Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Siapa Superheromu?


9 dan 10 April 2011, Sabtu dan Ahad. Di antara detik indah dalam hidupku sepanjang bulan ini. Berlangsungnya walimatulurus pakcikku, Kassim dengan gadis pilihan hatinya, Safnah. Saat ini jugalah aku berpeluang bertemu sanak saudara yang lain termasuklah anak-anak comel milik diorang. SubhanAllah nikmatnya waktu itu...

Kenapa perlu aku cerita? Sebenarnya aku pernah terfikir, sebelum aku menghembuskan nafasku yang terakhir, besar keinginanku untuk membuka sebuah nurseri kanak-kanak. Kalau boleh sebesar-besar dan seluas-luasnya. 

Angah, Azyan, Acat, Wani, Kaikai

Tapi, melihat karenah empat orang anak comel ini, buat aku berfikir dua kali pula. Geramnya bila ada antara anak-anak comel ni yang tak dengar kata. Mahu saja aku cubit-cubit bibir yang tumpis itu, mahu saja aku tinggikan suara. Tapi tak sampai hati pula. Kecomelan paras rupa, telatah dan gelagat nakal diorang mengatasi segala perasaan geramku.

Paling menggelikan hatiku bila melihat telatah dua budak comel Acat dan Kaikai. Bergaduh, bertumbuk, main lawan-lawan. Seorang ala-ala Power Rangers, seorang pula ala-ala Ultraman. Punyalaa...

Antara banyak-banyak gambar, ini sajalah gambar yang aku kira terbaik. Beribu kali snap pun, memang inilah yang terbaik aku rasa. Sedang sibuk aku usai duduk si A, si B pula melompat ke lantai. Bila sudah aku tangkap B, si C  merayap-rayap macam baru tahu deria rasa. Si D pula asyik menagih-nagih gula-gula yang aku janjikan kalau duduk diam tunggu flash kamera Nokia N95 milik adik lelakiku marak. Aish!

Ingat... Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan ada yang terasa ya. Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri untuk mendidik zuriatnyakan. Cuma sayang tidak bermaksud menuruti segala yang dikehendaki si anak walaupun pada hakikatnya ia memang salah. Sayang juga bukan bermaksud menghukum si anak dengan zalimnya tanpa belas kasihan. 

Nota: Aku harap anak-anakku nanti janganlah meniru mana-mana superhero. Cukuplah Muhammad saw menjadi role model terbaik buatnya.

23 komenteraksi:

Wan Hafisah Collection's said... [Balas Komen]

saya tertanya2 ,anda sbnrnya lelaki kan?

*tetiba! keluar tajuk ok. kehkeh

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Wan Hafisah Collection's
sy perempuan...ehehe.
cuba "klik untuk cubuk" utk tgk pengarang blog dekat bwh...ada seorg penulis perempuan..ihihi.

s2

Wan Hafisah Collection's said... [Balas Komen]

oooooohhhhhhhhhhhhh ye kah?

cara penulisan spt LELAKI!

HAHAHHAHA..
TAPI CONFIRM ABANG KAMU LELAKI!!

Alfian J. said... [Balas Komen]

@Wan Hafisah Collection's
Ahahaha..aku ba abg dia tu. Selamat berkenalan..
s1

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Wan Hafisah Collection's
erk? mcm tulisan lelaki? s8
ehe, iya abg sy lelaki...s3

WeedBoys said... [Balas Komen]

xbaek dera kanak2 taw.....
hehehe...

aimaniman said... [Balas Komen]

penggunaan istilah bombastik.. akak suka lae.. adik ni pengkaji atau pengamal bahasa ke.. menarik utk dibaca ada istilah yg jarang diguna..
insyaallah moga nmuhammad saw sbg role model semua
jom join contest nieh
http://ezaiza.blogspot.com/2011/04/contest-hoi-aku-wakil-sekolah.html

Rahimah Ramlan said... [Balas Komen]

tak pernah ada hero.

kalo nak hero sgt, sy nak DORAEMON. sebab byk benda leh pakai dlm poket dia tu. especiall magic door dia. senang. leh sy balik kg anytime i want :_

Zurina J. said... [Balas Komen]

@WeedBoys
Alamak! manada dera...ehehe s1

Zurina J. said... [Balas Komen]

@aimaniman
Astaghfirullohal'azim...itu pujian ke? terima kasih ya... s1

iya² semoga insan mulia Muhammad saw mjd role model kita semua ya..

ok² insyaAllah sy cuba join nnti ya...s1

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Rahimah Ramlan
Alamak! sy pelihara doraemon...kalo mau, sy blh kasi sewa dia sama kamu..ehehe.

s3

tity said... [Balas Komen]

kadang2 tgk gelagat budak ni menghiburkan, kadang tu buat hilang sabar juga..

Nrul Hearty said... [Balas Komen]

dang...
ko mau buka nursery kanak2 ka??
mcm mau kena tiru ta bis pla ku...hehehehhe

Zurina J. said... [Balas Komen]

@tity

iya betul...s1

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Nrul Hearty
Alamak! ini future gold yg aku tulis dlm buku yg En. Johan kasi hadiah sama aku dang..ehehe.

Ni bukan bisnes, ini kasi senang atiku sak...s1

toyolkiut said... [Balas Komen]

budak2 cmtu la..
aktif sungguh..
makin d larang mkin d buatnya..

Zurina J. said... [Balas Komen]

@toyolkiut
That's whylah adanya istilah ikatan kekeluargaan, ibu, bapa, penjaga... Untuk membimbing, mendidik & mengajar anak² kecil ini...

Bukan sekadar melepaskan & membiarkan arus membawa mereka..seterusnya hanyut... Sama² kita ya...

s2

BUNGA said... [Balas Komen]

salam ziarah..
membesarkan anak zaman skrang ni sgt mencabarkan.. bnyk sgt 'hero' yg keluar dlm tv skrg ni.
semoga kita diberi kekuatan untuk mendidik dan memberi yg terbaik buat anak2 agar menjadi anak yg soleh dan solehah.. InsyaAllah.. :)

Zurina J. said... [Balas Komen]

@BUNGA

Betul tu...besar keinginan sy utk 'menghapuskan' hero² tu. Tp, nnti mesti ramai yg attack sy..silap² sy pula yg mati..ehehe.

Iya bunga...semoga dipermudahkan insyaAllah...

s2

Ava WSB said... [Balas Komen]

Rasulullah, idola kita dan superhero kita semua. :)

~NieZa~ said... [Balas Komen]

jue baru empat sdh bkin bnggung kn..sy dlm kelas handle 29org mcm mau gila sdh. tp sbar sja la..xperlu ambl hati sngt apa dorng ckp & buat yg mnyakitkn..sabor je la ^_^

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Ava WSB
iya insyaAllah...s2

Zurina J. said... [Balas Komen]

@~NieZa~
Alamak! betul owh nij...
germa aku owh..tp cumil owh durang...ihihi.

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!