOTM adalah ruang peraduan para Wasaber untuk bersaing secara sihat untuk mencari blogger yang ulung pada setiap bulan. Bukan sahaja persaingan sihat malah memberikan semangat kepada para blogger khasnya Wasaber untuk tidak henti-henti ber-blogging dan mencurahkan idea ke dalam blog masing-masing. Apa tunggu lagi. Kita teruskan ke tema BOTM kita pada kali ni.

TEMA: Nama Pura
 

Iya, itulah tema BOTM kita kali ni. Tema ini agak Retro dan personal. Nama pura ni a.k.a nama panggilan a.k.a nama timang-timangan. Mudah saja. 

Merupakan perutusan dari WSB, dan seperti yang aku kata aku akan menghantar penyertaan pada hari terakhir iaitu hari inilah. Ayuh layan~

Berbalik kepada tema, nama pura. Aku rasa kalian sudah tau nama puraku kan.


Aku mula mendapat nama ni sejak umurku 15 atau 16 tahun seingatku, semenjak aku berpindah ke perkampungan yang aku duduki kini, Kota Belud kerana mengikuti keluarga dan nama itu melekat sampailah kini usiaku menjangkau 23 tahun. 

Sejak aku kecil sehingga sebelum aku berpindah ke Kota Belud, teman-teman sekolah atau teman sepermainan sering memanggilku dengan nama penuhku iaitu "Zurina". Aku tiada masalah juga dengan nama ni, tapi macam ayu sangat pula kan, terasa macam gadis melayu terakhir pula bila memakai nama ini. Jadi apabila aku mula berada di sekolah baru, aku berkeputusan untuk mencipta satu identiti baru dengan memilih nama "Zu" sebagai nama panggilan yang baru.  Heh! Nampak macho kan. Tapi entah lama-kelamaan nama "Zu" tu berubah kepada "Jue". Sampailah aku melanjutkan pelajaran ke tempat lain. Nama "Zu" itu masih aku gunakan, tapi tetap ada juga yang memanggilku dengan panggilan "Jue". Haihh, tidak mengapalah. Yang penting aku tetap rasa macho. Cuma ada beberapa orang teman memanggilku dengan nama "Zur". Minta maaf ya, tolong jangan panggil aku begitu lagi, aku tidak berkenan. {Sekadar pesan-pesan: Janganlah buat perkara yang orang tidak suka kalau kamu tidak mahu orang lain buat perkara yang sama padamu}.

Sengaja aku tidak kongsi nama timanganku semasa kecil atau semasa di rumah. Tiada masalah juga kalau aku tidak bagitahu kan, biarlah orang-orang tertentu saja yang tahu. Jangan marah...

Sebelum aku mengundur diri, bagi memenuhi syarat peraduan, di sini aku kongsikan gambarku ketika usia muda dulu. Alahai tiada gambar sorang- sorang. Gambar dengan geng karas saja ada. Aku, yang kurang berambut tu dan di sebelahku memakai kaca mata hitam pula abangku. Gambar ini diambil semasa umurku kira-kira 1 tahun lebih dan abangku yang berumur 2 tahun lebih. Asi juga bah ni kan?

Alahai rindunya...




Nota: Heh! Harap-harap aku menang. Ikut peraduan ni kena optimis. Apa barang ikut peraduan kalau tiada rasa mahu menang? Buang masa dan tenaga der... Keh keh keh.

7 komenteraksi:

Mohamad Saiful said... [Balas Komen]

sungguh puitis..hahaha..gambar ko tuh tym ko joget ka tu??hahaha..pure talent owh,, :D s7

H Y D E said... [Balas Komen]

oh comelnyaaaa mereka!!!

p[A]n[A]d[0]L© said... [Balas Komen]

gudluck zurina.. :)

*mmg mcm ayu pla nama nie kalo d sebut dan d tulis..hahaah

Alfian J. said... [Balas Komen]

Kalau akulah, ni lah penyertaan BOTM yang menarik! Dari segi penggunaan bahasa, gaya penulisan. semua masuk. Tahniah! Tapi anda tidak menang kerana anda penganjur.
s3

Zurina J. said... [Balas Komen]

@H Y D E, baru hang tau... kah kah kah!

Zurina J. said... [Balas Komen]

@p[A]n[A]d[0]L©, terima kasih atas doanya... Ya, aku terpaksa terima juga kenyataan bahawasanya aku memang ayu.

s2

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Alfian J., yeah!! Menang juga walaupun tidak diiktiraf... haha.

Buat yang menyertai, sikap optimis tu kena ada ya. Terlalu rendah diri kadang bisa memakan diri. Yang dituntut ialah rendah hati. Rendah diri & rendah hati itu beda...

s2

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!