Kenapa Saya Sayang WSB?


Assalamu'alaikum dan salam mesra..!

Pagi isnin, 21.02.2011. Bangunku dari tidur dengan senyuman terukir di bibirku. Bangunku dengan penuh kebahagiaan dan penuh ucap syukur kepada Sang Pencipta. Mengurniakan aku perasaan sebegini indah. Ah! Aku dilamun cinta…!

Malam ahad, 11.31pm aku menerima surat cinta daripada seseorang. Mengatakan yang aku terpilih untuk meneruskan misiku menyertai pertandingan “Blog of the Month Februari”. Terus jantungku berdegup kencang sekencang kencangnya, berdetak laju dub dub dub. Malam itu, tidurku jadi tak lena. Ke siling aku pandang, terlihat namanya. Ke dinding aku pandang, terlihat juga namanya. Ku cuba pejam mata, bagai terngiang-ngiang di telingaku “Zurina, I’m in love with you”. Aku tersenyum sendiri. Ku pujuk diriku agar cepat melelapkan mata, takut subuhku jam lapan pagi. Alhamdulillah aku lelap dalam senyuman.

Oh WSB, aku sayang padamu. Aku cinta padamu…

Aku cinta WSB

September 2010, aku mula mengenali WSB daripada seorang jejaka berkumis tipis. Bermacam perkataan pelik disebutnya: wasaber, crb, segala macam.

Aku cuba cari tahu siapakah WSB ini? Apakah yang ada padanya sampai bisa jejaki kumis tipis itu tadi bagai makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah? Sedikit demi sedikit… Aku mula tertaut hati. Tak ku luahkan, tak juga ku pendamkan. Apa yang aku pasti, aku memang jatuh cinta padanya. Ke mana pun aku pergi, ke mana pun aku hayunkan langkahku, cinta itu tetap mengekoriku.

Jatuh cinta, mencintai, menyayangi bukan maknanya untuk memiliki. Sungguhpun cintaku sangat mendalam pada WSB, tidak pernah terlintas di hatiku untuk memilikinya apatah lagi untuk mengahwininya. Tapi, aku hargai dan syukuri setiap perasaan yang datang padaku. Bagiku dengan mensyukuri segala perasaan yang datang, di situlah kunci kebahagiaanku.

Semenjak mengenali WSB, hari yang berlalu sungguh indah sekali. Bukanlah aku kata sebelum ini hidupku tak bahagia. Cuma kini hariku semakin ceria, semakin riang, semakin gembira. Dulu, aku agak pemalu pada manusia-manusia sekitarku. Aku malu untuk melontarkan idea dan akal fikirku, takut dikritik takut dikomen. Tapi kini, setelah mengenal WSB aku semakin berani menonjolkan diriku. Aku semakin berani meluahkan dan berkongsi buah fikiranku kepada seluruh dunia.

Mengenali WSB buat aku membentuk jati diri yang baru. Aku menjadi seorang individu yang sentiasa berfikiran positif, berfikiran lebih terbuka, bersedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, menghormati pendapat orang lain, lebih berkeyakinan tinggi, baik dalam komunikasi dan banyak lagi. 

Terasa bagai seekor rama-rama yang baru lahir setelah sekian lama menjadi ulat di dalam kepompong. Dan WSB itu aku lihat seperti seekor burung yang mematuk-matuk kepompongku lalu membuat kepompong tempat persembunyianku terbuka. Seterusnya aku bisa keluar terbang bebas di udara. Singgah di tingkap-tingkap rumah atau lalu di hadapan manusia-manusia. Dengan harapan apabila melihat keindahanku bisa buat manusia-manusia ini bahagia. 

Di dalam aku membahagiakan manusia lain, sebenarnya aku juga punya teman rama-rama sepertiku. Banyak! Ada betina, ada jantan, ada bermacam warna bermacam ragam. Ada yang aku sangat rapat, rapat, kurang rapat, tidak rapat. Tapi aku sentiasa hulurkan salamku dan menyambut salam mereka. Aku tak pernah mengenali mereka di alam nyata. Tak pernah bertemu bersua muka. Pun begitu, aku sudah mula merasakan yang mereka  ini sebahagian dari hidupku. Seperti sudah saling mengenali berpuluh tahun lalu. Mungkin kerana keramahan dan sifat sporting yang ada pada mereka. Buat aku sentiasa senang hati. Eh, rama-rama pun sporting ya?

