Cuaca Panas


Selepas Januari lalu, hujan tak turun-turun berbulan-bulan lamanya. Kulit abang-abang polis pun mula terbakar semasa bertugas di bawah terik matahari semasa menjaga kelancaran lalulintas.

Satu hari di bulan Mei, hujan pun turun membasahi bumi. Ada yang suka kerana memberi kebaikan pada tanaman, ada juga yang suka pasal bolehlah bergaya dengan sweater baru yang dibeli di kedai bundle yang sebelum ni hanya disimpan rapi di dalam rak baju.

Bagi abang-abang polis penjaga lalulintas, inilah masanya pekena kopi seround-dua. Macam hari-hari di bulan Januari.


"Kerja panas terik tu, habis terbakar kulit gebu aku. Paling ketara di belakang aku, atas punggung", sambil meraba-raba belakangnya.

"Memang panas beberapa bulan ni. Cuba tengok belakang kau tu", saran seorang daripada mereka.

Diselak bajunya ke atas dan menampakkan kesan tompokan.

"Nah, kau tengok ni, sampai berbekas."

"Ini bukan terbakar, ini kurap", jerit kawan tadi.

Mereka pun ketawa terbahak-bahak mendatangkan hairan seluruh pengunjung restoran.



0 komenteraksi:

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!