Cerita di Kedai Mamak

Aku pun masuk ke restoran mamak dan terus duduk di meja dimana kawan-kawanku sedang makan. Datang pelayan dengan wajah yang kurang ceria. Terlintas di pikiran mahu buat dia gembira dan tersenyum.

Aku pun pesan makanan. "Kalau boleh aku mau macam yang dalam tu". Mataku melirik ke majalah makanan barat di rak buku sambil menaik-naikkan kening. Dia setia berdiri menunggu pesanan aku.
"Aku mau makan yang macam tu lahhh". Sambil menunjuk mee goreng ayam yang dimakan oleh kawan aku. 

"Okay, minum?". balasnya sedikit tegas.

"Minum pula yang macam saaaaana tu". Sambil aku menuding jari telunjuk ke minuman pelanggan meja sebelah iaitu kicai ais.

"Ada lagi?", dia bertanya. "Kalau ikutkan napsu, mau tuuuu naa yang bro tu makan. Tapi ikutkan isi dompet, mendukacitakan. Jadi, itu sejalah."

Dimuncungkan mulutku ke arah TV sambil tangannya memegang pen dan kertas dan berkata, "Jangan sampai aku jadi macam dalam tuuuuu dalam TV tu". Dia pun berlalu ke dapur menyiapkan pesanan dan terukir sedikit senyuman di bibirnya.

TV sedang menyiarkan rancangan gusti, WWE Wrestlemania.

Fuhh!

Fahri Buat Lagi

Fahri hilang selera makan. Mukanya juga ketat semacam. Dia tidak seceria selalu. Wajahnya seperti ditimpa masalah. Seperti kebiasaan suasana sekeliling akan dipenuhi dengan hilai tawa Fahri.

Namun pada hari itu, Fahri berubah menjadi pendiam dan murung.

Aku pula coba memberikan kata perangsang menaikkan semangatnya. "Fahri, kuatkan semangat. Jangan mudah mengalah. Cekalkan diri", antara kata pencetus semangat yang aku lontarkan tanpa putus.

Fahri terberak. Lebih tepat lagi, tercirit dalam seluar.

Pisang Emas Dibawa Berlayar

Betullah si payang ni. Baru dipuji sikit, terus naik kepala. Habis diredanya alunan besar ombak sehingga memercik air laut ke sut warna warni aku. Hilang macho terpaksa kelam kabut berselindung atas reaksi refleks.

Naiklah ke darat, singgah ke gerai menjual pisang. Semua orang tahu khasiat pisang kan. Jadi kawan aku pun bertanya pada peniaga, "pisang emas ada kah?"

Tak semena-mena aku menyampuk. "Eh! Pisang emas bukan dibawa belayar kah?", soalku kehairanan.

Kami saling berpandangan.

Kahkahkah!

Saiful Si Singlet Hitam

Sampai saja ke muka pintu, dia menjeling-jeling ke dalam kamar yang lengang. Lengang dengan jiwa-jiwa yang digenggam kecut oleh ugutan. Dia pun masuk, habis ditendang-tendangnya kerusi dan meja dalam bilik tersebut. Mulutnya memaki, "Sial! Sakit juga. Bodoh punya kerusi, bodoh punya meja.".

"Kau tu yang bodoh. Kau tendang tu benda keras. Ingatkan muka saja yang hodoh, malah bodoh." bisikku dalam hati. Aku memandang saja gelagat celaka dia dari celah jendela sambil tersenyum sinis.

"Hoi! Sini kau." Dia panggil seorang budak di hujung bilik tersebut yang terkedu diam.

Pang!


Haram Jadah

Fesyen lapuk
bicaramu tak beradab
gayamu jengkel
mulutmu busuk
badanmu gemuk
langkahmu terkedek-kedek sumbang

Babi.

Fotogenik ke!?

Gambar ini digambar semasa sedang bergambar. Maka jadilah gambar bergambar yang digambar. Masa ni aku berusia 2 dekad 6 tahun. 



Buat Pecandu Cigarette

Tiada sebab untuk aku hisap tembakau atas pelbagai alasan. Bosan? Stress? Alasan selesa untuk lepaskan diri bersama tembakaunya dan melepaskan kepulan asap ke udara. Sudahlah bawa penyakit, merosakkan alam pula. Ada kawan pernah juga cakap, "Merokok mati, nda merokok pun mati."

Ada yang bagi alasan hisap rokok pasal boring. Pada aku, istilah ini hanya alasan selesa si pemalas. Banyak sangat benda bermanfaat boleh dilakukan untuk mengisi masa kamu yang kasihan tiada pengisian. Alihkan alasan ini kepada cara meningkatkan skil kemahiran. Kalau terasa boring, boleh menyapu, mengemas bilik, pungut sampah di halaman rumah, siram bunga, belajar menjahit, membaca, dan lagi baik mengaji Quran. Macam-macam boleh dibuat.

