Loading...
.

Cilik Bukan Immortal

Kecil menja semua suka
macampatung ada, macam jujube ada,
macam marshmallow pun ada.

Masa inilah corakkan si cilik
ini menjadi dewasa yang berguna.

Pembimbing pun lukislah si cilik yang suci ini dengan betul
jangan gelojoh sampai hasilnya bencong

Mahu sempurna saja tapi selekeh semberono

Jadikan si cilik si celik yang cerdik.

16.04.2016
10.45 pagi
Kg. Kesuapan, Pulau Gaya.


Indah Bumi Tuhan

Tuhan kurniakan manusia
hamparan bumi suci sempurna
tapi manusia semakin haloba

Hutan, tanah, laut diteroka
tamak ini menjadi raja
kononnya wang ringgit segalanya
sampai sanggup perkosa kurnian-Nya

Semua diragut, diragut
yang tinggal hanya sisa
generasi depan hanya merasa sisa-sisa
tinggalan kita

Tidakkah kamu kasihan
mereka juga mahu hidup
sejahtera macam kita

Wahai manusia, berubahlah...
bertamadun cuma atas nama teknologi
tapi kemanusiaan
mundur ke belakang, ke belakang

Kita sepatutnya semakin lama duduki bumi,
semakin tahu menjaganya

Tapi sayang,
kita musnahkan semua
sehingga bumi hampir telanjang

Panjangkan pesan ini,
kepada orang-orang bumi.

14.04.16
10.43 pagi
Kg. Kesuapan, Pulau Gaya.

Menu Malam

Perut mula terasa lapar. Dari petang tadi lagi sebenarnya perut ni diduga. Aku tahankan saja. Kawan pun aku tengok gelisah semacam.

"Jadi apa kita makan malam ni ging?", soal kawanku.

"Di dapur tu yang ada, nasi putih dan maggie jak. Cekik itu jak lah" , jawabku mudah.

"Alamak, nda sihat ging.", balas kawanku.

Dengan selamba gua balas, "Tidak apa, dalam ketidaksihatan itu masih ada yang sihat."

"Apa?"

"Nasi."

Sindrom AM Serang Malaysia

Pada tahun 2015 ini, satu sindrom aneh telah membelenggu rakyat Malaysia. Sindrom ini amat-amat mengjengkelkan dan membuatkan orang lain mudah marah dan mencarut. Sindrom ini diberikan gelaran singkat sebagai Sindrom AM.


Kerana Seorang Najib

Sejak dua menjak ni, rasa simpati dengan mereka yang bernama Najib. Yalah, kerana seorang Najib, semua Najib lain terpalit. Sedangkan nama sipi-sipi macam Ajib pun terbabit, inikan pula yang bulat-bulat bunyinya Najib.

Tetapi kini rasa tu semakin surut lepas dengar cerita si Najib yang amanah. Najib penyimpan handphone.