Showing posts with label Opera Nyata. Show all posts
Showing posts with label Opera Nyata. Show all posts

Jom Memandu Sebagai Pemandu Uber

Bismillah. Assamualaikum.

Sebelum ni hanya dengar dari kawan-kawan, facebook saja pasal Uber dan Grab Car. Tidak ambil pusing pasal benda ni. Bila kawan bermain futsal pun jadi pemandu Uber, banyak benda yang aku tanyakan pasal rasa ingin tahu semakin tinggi. Pendapatan lumayan, boleh tambah side income, dapat uji daya komunikasi, mampu meningkatkan kemahiran bersosial dengan masyarakat, menguji kemampuan berbahasa Inggeris dengan pelancong asing dan macam-macam lagi. Aku pernah juga sekali naik Uber pasal kawan tak dapat hantar balik ke rumah, dia request-kan aku Uber. Bertubi-tubi juga soalan aku tanya pada pemandu tu. Aku pun tertarik untuk mohon dan akhirnya aku pun memohon secara online.

Ketidakbijaksanaan Mereka, Hiburan Kita

Semasa dalam perjalanan pulang dari kampung menuju ke bandar, jalanraya sesak daripada biasa. Ramai orang baru pulang dari bercuti barang kali. Sudah menjadi perkara biasa, kami suami isteri berborak sepanjang perjalanan to kill the time.

Pada waktu itu, ada ambulan dari arah belakang degan bunyi sirennya yang kita tahu siren itu adalah petanda ia mahu meminta ruang untuk diberikan jalan tanda kecemasan. Aku pun dengan berhemah ke tepi bertujuan memberikan ruang kepada ambulan tersebut.

Sekali kereta dari belakang potong aku pula daa. Kami pun hairan, law afa dia belajar?

Bini kata kasi honk sikit, sebagai protes. Bini aku menyirap lah tu dengan perangai sesetengah pemandu kita ni yang selalu terburu-buru. Afa dia fikir kita ni memang saja-saja mahu lama-lama atas jalanraya mahu keringkan petrol. hahaha

5 Sebab Anda Perlu Menonton Filem Interchange

Bismillah.

Filem Interchange merupakan filem terbaru sutradara Dain Said selepas Bunohan. Dain Said dikenali sebagai pengarah yang gemar membawa kelainan dalam cara pengarahannya. Gayanya benar-benar terpesong dari tipikal filem Melayu. Karya seperti ini harus diangkat dan dijadikan naskah pengukur standard filem-filem Melayu. Berikut antara sebab kenapa anda perlu menonton filem ini di pawagam.


Indah Bumi Tuhan

Tuhan kurniakan manusia
hamparan bumi suci sempurna
tapi manusia semakin haloba

Hutan, tanah, laut diteroka
tamak ini menjadi raja
kononnya wang ringgit segalanya
sampai sanggup perkosa kurnian-Nya

Semua diragut, diragut
yang tinggal hanya sisa
generasi depan hanya merasa sisa-sisa
tinggalan kita

Tidakkah kamu kasihan
mereka juga mahu hidup
sejahtera macam kita

Wahai manusia, berubahlah...
bertamadun cuma atas nama teknologi
tapi kemanusiaan
mundur ke belakang, ke belakang

Kita sepatutnya semakin lama duduki bumi,
semakin tahu menjaganya

Tapi sayang,
kita musnahkan semua
sehingga bumi hampir telanjang

Panjangkan pesan ini,
kepada orang-orang bumi.

14.04.16
10.43 pagi
Kg. Kesuapan, Pulau Gaya.

Menu Malam

Perut mula terasa lapar. Dari petang tadi lagi sebenarnya perut ni diduga. Aku tahankan saja. Kawan pun aku tengok gelisah semacam.

"Jadi apa kita makan malam ni ging?", soal kawanku.

"Di dapur tu yang ada, nasi putih dan maggie jak. Cekik itu jak lah" , jawabku mudah.

"Alamak, nda sihat ging.", balas kawanku.

Dengan selamba gua balas, "Tidak apa, dalam ketidaksihatan itu masih ada yang sihat."

"Apa?"

"Nasi."

Kerana Seorang Najib

Sejak dua menjak ni, rasa simpati dengan mereka yang bernama Najib. Yalah, kerana seorang Najib, semua Najib lain terpalit. Sedangkan nama sipi-sipi macam Ajib pun terbabit, inikan pula yang bulat-bulat bunyinya Najib.

Tetapi kini rasa tu semakin surut lepas dengar cerita si Najib yang amanah. Najib penyimpan handphone.

Tulis Nama Masing-masing

"Okay, jangan lupa tulis nama dibahagian atas ya. Warna cantik-cantik."

" Semua tahu tulis nama sendiri kan. Cikgu dah ajar semua. Ada juga cikgu lekat nama semua di dinding kelas."

Aku pandang Khairul. Khairul mengangguk tanpa memandang arah mataku. 


