Kuku Pendek


Seperti biasa, Tajudin, Niezwan, Haikal, Fahri dan tak disangka terselit juga si Sofian di kalangan nama-nama lejen ini. Inilah antara nama-nama yang akan terus berdiri selepas pemeriksaan kuku. Aku pun bagi peluang untuk mereka bersihkan kuku dan akan buat pemeriksaan semula pada hari esok.

.....


Belum sempat aku bertanya dan periksa kuku, Sofian datang ke arahku beriya-iya.

"Cikgu, kuku saya pendek cikgu", kata sambil tersenyum bangga.

Fahri melirik sahaja dari tepi.

Sofian penuh yakin mengangkat jari hantunya ditunjukkan padaku.

"Hantu punya budak!", bentakku dalam hati. Aku senyum menahan marah.

0 komenteraksi:

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!