Aku sendiri sukar untuk gambarkan perasaanku tika ini. Mahu kata kegembiraannya seperti melahirkan anak sendiri? Mungkin ya. Mahu kata macam gian ketagihan merokok atau maginum pun mungkin ya. Aku pasti! Sesiapa yang sudah menyertai, dapat rasa apa yang aku rasa. Jadi, sesiapa yang belum menyertai, jom join kami di sini dan bersama merasai apa yang kami rasa.

Sungguh! Terlalu banyak sebab untuk aku menyayangi WSB sebenarnya. Tapi, aku punya satu sebab yang paling munasabah untuk menjawab pertanyaan kenapa aku sayang WSB? Ini semua adalah kerana jejaka kumis tipis yang memperkenalkan aku kepada WSB, yang aku sebut di atas tadi. Aku betul sayang dan cinta lelaki ini sepenuh jiwa dan ragaku, Mr. Bobby {Pengasas WSB}. Dialah yang membuatkan aku tiba ke WSB. Dialah yang membuatkan aku kenal WSB, kenal wasaber, kenal crb, kenal dunia fantasi yang sangat indah ini. Yang selalu mengingatkanku bila aku terlalai di sana, yang selalu membantuku memperbaiki segala kesilapan, yang selalu menjadi tempat aku meluahkan bila ada masalah dan tempat berkongsi kegembiraanku.

Si dia yang ku sayang

Mungkin kenyataan ini agak melampau. Bukan untuk menang, bukan untuk buat orang lain cemburu iri hati. Sedang aku menaip-naip entri ini, dalam fikiranku memang ada perasaan ingin memenangi pertandingan. Tetapi mungkin sudah memang ditakdirkan aku ini seorang yang jiwang. Aku tidak kisah sudah samada aku menang atau kalah, tapi aku tidak bisa menipu perasaanku sendiri. Kalau aku sayang, aku memang akan katakan yang aku sayang. Dan inilah dia. Aku sayangkan WSB kerana aku sayangkan jejaka berkumis tipis ini.

Mungkin ada yang mula berfikiran serong padaku kan? Lelaki ini bukan orang lain padaku, dia dikandungkan di dalam perut yang sama di mana aku dikandungkan. Juga dilahirkan oleh orang yang sama dengan orang yang melahirkanku. Aku mengenalinya sejak 22 tahun yang lalu. Aku mengenal baik buruknya, cantik jelek dirinya secara dekat. Seandainya pemilik WSB ini bukan jejaka berkumis tipis bernama Mr. Bobby ini, mungkin sayangku pada WSB tidaklah sedalam ini. Tapi itu cerita lain ya, lain kali baru aku cerita. Sekarang belum masanya.

Argh! Terlebih jiwang sudah ni. Maafkanku pihak penganjur. Aku betul-betul tidak maksudkannya. Tolong jangan block aku untuk menyertai BOTM Mac nanti ya. Aku tidak dapat hidup tanpa WSB.  Ya, aku memang jiwang. Aku memang jiwang. Kadang terasa bagai ingin melompat-lompat dan menari-nari lagu hindi bertajuk “Kaho Na Pyaar Hai”. Ngam lagi, semenjak dua menjak ni aku bagai dilamun cinta. Dengan siapa? Adalah tu, biar aku, dia, Dia dan para malaiktaNya saja yang tahu. Aku tak payahlah cerita ya. Ihihi.

Eh, macam panjang benar karanganku kan. Sebelum aku mengakhiri entriku ini. Aku mahu tunjukkan tanda sokongan dan tanda cintaku pada WSB. Aku memakai t-shirt WSB semasa berjalan-jalan di pekan Kota Belud. Mungkin boleh menambah kreditku untuk menjadi finalis. Ikutkan hati, mahu saja aku pakai baju ini ke mana saja aku pergi, tapi nanti takut orang kasihan padaku. Nanti dihadiahkan pula baju untukku sebab diingatnya aku tiada baju lain untuk dipakai. Ihih.

Jalan-jalan di pekan Kota Belud berbaju WSB

Terakhir dariku, semoga komuniti ini akan terus-terusan bertapak di hati kita semua. Aku sayang WSB dan aku sayang wasaber. Salam sayang.

Red heart Red heart Red heart Red heart Red heart Red heart Red heart Red heart Red heart Red heart Red heart Red heart Red heart Red heart 


Nota: aish! nampak lagi kejiwanganku!