Cerita di Kedai Mamak

Aku pun masuk ke restoran mamak dan terus duduk di meja dimana kawan-kawanku sedang makan. Datang pelayan dengan wajah yang kurang ceria. Terlintas di pikiran mahu buat dia gembira dan tersenyum.

Aku pun pesan makanan. "Kalau boleh aku mau macam yang dalam tu". Mataku melirik ke majalah makanan barat di rak buku sambil menaik-naikkan kening. Dia setia berdiri menunggu pesanan aku.
"Aku mau makan yang macam tu lahhh". Sambil menunjuk mee goreng ayam yang dimakan oleh kawan aku. 

"Okay, minum?". balasnya sedikit tegas.

"Minum pula yang macam saaaaana tu". Sambil aku menuding jari telunjuk ke minuman pelanggan meja sebelah iaitu kicai ais.

"Ada lagi?", dia bertanya. "Kalau ikutkan napsu, mau tuuuu naa yang bro tu makan. Tapi ikutkan isi dompet, mendukacitakan. Jadi, itu sejalah."

Dimuncungkan mulutku ke arah TV sambil tangannya memegang pen dan kertas dan berkata, "Jangan sampai aku jadi macam dalam tuuuuu dalam TV tu". Dia pun berlalu ke dapur menyiapkan pesanan dan terukir sedikit senyuman di bibirnya.

TV sedang menyiarkan rancangan gusti, WWE Wrestlemania.

Fuhh!

Pisang Emas Dibawa Berlayar

Betullah si payang ni. Baru dipuji sikit, terus naik kepala. Habis diredanya alunan besar ombak sehingga memercik air laut ke sut warna warni aku. Hilang macho terpaksa kelam kabut berselindung atas reaksi refleks.

Naiklah ke darat, singgah ke gerai menjual pisang. Semua orang tahu khasiat pisang kan. Jadi kawan aku pun bertanya pada peniaga, "pisang emas ada kah?"

Tak semena-mena aku menyampuk. "Eh! Pisang emas bukan dibawa belayar kah?", soalku kehairanan.

Kami saling berpandangan.

Kahkahkah!

Fotogenik ke!?

Gambar ini digambar semasa sedang bergambar. Maka jadilah gambar bergambar yang digambar. Masa ni aku berusia 2 dekad 6 tahun. 



Bukan Katsaridaphobia

Fahri dalam keadaan bersahaja dan bergurau keluarkan mainan elastiknya berbentuk lipas dan dimajukan ke arahku. Aku tersenyum. Senyuman aku tinggikan sebelah kiri.

Mungkin menurutnya aku berreaksi terkejut menjerit macam orang lupa diri. Mungkin juga dia fikir aku ni katsaridaphobia.

Silap. Sedangkan ular pun aku takut 50-50, ini kan pula lipas.

Aku rampas mainan Fahri. Menangis dia mahukan mainan elastiknya.

Cekguku Tercinta

Tidakku sangka-sangka, sambutan hari guru di tahun pertamaku sebagai guru dirai meriah oleh anak-anak murid. Sayang juga diorang dengan guru yang baru masuk 5 bulan diorang ni. Tengok saja kepala surat dari anak murid 5 tahunku ni. Sunggoh manis dan berunsur bodekan.


Aku pun bertanya, "Hari ni ramai bawa hadiah ni sempena hari apa? Siapa yang tahu?"

Semua kaku diam membisu. Lalu seorang muridku bersuara memecah suasana sunyi, "Tidak tahu, cikgu. Mak yang suruh bawa."

"Oooowh!", aku mengiya panjang.

Ibubapa prihatin adalah ibubapa penyayang.

Tabika KEMAS Kesuapan : Selamat Hari Guru

Bismillah.

Alhamdulillah. Sudah masuk bulan ke-5 aku jadi tenaga pendidik di Taman Bimbingan Kanak-kanak. Bertugas di Pulau bukan suatu yang mudah dan tidak juga sesukar mana. Aku sahut dan jadikan tugasan ini sebagai ladang pahala terbaik sebagai bekalan amal yang akan dikira. Semoga ilmu yang dicurahkan memberi manfaat kepada semua anak didik aku. Jadilah insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Aamin.


R.I.N.D.U [Bahagian II]


Ramai orang kata merindui itu sakit 
dulu aku tak percaya 
bahkan selalu rasa rindu itu suatu nikmat 
nikmat yang tak ramai orang dapat 

Tapi sekarang 
nikmat itu sudah jadi makin hebat 
ibarat bebanan yang berat 
berat hingga tak terangkat 

Apa pun tafsiran tentang rindu itu dulu & sekarang 
yang pasti rindu itu juga datangnya dari Tuhan 
Rindu itu bukan untuk dibunuh, tapi untuk dipandu 
Bukankah begitu? 



Nota: "Ya Rabb, pandu aku untuk memandu rindu"

BUT...

I want to talk to someone, and I know it was you 
I want to talk about something, but I don't know how to 
I want to, but I can't... 
I want to, but... 


I... 


But...




