Assalamu’alaikum..!
Suatu hari di dalam kelas. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh seorang guru yang baik lagi sporting. Setiap kumpulan perlu membuat suatu perbincangan dan membentangan hasil yang mereka perolehi.
Di dalam kelas tersebut, duduk seorang pelajar lelaki yang sangat bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa. Namanya pun seperti seorang pelayar hebat, aku pendekkan A.D.A. Seboleh bolehnya, dia akan cuba memahami setiap yang dibentangkan oleh kumpulan lain dan akan bertanya sangat banyak soalan. Yang kadang macam boleh dijawabnya sendiri.
Tiba giliran kumpulannya membentang. Ragam manusia. Sudah pastilah dia akan diajukan soalan bertubi-tubi. Balas dendam katakan. Silapnya lah tidak memahami apa yang dia bentangkan. Jadinya kelihatan kasihan di hadapan kelas, macam menegakkan benang yang basah pun ada. Kalau tak tahu, janganlah buat-buat pintar ya. Lagi, kalau tidak mahu ditanya banyak. Bersederhana jugalah bila mahu mengajukan soalan pada orang lain.
Tapi, apapa pun. Aku sebagai seorang manusia, aku kagum dengan sikap yang ada padanya. Suka mencuba dan tidak malu melakukan sesuatu untuk memperbaiki diri. Kalau anda yang aku maksudkan sedang membaca, anggap ini sebagai suatu teguran membina ya, bukan untuk menjatuhkanmu, bukan pula untuk memalukanmu. Aku rasa bertuah dapat mengenalimu. Semoga berjaya di dalam apa pun yang anda lakukan ya. Semoga menjadi pelayar yang berilmu.
p/s kadang bersederhana mungkin lebih baik daripada berlebih-lebihan
0 komenteraksi:
Post a Comment
"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.
Jadi, kalau sudah baca.
Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!