Seindah Biasa

Cerita sama nada,
bergurau sama ketawa,
bersama berlapar bersama dahaga.

Sehari masuk berhari-hari,
termasuklah berjalan dan berlari-lari,
seronok ibarat kecanduan tak terperi.

Prasangka membunuh rasa,
rasa indah seindahnya pun bisa sirna,
inikan pula rasa yang biasa-biasa.

Menentu takdir bukan kerja kita,
itu kerja yang Maha Esa,
kita memandu arah jalan kita,
menuju takdir redha dan selesa.

Cuaca Panas

Selepas Januari lalu, hujan tak turun-turun berbulan-bulan lamanya. Kulit abang-abang polis pun mula terbakar semasa bertugas di bawah terik matahari semasa menjaga kelancaran lalulintas.

Satu hari di bulan Mei, hujan pun turun membasahi bumi. Ada yang suka kerana memberi kebaikan pada tanaman, ada juga yang suka pasal bolehlah bergaya dengan sweater baru yang dibeli di kedai bundle yang sebelum ni hanya disimpan rapi di dalam rak baju.

Bagi abang-abang polis penjaga lalulintas, inilah masanya pekena kopi seround-dua. Macam hari-hari di bulan Januari.


Ketawa Terbahak

Hahahahahahahahahahahaha...

Ketawa besarnya mengisi segenap ruang bilik. Ketawanya terbahak-bahak. Mendengarnya sahaja membuatkan rasa mahu ketawa sama. Tapi juga membuatkan hati memberontak seperti mahu menumbuk kerongkongnya dengan penumbuk bulat padu ini.


Trailer Filem Selipar 2014

Disebabkan selipar, semuanya berubah. Apatah lagi selepas Fipper mengambil alih dominasi selipar 'Tat Sing'.

Saksikan trailer Selipar. Narator oleh seorang amatur.

Kuku Pendek

Seperti biasa, Tajudin, Niezwan, Haikal, Fahri dan tak disangka terselit juga si Sofian di kalangan nama-nama lejen ini. Inilah antara nama-nama yang akan terus berdiri selepas pemeriksaan kuku. Aku pun bagi peluang untuk mereka bersihkan kuku dan akan buat pemeriksaan semula pada hari esok.

.....


Bukan Katsaridaphobia

Fahri dalam keadaan bersahaja dan bergurau keluarkan mainan elastiknya berbentuk lipas dan dimajukan ke arahku. Aku tersenyum. Senyuman aku tinggikan sebelah kiri.

Mungkin menurutnya aku berreaksi terkejut menjerit macam orang lupa diri. Mungkin juga dia fikir aku ni katsaridaphobia.

Silap. Sedangkan ular pun aku takut 50-50, ini kan pula lipas.

Aku rampas mainan Fahri. Menangis dia mahukan mainan elastiknya.

Penat Lelah

Penat berkerja tidak semestinya membuat seseorang menjadi kurang ajar. Belajar bersabar dan istighfar. Ubat paling mujarab hilangkan marah.

Aku pernah ejek kawan di sekolah sampai kawan tu hempas dan tumbuk meja di kelas. Bukan alang-alang, sekuat hatinya. Paling aku kagum, lepas tu dia pergi ambil wudhu.

Aku panggil dia 'babi'.

Cekguku Tercinta

Tidakku sangka-sangka, sambutan hari guru di tahun pertamaku sebagai guru dirai meriah oleh anak-anak murid. Sayang juga diorang dengan guru yang baru masuk 5 bulan diorang ni. Tengok saja kepala surat dari anak murid 5 tahunku ni. Sunggoh manis dan berunsur bodekan.


Aku pun bertanya, "Hari ni ramai bawa hadiah ni sempena hari apa? Siapa yang tahu?"

Semua kaku diam membisu. Lalu seorang muridku bersuara memecah suasana sunyi, "Tidak tahu, cikgu. Mak yang suruh bawa."

"Oooowh!", aku mengiya panjang.

Ibubapa prihatin adalah ibubapa penyayang.

Tabika KEMAS Kesuapan : Selamat Hari Guru

Bismillah.

Alhamdulillah. Sudah masuk bulan ke-5 aku jadi tenaga pendidik di Taman Bimbingan Kanak-kanak. Bertugas di Pulau bukan suatu yang mudah dan tidak juga sesukar mana. Aku sahut dan jadikan tugasan ini sebagai ladang pahala terbaik sebagai bekalan amal yang akan dikira. Semoga ilmu yang dicurahkan memberi manfaat kepada semua anak didik aku. Jadilah insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Aamin.