Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Filem Hikayat Merong Mahawangsa


HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA - Filem yang aku kira boleh membanggakan juga. Setelah melihat trailer yang agak gempak, aku sangat teruja untuk menonton filem ini. Ini merupakan filem taruhan Pengarah muda lagi kacak bergaya, siapa lagi kalau bukan Yusry Abd Halim. Filem ini berkonsepkan " Epic Drama " dimana sejarah Hikayat Merong Mahawangsa dijadikan taruhan. Salut sama kau Yusry!

Trailer 'HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA'

Sinopsis :

Merong Mahawangsa, seorang pahlawan dan nahkoda kapal didakwa kununnya dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian. Sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Tanah Melayu) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Dibintangi oleh :

Stephen Hughes Rahman, Gavin Stenhouse, Jing Liu, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali, Ummi Nazeera, Jehan Miskin dan ramai lagi.

 Filem ini akan ditayangkan pada  
10 MAC 2011


Tayangan ini berdurasi 1 jam 50 minit. Dikenali juga "The Malay Chronicles" untuk tayangan luar negara, kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abd. Halim beberapa negara luar berminat untuk membeli hak pengedaran filem yang menelan belanja sebanyak 8 juta ini, seperti United Kingdom, Perancis, Jerman, dan Negara Asia Barat.


p/s : bila sampai waktunya, akanku tonton filem ini di layar perak.

10 komenteraksi:

SriPanggung said... [Balas Komen]

perghhhhhhhhh gempaq! yusry makin power oo..wajib tengok ni!

Alfian Jamjin said... [Balas Komen]

Film wajib tonton tahun ni fatin..pakat² serbu panggung nt..keh²

tim said... [Balas Komen]

grr..smart dowh......

Alfian Jamjin said... [Balas Komen]

Ba,kita pakat² wasaber dkt area kk trun ramai² sukung ni wyg..amcm?

Zurina Jamjin said... [Balas Komen]

mau ikot jg...im a wasaber too..kih²

Aretikz said... [Balas Komen]

memang yg dinantikan.. trailer memg mntop.. haha..

Alfian J. said... [Balas Komen]

@Aretikz
iya tau daus..aku pun tertarik tul tgk trailer tu..mmg gempak abes kan..ahahaha

zaty luvlianncezzz said... [Balas Komen]

filem nie mst beshh punya laa

keyh..meh jengah cni:)
lelaki bibir merah lebey MEMIKAT??

Suzan Ok said... [Balas Komen]

wah!!! boleh tahan...macam ni la Malaysia! baru mantap di mata antarabangsa... mo tgk lah!

Alfian J. said... [Balas Komen]

@Suzan Ok
Best kan..mcm pro abes ni..ehehe..13hb ni kami tgk ramai2..
s1

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!