Note: Thinking too much, till infinity!

Tahu

Masalah.. 
Orang tak akan tahu kalau tak bagitahu 

Begitu juga malu.. 
Orang tak akan tahu kita malu kalau tak bagitahu 

Hidup juga begitu, 
Hidup ini banyak rahsia antara kita & Tuhan saja tahu 
Tuhan sembunyi banyak rahsia kita supaya orang lain tak tahu 
{contoh: masalah, aib, malu, dsb} 
Tapi manusia dah makin pelik, atau pura-pura tak tahu?
Yang tak tahu, boleh tahu 
Sengaja tunjuk supaya orang lain tahu 
Minta diambil berat & diambil tahu 
Entah, aku pun tak tahu. 

Kadang aku pun mahu 
Tapi aku tahu DIA tahu 
Aku yakin DIA tahu 
Sesungguhnya DIA-lah Yang Maha Tahu


Nota: Bismillahirrohmanirrohim.. Ya ALLAH, dengan rahmat-MU daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah ENGKAU serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata. Aamiin ya ALLAH aamiin..!

Cerita Adik Aku

Aku ada seorang adik perempuan. Masih dalam sekolah rendah, darjah empat. Hari ini dia baru balik dari perkhemahan antara sekolah, dipanggil "Jamboree". 

Adik perempuanku agak aktif, berani, bijak & petah berkata-kata. Jadi aku selalu memilihnya  sebagai tempat meluah bila aku rasa perlu. Begitu juga dia. Kadang-kadang sampai tak terlayan, ada saja dia mahu kongsikan.  

Sebuah kisah menyayat hati yang dia ceritakan pada aku. Kawannya bernama A, B dan C. Asyik sibuk bercerita tentang gadget moden yang mereka punya, tapi adik aku tak punya, hatta menyentuh pun adik aku tak pernah. Si A dengan Samsung Galaxy SIInya, si B dengan tabletnya, si C dengan IPhone 4Snya. Entah apa perkara sebenar yang mereka bincangkan, tapi dari mimik muka adik aku, aku tahu dia kecewa & hampa dengan sikap kawan-kawannya yang seolah-olah menunjuk-nunjuk harta yang mereka ada, tapi adik aku tiada. 

Aku mendengar luahannya dengan penuh rasa sayu, kerana tidak mampu menghadiahkan adikku dengan hadiah sedemikian rupa. Dalam masa yang sama, aku juga sangat kecewa dengan sikap kawan-kawannya. 

Ibu bapa, abang kakak, sekalipun kaya-raya, tolong elakkan anak-anak hidup dalam keadaan terlalu mewah  & senang-lenang. Pun mampu memiliki barang-barang mewah, jangan biasakan anak-anak menunjuk-nunjuk harta. Aku selalu percaya "hidup tenang" di dunia itu ada, tetapi bukan "hidup senang". Kerana di dunia ini memang tempat untuk bersusah-susahan, di Syurga nanti barulah tempat untuk bersenang-senangan. 

     Aku hampa! 
     Pada siapa? 
     Pada mereka.  

     Ah! 
     Macamlah aku sempurna? 
     Ampunkan hamba..
     Kasihanilah hamba..


Nota: jangan pernah berhenti untuk bersyukur..! Alhamdulillah...

#Mau beli hasil kraf felt SUKA Collections [macam si adik tu], lanjutkan ke sini.

Perbualan

HATI: 
Tenang... 
Ke manakah kau menghilang? 
Merajukkah dikau padaku? 
Apa salahku padamu? 

TENANG: 
Tak ada salahmu padaku 
Aku cuma kecewa dengan sikapmu 
Asyik meminta & merayu pada Tuhan 
minta dibelas kasihan 
Bila dikabulkan, 
kau alpa & syukurmu sedikit cuma 
Memberi sedikit kau mula mengagung-agungkan 
Di mana tuntutan nilai keihklasan? 
Memohon ampun jarang sekali 
Itu namanya kufur nikmat!
Aku kecewa.. Tak malukah kau pada Tuhan? 

Happy Day

Today is Wednesday 
I always believe Wednesday is happy day 
And also believe everyday is happy day

Be strong, be positive, be humble 
Be positive, be humble, be strong
Be humble, be strong, be positive. 

Are you negative thinker person? 
If so, you are not allowed here. Thank you! 
 




 Note: Bismillahirrohmanirrohim....

Masa Depan

Kau bercakap tentang masa depan 
Yang kau sendiri pun tidak tahu 
Apa maksud masa depan itu 

Kau bercakap seolah-olah kau telah sampai ke masa depan 
Kau bercakap seolah-olah kau telah tiba ke Luh mahfuz, membaca kitab-kitab amalan 
Kau bercakap seolah-olah kaulah Tuhan. 

Kau nak jadi firaun? 


Nota: maksud sebenar masa depan itu ialah 'kuasa Allah', yakni USAHA+DOA+TAWAKKAL. Atas kuasa Allah, yang tak logik pun boleh jadi logik.