Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Pahala di Singki


Assalamu'alaikum..!

Seperti hari-hari biasa, lepas makan aku akan stay di singki dapur. Buat apa lagi? Cuci piring dan segala periuk belangalah. Kami sekeluarga sudah dilatih untuk cuci pinggan sendiri lepas makan. Tapi seperti biasa, aku akan lebih awal habis dan akan meminta diri untuk ke dapur.

Semalam, aku awal habis makan {makan sikit katakan}. Diorang adik-beradikku memang senang hati kalau aku ada di singki tu. Tidak payah cuci piring sendiri. Datang adik perempuanku, Azyan. "Kakak, tulung bulih?" suaranya merdu dan sayu, macam kepenatan sangat lepas seharian ke sekolah.  Aku pun lembut hati "Boleh dik". Lepas tu, datang pula adik lelaki, Aliff. Sambil tersengih, dia meletakkan piringnya di singki "Ambik kesempatankah ging?" kataku dengan nada biasa. Dengan spontannya dia menjawab "Ndak. Bagi pahala". Aku tertawa. Comelnya jawapan adikku kan...


Adik-adikku ni memang terror-terror belaka kalau menjawab segala pertanyaanku. Kadang ayat pernyataan yang tidak perlukan jawapan pun diorang boleh jawab sampai aku yang kelu lidah.

Aliff & Azyan

Biasalah, budak-budak sekarang sudah makin maju. Semakin maju zaman, semakin berbeza cara pemikiran manusia. Yang paling penting ialah peranan kita di dalam mendidik anak-anak, adik-adik kita. Jangan sampai diorang jadi manusia pandai yang bodoh dan rugi. Kaya ilmu, tapi hakikatnya miskin etika.





p/s : Melentur buluh biar dari rebungnya


Senyum @ 

14 komenteraksi:

LennMommaChubby said... [Balas Komen]

setuju dengan "melentur buluh biar dari rebungnya..."

~NieZa~ said... [Balas Komen]

xsngka ada jga manusia yg bt ko kelu lidah..hehehe thumbs up utk adik2 ko!
^_^

Catherine- said... [Balas Komen]

best ya ada adik..

Zurina J. said... [Balas Komen]

@LennaMomma Chubby, ihihi...nanti lentur anakmu baik²...jgn sampai salah lentur...:P

Zurina J. said... [Balas Komen]

@~Nieza~, ahahaha... nakal kau ya nieja...:P

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Catherine-, best woo...! tp mau tahan jua.. nanti bisa bikin sakit jiwa... ihihihi...:)

samizul.net said... [Balas Komen]

Nda aku nampak gambar dua orang adikmu tu, ehe.. Lagi tambah pahala bila tolong masak sekali.. ;D

thebeybeh said... [Balas Komen]

pinjam adik.

Zurina J. said... [Balas Komen]

@samizul.net,
kau nda nampak? aku tau... baik kau tukar spek matamu wahai lelaki berkaca mata... kau 24 jam mengadap laptop, mungkin ada kaitan...ihihih.

MFM said... [Balas Komen]

haha..punya power tu jawapan!
aku sendiri pun x pernah tpikir bgtu..

Zurina J. said... [Balas Komen]

@thebeybeh,
boleh... aku kenakan charge... ahahaha :P

Zurina J. said... [Balas Komen]

@MFM,
power woo..! aku pun nda dapat jawab apapa.. pun begitu, aku tetap sayangkan mereka...ihihihih.
nanti ko copylah jawapan tu kalau adik perempuanmu tanya..ahahaha.

MFM said... [Balas Komen]

haha..pasti!! terima kasih atas idea adkmu..heee

Zurina J. said... [Balas Komen]

@MFM,
cumil!!! ihihih... semoga berjaya ya...
^_________________^

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!