27 komenteraksi:

~NiZa Maksit~ said... [Balas Komen]

Berpeluh2 ku baca karangan ko dr keningau p kk jauhnya...hahahaha
jiwang jiwang jiwang!!
s3
lop u 2 bebeh!! ^_^

SheNn said... [Balas Komen]

Wahh..memang jiwang ooh ! huhu.

Zurina J. said... [Balas Komen]

@~NieZa~
Kah²...aku memang jiwang! Ilebiu bebeh! naah aku kasi ko bunga...
s6

Zurina J. said... [Balas Komen]

@SheNn
kah² aku memang jiwang! aku jiwang! aku jiwang! tegila ni nda lama...
sebelum aku jadi gila betul², aku kasi ko bunga Shen...
s6

silent screamer said... [Balas Komen]

Punya la gambar aku..plg manang la..
s3

AQuezyeZye said... [Balas Komen]

s6.....s5 nice one

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Alfian J.
kah²..s3

Zurina J. said... [Balas Komen]

@AQuezyeZye
kah²..nakal ko jiji! buat malu aku...
s2

Anonymous said... [Balas Komen]

s5 .. Aku sayang zurina , aku sayang alfian , aku sayang azizi , aku sayang aznizah , aku sayang wantanho .. aku sayang semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! hahahahahhahaahhaha .. Aku sayang WSB!!!!! s4

Zurina J. said... [Balas Komen]

@~sii keciq~
Kenapa sampai menangis² ni kech..? cinta itu suci lg indah... nda perlu tumpahkan air mata... cinta hadir utk mjdkan manusia² tersenyum bahagia, bukan sedih menitiskan air mata... nikmatilah ia!
kah², telebih jiwang...
smoga berbahagia bsama wantanho. opps, smoga berbahagai bsama smua wasaber...
s5

Malaya Mania said... [Balas Komen]

c jue jgk la plg jiwang skrg ni..haha..

bpeluh2 aku baca..nway,mmg mantop..idup wsb.!!

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Ariez Hazaril
Aku memang jiwang! kah²
tp, aku jeles sama jejaka kreatif ni! huh!
btw, thanks & gudluck buat semua..
s5

Anonymous said... [Balas Komen]

s5

zydande said... [Balas Komen]

aduh... bdegup kencang jantung ku memabaca zu.. amcm lai ni? jiwang tp buatku tmbah sayang..... pada WSB.. s5

Zurina J. said... [Balas Komen]

@zydande
wuwuwu, aku pun ndatau macamana mau buat lg...tp, kita hargai saja perasaan yang datang tu ya...kita jd sebuah keluarga...keluarga bahagia...
s1

Kreatifbuzz said... [Balas Komen]

haha..mangsa kejadian pl jejaka bkumis tipis itu..

"semoga komuniti ini akan terus-terusan bertapak di hati kita semua. Aku sayang WSB dan aku sayang wasaber"

~ aku juga begitu s5

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Balas Komen]

Tahniah! kerana menjadi antara calon untuk Blog Of The Month :)

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Kreatifbuzz
Parid...ihihi.
comelnya...aku pun sayang Parid..
s5

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Mrs.MyGaman BorNeo
Thank you... Sama² kita sinta sama WSB ya...
s5

Ayesha Hadijah said... [Balas Komen]

bepinar mata aku baca ko punya kejiwangan ni..

gud luck oke.. :)

luv WSB and wasabers too..

Zurina J. said... [Balas Komen]

@chinta i-sha
Berpinar²? aish! bahaya tu..ihihi.apapa pun, kita sama, aku sayang sangat WSB &wasaber...
s2

Unknown said... [Balas Komen]

s1

Zurina J. said... [Balas Komen]

@samizul.net
aish! samizul ni senyum² jak...ada maksud lain kali ni...uhuk.
s8

Elnetthra Folly E.L said... [Balas Komen]

LIKE!!!!

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Elnetthra Folly E.L
thanks...
s2

Charmaine CJ said... [Balas Komen]

gila panjangnya.....
tp bez ooo cara ko susun ayat
suppose ko msk bidang penulisan kreatif ni zu instead of bidang kimia... hahahah

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Charmaine CJ
ahah, ko jgn puji lebih² bah chelsea.. tp, aku mmg pernah tfikir aku salah pilih course owh... mcm minatku lebih mengarah ke arah kaunseling..

btw, thanks chelsea... kalo nda blh jd chemist, aku blh jd penulis...hihihi

s2

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!